Tuesday, April 28, 2009

Ahoy Heboh~!!! (Wajib tengok gambar!)

Sori pos ni panjang berjela. Best sangat, nak sumbat semua dan tak suka cut2 post.

*************************************************************************************

Jeng Jeng Jeng!

Nah ko! Sekali poster Titanic+Brokeback Mountain kat pos terbaru nih!

Apekah semua ini? Kami gie ngedate ke?

Takde la. Kitorang sebenarnye ke Jom Heboh dan Open Day TLDM. Best giler wa cakap lu!

Oh, rupa-rupanya gambar atas tadi hanya mimpi Abdul Karim...

Kami pergi berenam. NymQ, Karim, Smak, Khai, Azam ngan Syaima.

Bertolak dalam pukul 1400 dari UTP. Sampai sane, keter2 dah nampak macam ikan sardin dalam tin sardin. So kitorang parking kat luar jelah ikut kebanyakan kete2 yang lain, berjalan itu menyihatkan badan bak kate mak ayah.

Rupe2nye, tapak event tu adelah 45 minit dari tampat kami parking! Betape azabnye jalan tengah-tengah panas nak ke sane.

Tapi tindakan kami ini jauh lebih bijak la daripade kete2 yang gigih nak masuk gak. Jalan kaki= 45minit, naik kete = 2 jam! Tak passal~!

Eh, event ape lak nih? Jualan lelong motor-motor ke?

Helikopter TLDM. Boleh digunakan untuk menyelam.

Seyes, walopon parking jauh, orang yang datang bagaikan air dicurah ke daun keladi ramainye. Kitorang berlegar-legar kat sini dengan harapan dapat jumpe Lisa Surihani ke, Irma apekejadahnamenye ke, tapi tak ramai la artis petang-petang.

Disebabkan aku kurang minat sikit artis Mesia nih, malas nak post gambar diorang. Kat stage seb bek ade Jinbara, layan la gak.

Sesambil tu kami beli sebeg barangan London, dah jual satu beg RM5, amek je la. Pasnih balik boleh tubuhkan team hendbag maskulin.

Jom Heboh!

Apelah yang beruk-beruk ni dok terkinja-kinja atas stage. Tak ingat kiamat ape?!

Tapi sebagai orang-orang beriman, kami tidaklah minat untuk kekal lama di tempat yang penuh dengan onak cabaran ini.

Sebaik saja abes sepeket keropok London Potato Bites, kami bergerak ke Open House TLDM.

TErgelak besar Khai pas makan free

Best wooo masok sini, makan free kat Open House TLDM. Errr, actually bukan rumah terbuka, kitorang masuk khemah sponsor, so banyakla sample2 makanan tempatan.

So, sebagai rakyat2 UTP yang friendly dan tidak sombong (Dalam erti kata lain, tak malu!) kami singgah ke hampir setiap booth yang ade makanan free dan membuat makanan sample itu ala2 nasi yang dimasak oleh mak di rumah.

Syaima' sampai dah tiga booth duduk kat belakang, malu nak berjalan ngan kitorang.

Part yang paling best kat TLDM ni adalah pertunjukan die. Die layout semua kapal2, senjata2, mein la ko puas2!!! Syiokkk tak terkata!!! Rugi sape yang tak gie, banyak info dapat, banyak bergambar, banyak main2, haha~ Best2~

Dak comel jiwa kental

Ni gayer macam ade pengalaman je ni~

Karim kelemasan "Arrrkkk~". Seb bek abang tentera tu pandai psikologi~

Ni la part paling best, naik turun kapal! Sampai time tu dah kol 1800 , so sempat naik tiga kapal je. Tapi cukup puaslah nengok2 sane-sini.

Ni kapal perang milik Raja Mongolia

Dari atas kapal yang bukan kapal perang tadi

Si cecep 1 dan Si Cecep 2

Ade gaye the sexy secretary Califfa tak? Ade~

Dah, dah! Jom balik, besok kelas~

Nah ko, duduk sampai nak maghrib!

