Ah~! Tidak best menulis skema. Kamu tengok sajalah gambar-gambar di bawah (Yang aku seludup daripada kamera orang ramai kerana kameraku rosak).
Oh, sangat penat melayan pendaftar-pendaftar! Tangan bagaikan hendak tercabut tetapi aku tengok Otai membuat kerja dengan dedikasi sekali jadi aku pun turut membuat muka kering melayan karenah kanak-kanak yang takut doorgift habis tetapi risau meja direbut orang. Tempat Otai kemudian diganti Kenny.
Pukul 8.30 malam, kaunter ditutup dan majlis bermula.
Sepanjang dinner, turut diselitkan persembahan daripada kumpulan-kumpulan muzik terdiri daripada pelajar-pelajar Jan'05 sendiri dan beberapa acara lain seperti cabutan bertuah, potong kek dan best dress catwalk. Kemudian acara diteruskan dengan penyampaian award dan persembahan montaj.
Agh! Sekali lagi terpaksa buka kaunter untuk tetamu-tetamu yang belum sempat mendaftar. Thanx to Kenny and Dalila, it was fun to say the least, hehe~
Aku berterus-terang, montaj jurusan-jurusan lain sangat gempak! Berasa sedikit kerdil apabila montaj CIS hampir disiarkan kerana ianya hanya sempat mula dibuat dua jam sebelum grand dinner berlansung! Alhamdulillah, mungkin kerana lagu Standing In The Eyes, montaj kami boleh dikatakan nice (Nak kata lebih tak boleh, kami sedar).
Oh ya, nak mengambil kesempatan ini ucapkan tahniah kepada jurusan-jurusan dan individu-individu yang menang besar malam itu! You all deserve it!
Malam itu memang sungguh best bagi aku kerana dapat juga kami berkumpul beramai-ramai meraikan majlis penutup bagi karnival Jan'05 yang telah berlansung sepanjang semester ini. Tetapi acara yang paling best dan kemuncaknya semestinyalah acara bergambar! Hehe~
Majlis tamat dalam pukul 12 tengah malam. Namun lobby masih penuh dengan kanak-kanak yang tidak reti pulang, sibuk bergambar dan bergelak ketawa. Aku anggap majlis ini berjaya mencapai objektif dan enjoyable. Begitu terharu dengan support dan komitmen yang diberikan oleh semua orang dalam menjayakan majlis ni.
Definitely, this will be one of the cherished moment in my UTP life~!
Till then,
Ciao~!
-NymQ-
No comments:
Post a Comment