Acara penyerahan panji pada pukul 1915 (Tutup kapal dan serah bendera)

Abes tengok upacara penyerahan panji, kitorang beredar. Seperti baisalah, jemnyer tak hengat punyer. Rest jap kat tepi jalan, tunggu bas sambil tengok gelagat2 manusia yang beribu2 lemon.

Tetibe terpikir yang naik bas pon tak guner gak sebab jalan jam

Pakcik yang datang same timing ngan kitorang. Melecet kaki die, sian~

Keadaan di kawasan luar pon masih peanut butter and jam

Total perjalanan keta = 2 jam
Total perjalanan kaki ke/dari tapak event = 2 jam
Pengalaman = Priceless!

Best sangat gie jalan-jalan arini. Balik kitorang singgah McD makan.

Sampai je UTP, sambung buat Data Mining, demmm~!!!

Tapi tahap seronok u sampai arini tak lupe, kalo ade lagi tahun depan MEMANG NAK PERGI LAGI!!!

Till then,
Ciao~!

-NymQ-

Monday, April 27, 2009

Sayang

Tak sangka sudah menjengah ke final week of my study. Selepas ini tidak tahu lagi akan teru sambung belajar atau terus masuk ke dunia pekerjaan.

Tapi yang aku hendak cakap di sini adalah betapa aku akan merindui rakan-rakan aku sepanjang perjuangan zaman moden ini. Yang lama kenal, yang baru. Kalau aku hendak listkan satu-persatu nama mungkin susah, jadi aku pukalkan jutaan terima kasih buat kamu semua kerana menjadikan hari-hari aku penuh dengan kenangan yang tidak akan dilupakan.

Terima kasih.

Yang masih di sini, teruskan perjuangan anda, yang tidak pula selamat menempuh hidup baru.

Till then,
Ciao~!

-NymQ-

Sunday, April 26, 2009

Cerita satu malam

Angin sepoi-sepoi bahasa. Bak kata orang putih, the wind is breezy-breezy language. Malam itu seperti selalu anak-anak rumah atas di blok V5-C sibuk dengan tugas harian masing-masing, memasak, membasuh kain, mengemas rumah serta mengumpat.

Anak-anak sebuk membantu ibu di dapur.

"Hisy! Mane pulak budak bertuahs sorang nih, aku simbah dengan botol sirap ni, percuma jer!" - Monolog dalaman si ibu tua.

"Ko tolong panggilkan si Salbiah tu kejap, Muhammad Mukmin Muhaiyuddin bin Muadzam Zakaria Alias." Kate ibu kepada anak sulungnya.

"Tak maula mak, mak bukan tak tau. Si Salbiah tu kalau dah masuk bilik, takdenye die nak keluar."

Salbiah Seri Sherry tengah dalam beauty regime.

Namun setelah diasak berulang kali oleh ibu tersayang, berlembut hatilah juga Muhammad Mukmin Muhaiyuddin bin Muadzam Zakaria Alias menurut kehendak ibunya. Dalam longlai Muhammad Mukmin Muhaiyuddin bin Muadzam Zakaria Alias berjalan perlahan ke bilik si Salbiah. Dalam hati kecil Muhammad Mukmin Muhaiyuddin bin Muadzam Zakaria Alias bara yang terkumpul terasa bagaikan ingin memutar-mutar tali pusat adiknya itu.

Sementara itu, di dapur anak-beranak itu mula membuka topik perbincangan untuk sesi umpatan mereka buat hari itu. Tidak sedaplah kalau malam itu mereka hanya makan makanan yang dimasak, sekali-sekala menjamah daging manusia apalah salahnya.

"Ko kalo nak jadik anak mertua orang, bukan kene ade skill masak je. Skill soSIAL pon kene ade, baru best lepak ngan mak mertua"

"Aku dengo Cik Meor dah takde kat UTP. Betul ke?" Shukor, nak kedua si ibu bersuara sambil menggoreng cili.

"Eh? Ye ke? Biler ko dengo?" Sampuk anak ketiga, Rahim, dalam sibuk mencuci pinggan.

"Sekadar gambar hiasan.

"Mak rase hari tu pakcik Kopetro V5 ade cakap Cik Meor tak tahan dengan fitnah yang orang tabor kat die pasal berkenen ngan student sendiri, betul ke?"

"Ade orang kate Cik Meor nampak antu. Seram dah nak jadik penyelia pastu." Shukor membuat pembetulan ke atas ibunya.

"Hantu?!!!" Semua yang ada di dapur respond. Nampak bibit-bibit cuak di mata masing-masing, padahal kesemuanya sudah besar-besar belaka.

Tiba-tiba terdengar jeritan kuat ala-ala Mariah Carey.

"AAAAAAAHHHHHH~~~~~~~~~~~!!!"

Semua terkejut beruk. Mereka terpinga-pinga mencari-cari mana arah asal datangnya jeritan terbabit. Seraya ada lampu kuning di atas kepala, semua terus meluru ke bilik Salbiah kerana mereka pasti jeritan itu dikeluarkan dari sana.

"Nape Muhammad Mukmin Muhaiyuddin bin Muadzam Zakaria Alias?" Mereka terdengar suara Salbiah bertanya.

"Abang nampak benda seram depan pintu kau ni~! Masyaallah~!!"

Salbiah Seri Sherry tekejut selepas melihat ke arah gambar yang ditunjukkan Muhammad Mukmin Muhaiyuddin bin Muadzam Zakaria Alias

Close-up

Close-up lagi. Mungkinkah ini makhlok ajaib Selatan Borobudur?!

Serentak itu juga, dalam minda Shukor teringat bahawa seminggu sebelum Cik Meor dilaporkan mula goyah dengan keyakinannya memimpin Village 5, beliau ada melakukan rondaan sekitar bangunan V5-C. Lalu dengan penuh serius Shukor menceritakan pandangannya itu kepada semua ahli keluarga yang sedang berkumpul di depan pintu bilik Salbiah.

"Ah, mengarutlah kamu ni. Ni sekadar gambar kekasih adik kau je ni. Udahlah, mari kiter ke dapur, nanti hangit pulak masakan kite," kata si ibu sambil menjeling ke arah Salbiah yang tersipu-sipu malu.

Semua yang tadi kelihatan cemas dan waspada mula ketawa kecil sambil melangkah beramai-ramai menyiapkan kembali makan malam. Tercuit hati masing-masing terkenangkan kembali peristiwa yang baru berlaku sebentar tadi.

Sambil mereka berjalan, tanpa sesiapa pun sedari, mata gambar teruna idaman hati Salbiah bernyala kemera-merahan secara tiba-tiba.

Jeng Jeng Jeng!

-TAMAT-


Moral of the story - Tak baik mengumpat. Berdosa~

Friday, April 24, 2009

I went through hell and got out alive!

Jejak kaki masuk waiting room, file jatuh, berterabur segala dokumen yang aku selitkan dalam file. Celaka, alamat tidak baik. Sepanjang menunggu di dalam waiting room, semua muka kanak-kanak cekal macam manusia yang betul-betul nak mintak kerja. Dalam otak terfikir "Aku ni bawah kategori pelajar-pelajar nerdkah?"

After awhile, Ms Sheena yang super hot tetapi super cute bertanya pada aku "Dah ready ke?" Aku jawab laju dengan anggukan keras sebab cram menunggu. Partner Ms Sheena yang juga jelita dan berwajah 'korporat PETRONAS' membawa aku ke dalam bilik preparation untuk case study. Aku suka kedua-duanya, baik dan nampak berkaliber, walaupon tidaklah seramah bagai dikata Kong, mungkin kerana berat badan aku 30kg lagi berat. Habis (konon-kononnya) prepare kertas, aku kembali ke waiting room.

Setelah lebih sejam menunggu, aku dipanggil masuk ke bilik interview.

Bismillah. Sedikit do'a.

Aku masuk.

"Salam, sir."

"Salam, salam. Eh, rambut kamu memang gulung-gulung ke?"

Carut. Ketika itu juga aku sedar berkat do'a yang aku baca tadi hilang dengan tiba-tiba.

Aku malas nak tulis segala perbualan dalam interview. Ini bukannya pertandingan mengarang peringkat negeri Perak dengan tajuk 'Pengalaman Temuramah Pertama Saya' yang perlu ditulis sekurang-kurangnya 1000 patah perkataan.

Baik aku highlight adegan-adegan penting sahaja.

Highlight Satu

Him - "Kita terus ke case study. Tell me about it."

Me - "Well, sir. The case study is about homeschooling, the key point is...blablabla"

Him - "Stop. I don't like it. You know that you are wasting time? Kamu nak makan dekat cafe, kamu pusing sampai ke Ipoh dulu, then kamu balik UTP kamu makan?"

Adegan diteruskan dengan aku menjadi seolah-olah pelajar yang sedang membaca buku teks untuk ujian lisan.

Highlight Dua

Him - "Keep this in mind. I have my integrity. I am NOT AFRAID OF YOUR PARENTS. I AM NOT AFRAID OF YOUR UNIVERSITY AND I AM NOT AFRAID OF PETRONAS. I am afraid of God (whispering, sambil mata narrow giler). I... have... my...integrity. It is my job to evaluate you, not make you pass this."

Highlight Tiga

Me -"Blablabla" (Sambil tengok dia)

Suddenly

Him - "What the hell are you doing?! Why are you looking at my writing?! That's why you cannot concentrate on your points!!! I WANT TO SEE YOUR ABILITY TO THINK, YOUR THINKING SKILLS!!!"

Highlight Tiga

Him - "Were you even listening what I was saying?"

Me - "Yes, sir?"

Him - "You weren't listening, were you?" (Muker panas)

Highlight Empat

Habis kad A dan kad B. Kad C pula.

Him - "Kamu baca kad ni."

Bacabacbaca.

Him - "Done?"

Me - "Yes, sir."

Him - "Now, let me tell you how I will do it. Listen."

Me - "..." (Faham maksudnya)

Highlight Lima

Him - "Kamu tau tak, time interview candidates lain, banyak idea. Banyak yang saya catat. It flows. Dengan kamu, saya relax je. So, kiter relax je la ye?"

Highlight Enam

Me - "May I ask you a question, sir?"

Him - "There are other candidates. Let's not waste their time."


...HUARGH~!!! So, so, so beyond my imagination!!! How hard can a person be?! I was selected to be in the interview so I can be humiliated, just like 2nd screening Pre-EDX!!! Argh!!!

The minute he asked about my hair, my brain freezed. You know the rest of the story and you can predict the future.

I left, thinking "Are there still any vacancy to apply studying Master?" because I know I will have plenty of time and I won't have to wait for six months for any calls from PETRONAS.

Ooo, ko gelak ek? Gelakkan aku gagal interview? Laugh, you bitches~!!! (Sambil menutup muka berlari keluar blog nih)

...

To tell you the truth, I love the interview actually. Although it was extremely "therapeutics", it was exciting and thrilling. He is tough, but I guess I'm the lucky guy to get the interviewer as cool as him. Although I did not impress him, I am impressed that I actually experienced being scolded and angered at, even before I step my foot in an actual working environment. It was fun, to say the least, like riding roller coaster because you only feel its awesomeness after you are back on the ground.

For what it's worth, he is a cool guy. Very charismatic and have this I'm-very-confident looks. I wish I could be like him one day~

It's a love hate felling. Hate it? Maybe, but why should I? But definitely LOVE IT! Thanx PETRONAS for giving me this chance, although I have let you down. Sorry on that~

Till the next hell comes,
Ciao~!

-NymQ-

Thursday, April 23, 2009

Dinneygh~! (sebut ala-ala Perancis)

17 haribulan April, 2009 - Hari bersejarah buat pelajar-pelajar UTP Jan'05. Buat julung-julung kalinya kami mengadakan grand dinner setelah hampir lima tahun menghuni UTP. Majlis yang diadakan di Impiana Casuarina, Ipoh dihadiri lebih 300 orang pelajar setiap jurusan.

Ah~! Tidak best menulis skema. Kamu tengok sajalah gambar-gambar di bawah (Yang aku seludup daripada kamera orang ramai kerana kameraku rosak).

Carystal Ballroom, sebelum event

Sesi pendaftaran di lounge

Oh, sangat penat melayan pendaftar-pendaftar! Tangan bagaikan hendak tercabut tetapi aku tengok Otai membuat kerja dengan dedikasi sekali jadi aku pun turut membuat muka kering melayan karenah kanak-kanak yang takut doorgift habis tetapi risau meja direbut orang. Tempat Otai kemudian diganti Kenny.

Pukul 8.30 malam, kaunter ditutup dan majlis bermula.

Main course minus the song tam (hanya sampai apabila makan malam hendak bermula untuk meeastikan kesegaran)

Meja kami (Post-dinner). Terima kasih buat Azaman kerana memposisikan kami di pepenjuru yang sangat penjuru! T.E.R.I.M.A.K.A.S.I.H

Sementara rakan-rakan lain enjoy di dalam, kami enjoy di luar melayan kamera

Band Jamen. Influx dan Zaufan turut membuat persembahan

Sepanjang dinner, turut diselitkan persembahan daripada kumpulan-kumpulan muzik terdiri daripada pelajar-pelajar Jan'05 sendiri dan beberapa acara lain seperti cabutan bertuah, potong kek dan best dress catwalk. Kemudian acara diteruskan dengan penyampaian award dan persembahan montaj.

Agh! Sekali lagi terpaksa buka kaunter untuk tetamu-tetamu yang belum sempat mendaftar. Thanx to Kenny and Dalila, it was fun to say the least, hehe~

Berehat seketika sambil mengira undi King dan Queen (Ada siapa-siapa yang kata pemilihan King Queen tidak jujur, sila langkah mayat aku dulu)

Aku berterus-terang, montaj jurusan-jurusan lain sangat gempak! Berasa sedikit kerdil apabila montaj CIS hampir disiarkan kerana ianya hanya sempat mula dibuat dua jam sebelum grand dinner berlansung! Alhamdulillah, mungkin kerana lagu Standing In The Eyes, montaj kami boleh dikatakan nice (Nak kata lebih tak boleh, kami sedar).

Oh ya, nak mengambil kesempatan ini ucapkan tahniah kepada jurusan-jurusan dan individu-individu yang menang besar malam itu! You all deserve it!

Best dressed

Tahniah buat Acan dan Izza, King and Queen of Jan'05! CIS rules~!

Malam itu memang sungguh best bagi aku kerana dapat juga kami berkumpul beramai-ramai meraikan majlis penutup bagi karnival Jan'05 yang telah berlansung sepanjang semester ini. Tetapi acara yang paling best dan kemuncaknya semestinyalah acara bergambar! Hehe~

M8+Me+Kong+Guo Lin

Komiti yang capab! Sebenarnya ramai lagi yang berjasa untuk karnival pertama kami ini

The (again) not-so-CIS pic. Later kita tangkap gambar pelajar-pelajar CIS secara total ya?

Majlis tamat dalam pukul 12 tengah malam. Namun lobby masih penuh dengan kanak-kanak yang tidak reti pulang, sibuk bergambar dan bergelak ketawa. Aku anggap majlis ini berjaya mencapai objektif dan enjoyable. Begitu terharu dengan support dan komitmen yang diberikan oleh semua orang dalam menjayakan majlis ni.

Definitely, this will be one of the cherished moment in my UTP life~!

Thank you~!

Till then,
Ciao~!

-NymQ-

Tuesday, April 21, 2009

Pekes Pah Pedah?! PETRONAS je pon~

Eleh, die takpele. Dah masuk EDX, leh la sombong~

A little bit nervous. Interview PETRONAS is coming.

I know I did badly in the personality test. Yeah, it's just an ability test but when your mind kept shifting every question asked (There are 104 questions to be exact), you can't even be sure whether you YOURSELF are answering the test genuinely. Hopefully (HOPEFULLY) there will be a question regarding my personality test during the interview. I hope they will ask me about it so I can reply "Honestly, I did the best I can to be as genuine. If it indicated that I'm not honest in answering it, than I must be lying to myself too. It doesn't mean that I'm not capable of holding my own integrity, it's just that some statements, when rephrased, will give us a different way of looking at the big picture."

Aku akan jawap soalan tu dengan muker tak bersalah, konfiden dan yakin ala-ala Anita sarawak biler menjawap isu Botox di mukernyer. "Ni semua air sembahyang, dek nun~"

Wah! Marvellouslah jawapan aku! Leh menang Miss World standednye kalo tambah sket-sket slang cowboy+Puerto Rico.

Gie matheilah! Ko hengat die nak tanye pasal ability test ko? Poodah~!!! (Sambil membuat gaya tangan Padayappa)

Don't know what to expect this Thursday. My session is early in the morning at 8.00am where usually at this hour my pillow-face won't be leaving even after taking shower and doing whatever i could to lose the puffiness. Nak bangun itu pon sudah satu azab. Nak nunggu muker segar pon satu azab. Nak nunggu kene interview lagi lah azab!

Adeh~! tak kuasa aku~!


Nak study pon malas. Aku bukannyer peminat suratkhabar. Cuberla die tanye album Britney Spears dah terjual bape juta unit ke, nape Kylie Minogue lebih sukses daripada P Ramlee ke, konpem aku jawap dengan muker tenang setenang air di kalinyer. Siap leh bukak citer lagi pasal Wentworth Miller tu sebenarnyer... sebenarnyer... Sebenarnyer ape? Haaa, itu kite taktau~ Nak tau lagi lanjut bacerla blog nih.

...

Damn, I wish I will do good. It's not for my pride, it's my dream. I don't apply for other companies at all because I want to work with PETRONAS.

Do pray for me, and my friends~ Even a short wish will do me enough. I need all the luck I can get, hehe~

Boleh ek? Doakan sikit je, tengah-tengah korang bacer blog nih, tak sampai seminit pon. Hehe~

Okiesla, malas la dok begging-begging nih. Tak dapat malu pulak nanti.

Post yang nak datang nih belum tentu pasal dinner. Lek, seminggu itu maseh belum lambat lagi. Paling lewat masuk Jumaat nih post dinner.

Nak berambus dulu menulis berkenaan satu perkara yang aku amat amat AMAt AMATT tak berpuas atie ngan siri feveret aku selame nih!!! Charlz mungkin dah tau ape aku nak tulis.

Abes Khamis nih, aku nak karok gak! Nak lepas tensi dan dah gian lamer tak melalak~! Agh!!!
Ps - Ni Acan tengah select lagu 'Las ketchup Song'


Till then, fellas.
Ciao~!

-NymQ-

Monday, April 20, 2009

Hint-hint seorang jantan


Sayer tujukan post khas ini buat dua merpati yang maseh menyorok di dalam sarang (A & S). Semoga anda berdua kekal sampai ke anak cucu dan menginvite sayer sebagai pengapit apabila tiba hari bahagia itu nanti~ Okies, ini berkenaan hint2 yang laki bagi kalau minat akan seseorang wanita. Kamu pernah dapat hint2 ini?


Times have changed. The days of Rhett Butler telling Scarlett O'Hara he didn't give a damn are long gone. That's a shame in some ways. At least it made dating simple. Nowadays, guys try to be considerate in an attempt to not hurt your feelings. His miscues make it hard to know whether he's really into you, just wants to be friends or would love for you to switch phone plans. While words might not be his strong point, his actions are. Keep an eye out for these kinds of behavior.


* He actively takes an interest in you and what you have to say.
He's not just nodding and smiling and checking his watch every five minutes like you're trying to sell him life insurance. There's eye contact. He's actively listening. He's asking questions, relating things you say to his own experiences. If he's really good, he'll remember something you said and incorporate it in a future date. Try not to act too surprised.

* He's forthcoming. He wants you to know about him.
This manifests itself in a bunch of ways. He'll share personal details about himself. He'll even be eager to cough up basic factoids such phone numbers, his address and place of work. If he isn't giving up this kind of info, then he doesn't want you tracking him down -- or he's Batman or Superman. So if he doesn't live at Wayne Manor or the Fortress of Solitude, give it up.

* He'll mark his territory.
He won't pee on you or anything per se, but he will exhibit some animal behavior. If he's decided he wants you as his female, he won't want to lose you. If there's any chance that you might be snapped up by another male, he'll stake his claim. He'll be tactile with you, slipping an arm around you, possibly posturing and standing up when another guy walks onto the scene. Watch out for some regression to a more primitive man. If you hear grunting, don't panic. It's his way of saying he likes you.

* He calls you back.
Despite the stereotype, he will call you back. If you're a girl in demand, he won't want you to be the one that got away, so he'll call you to set up the next date or ask how you're doing. If you're getting calls for no reason, that's a good thing. However, you may want to invest in a good phone plan.

* He'll check you out.
You'll bring out his spy skills in a good way. He'll talk to your friends to get the 411 on you. He wants to know more about you -- your past, your present, your likes and dislikes, water hazards, etc. He's doing his homework because he wants to impress you. He's gathering this intelligence so he knows how best to woo you.

* He's flirtatious.
Guys get playful around women they like. It's a little dance he's doing around you to show his interest and his daring. However, he's not just being flirty, he's also probing. He's putting on a little show for you to see if you'll reciprocate. The more you play, the more he stays. Now shake that tail feather.

* He's always planning ahead.
If he digs you, he won't want you getting away from him. To make sure you aren't prey to some other guy, he'll be making plans for the next date before the current one is over. A full calendar is a good sign.

* He's attentive.
He's been listening to you, and knows what you like and where you like to go. He treats you to your favorite things and places. He'll spring surprises.

* He'll blow off his buddies to be with you.
It's always tricky managing existing commitments with burgeoning relationships. There are bound to be conflicts of interest at the some point. So take it as a good sign when he'll ditch going out with the boys to see you instead.

* Acts of selflessness.
He'll take one for the team of you and him. These can be large or small acts. They can be as small as holding your hair back for when you've got stomach flu, or as large as suffering through a Celine Dion concert and pretend he's enjoying it because you're a fan. Now “that's the power of love.”


Okay, he's doing his part, but what about you? You've got him wrapped around your little finger, but don't get cocky. You can lose him in the blink of an eye with a few classic screw-ups.


* False Advertising.
I understand that we all want to impress a potential new partner. It's in our DNA. Only the fittest survive and only the most interesting get dates. So make yourself interesting, but please don't pretend to be someone you're not. Don't say you were a Dallas Cowboys cheerleader if you weren't. Don't tell him you're a party girl when you're a bookworm. This is a double whammy. First, he'll be POed because he believed your character enhancements. Second, you're not the person he's looking for. If he wants the party girl and you're a bookworm, how long do you think that's going to last? Keep it real, ladies.

* You get jealous for no reason.
Okay, your previous guy cheated on you. That's a shame, but not all guys are wired the same. So, if your current guy hasn't done anything wrong, then give him the benefit of the doubt. Not even the Dalai Lama is going to put up with being accused of cheating or having you check up on him every five minutes.

* The Princess Complex.
You've got a nice little thing going on with him, but suddenly it's all about you and not about the two of you. Who died and made you queen?

* Letting yourself go.
You were a dynamite package with you two starting dating, but the backless cocktail dresses and Jimmy Choos have been replaced by moo-moos and flip-flops. Just because you've hooked your dream guy doesn't mean you can take your foot off the gas. If you don't care about your appearance, don't expect him to.

* Taking it too fast.
It's easy to get carried away with that guy in your life. You want to be with him every minute of the day, you think you should move in together and a summer wedding would be wonderful. That's all super -- as long as he's just as keen. If he sees you streaking ahead of him, he'll be making a U-turn, so watch your speed, Danica.


Written by Simon Oaks Posted Wed, 04/08/2009 - 13:4
Do check this site.


Okieslah. A dan S, bless both of you~ =) Saper setuju sayer letak gambar diorang dalam ni (Tapi kaver amter macam Razak Izzani)?

Till then,
Ciao~!

-NymQ-

Sunday, April 19, 2009

Waktu kecik comel, dah besar nakal!

Lamer gak tak balik rumah semester nih. In fact, rasenye sem ni cumer balik sekali je, minggu lepas (tu pon balik semalam je sebab Jumaat kan dinner batch?)

In three months, aku tengok anak-anak aku kat rumah dah besar-besar belaka. Tiga bulan kot, mesti nampak beza ketara.

Maddox and Shiloh skang dah duduk kat rumah aku, ade di rumah nenek sebab makin besar makin buas. Mak aku tak mampu nak handle banyak sangat. So both of them and their mother skang dah jadi orang kampung, hehe~

Kecik-kecik comel je~

Biler besar buas~!

Ha... Pandai panjat pandai turun sendiri!


Junior pon, dah gebu sekarang. Three months ago he was still a cute manja kitten, skang dah kembang bulu macam singa.

First time tengok Junior waktu muler-muler amek die

Skang dah besar

But still sweet as ever


Bobby pulak skang tengah gugur bulu. Umur dah genap setahun, so kitaran pendewasaan sedang berlaku. It'll grow back dalam beberapa bulan lagi.

Rikku tengah bunting pulak. Anak sape? Haaa, itu kite tak tau~



Oh ya, berase seronok gak cos Mom is already at home, skang tengah rawatan susulan je untuk matenye. Alhamdulillah~

Balik tu, aku turut ditest kandungan darah dalam badan (Nak tau diabetes ke tak). Twice check, my glucose level is around 5-6 (Diabetes is 10 and above, 4 and below tu tak cukup glukos). Actually much better than the rest of the family, hehe~ Abah pon kalah kan bah? Muahaha~! Ops, alasan makan karipap itu tidak diterima, untuk perhatian.

Gemok-gemok pon I sehat okay~?


Time nak solat Maghrib masok bilik parents, nampak Hello Kitty atas almari. Anith told "Abah beli kat mak buat teman di hospital."

...

Aish, tak puas la cuti kat rumah, tapi nak wat camne sebab kerja banyak lagi tak abes kat U. Tapi sedey gak cos U dah nak abes, tetambah banyak kenangan manes sem nih. Pos next nak pos pasal one of the sweet memory I had in my U, DINNER BATCH!

Wait yah?
Ciao~!

-NymQ-

Ps-
Budak-budak UTP oii!!! Buat ye survey nih?