Wednesday, September 23, 2009

Sexy Award

Dapat award SEXY dari my sweet Filzy-Zizzy and super-cool Ms Wana in Da House!

I just post one to answer the two awards, okay?

Sexy ke aku? Huahuahua~ (Okayh~ Aku terbayang ade orang yang pas bacer terus terase macam nak melawat En Restroom, silakan!)

~*~*~*~*~*~

Nyatakan 6 Fakta menarik mengenai pemberi award ini:

Untuk Filz:-
1. Murah senyuman. Manis macam ayaq gula! Juga sangat kind-hearted! One of the nicest people on the planet!
2. My first impression of her was she puts tonnes of plusshies and teddies on her bed and she loves chocolate!
3. She is not so girly-girly, especially when she's with her girl-friends. Kan puan empunya badan? Hehe~
4. Dia passionate about her works cos she got the brain and skill. Apentah keje die nanti, something to do with sound, media (I am not a technical person, sorry! Haha!)
5. Oh ya! Sangat mudah mesra! First time jumpa die pon die dah 'Hi~!!!" dan memberikan sinaran Ultra-UV yang tak mencederakan kulit anda~
6. Suka buat sign 'V' kalau amek gambar, hehe~

Untuk Wana:-
1. Appropriate. Not too little, not too much, she's like a nice cuppa tea~ Maksud saya Wana nih boleh masuk ngan mana-mana orang and she knows how to act in any occasion nicely~
2. Calm and cool~ My first impression of her was a sporty girl who likes to dunk and hung!
3. Although I think she is more of a I-love-yellow-or-green-or-blue person, she loves pink! But I guess she's not a Barbie-pink lover... Kot... hehe~
4. Dia dah dapat kerja and I am oh-so-jealous with her! Good luck, Wana~!
5. Dia nih juga berbakat besar dalam bidang-bidang arts. Pandai melukis you know? She designed the Convoice dulu, how cool is that?!
6. She won't smile with her teeth inside pictures, although she has beautiful fence, hehe~

Setiap Blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri:

Fakta #1: Baru saya sedar, selain warna merah saya gemarkan hitam dengan hijau... Tapi warna yang betul-betul boleh buat mood saya up adalah ungu!
Fakta #2: Saya fail bab-bab hafal/ingat jalan. Kawasan tempat saya tinggal pon saya tak hafal. Owh, I really need a GPS!
Hobi #3: Sebenar-benar-benarnya cita-cita saya kalau tak jadi pelukis komik adalah pembaca berita. Then nak travel the world ngan non-profit organizations untuk tolong orang. Tapi saya tahu saya ada tanggungjawab yang lebih besar perlu diutamakan dari ikut kehendak diri.
Fakta #4: I don't mind travelling for the sake of my friends, even if it's 500KM apart. So saya perlu amek lesen and get a MyVi cepat-cepat! Riding is fun, tapi takleh bawak kawan-kawan~ =( Pray for me to get a licence as fast as possible! Haha!
Fakta #5: I am planning to marry at least after I reach 28, haha~! Tapi skang hati dok buat flip-flop plak, payah ah Kak Beee~!!!
Fakta #6: Saya ni sebenarnya suka buat dialog. It happens naturally. Selalunya bertemakan drama miting tetingkap Kampung Paya Siakap. Tapi tak pernah tulis atau rekod, semuanya dalam otak je~ I also compose songs in my head, skang dah ade dekat twenty songs~ Just tak tau nak menzahirkan~
Fakta #7: Although saya dah ada sepasang Crocs, saya masih sependapat dengan orang ramai bahawasanya Crocs adalah jenayah fesyen paling teruk pernah dibuat manusia. Kenapa saya beli juga?
Fakta #8: Saya pernah beli album SOngs About Jane (Maroon 5) sebanyak empat kali. Satu kaset saya hadiahkan buat kawan sebagai farewell gift, satu hilang, satu masih ada. Yang last adalah dalam bentuk CD sebab sekarang pemain kaset dah pupus! Haha~
Hobi #9: Saya rasa seksi tu adalah subjektif. Ianya sesuatu yang indah dan ada dalam setiap insan di atas muka bumi ini~

Pilih 10 orang penerima Award Sexy ini dan describe tentang mereka:

1. Harris Zahari - Tahap kepercayaan atas dirinya sendiri adalah asset seksi paling berguna dalam dirinya~!
2. Hannah
3. Izza
4. Nisak
5. Suhaza
6. Firdaus
7. Ain
8. Arif Fahmi

Simpan dulu lagi dua, untuk sesiapa. Hehe...

Okies, nak menyiap-nyiap diri untuk ke KL. Selamat malam semua~!

-NymQ/EZ-

Dah, dah~ Sudahlah sikit-sikit raya~!

Bought this while on the phone with Danial~ Multi-tasking!

Entahlah, mungkin dah makin tua ni semangat nak beraya tu dah kurang~ Tak terase meriahlah macam yang dulu-dulu. Ape-ape pon, 1 Syawal tetap disambut seperti biasa.

This year awal kami ke masjid, dari pukul 8 pagi lagi. Selalunya dalam 8.30-8.45am. Pas solat and ke kubur, baliklah ke umah nenek beraya. Almost three years already beraya di rumah nenek belah abah je pas tok yah belah mak kawen lain. So semua termasuk family mak akan kumpul kat sini dulu cos we're from the same village. Maknjang and PakChik pon tak balik tahun ni~

Say "One, two, three~"

At grandma's house after Solat Aidil Fitri~

Pastuh ke umah sedare-mare. Mentang-mentang dah tua, duit raya tahun ni susut 60%~ Ala, aku mane keje lagi? Tak aciii~

Aktiviti menyerang rumah sedara-mara

Alya Nabiha, our last cousin so far. Beza jarak me and her is 21 years old~ It figures, cos me and Pakteh was only two years apart

Raya ke-2 dan ke-3 tak banyak beza sangat cumanya dah raya kat umah. This year tak buat open house, so walopon penat melayan tetamu tapi relax la sket~

Raya ke-2~ Dah kat umah dah~ (Was not in the pic, already wearing baju casual. Aqua maaa! Bedahlah nak masuk ngan skintone aku!


Duduk umah, makan. Gie umah sedare, makan. Gie open house, makan. Makn jerla keje aku! Kene serious sket nih, kang tak muat baju-baju keje kang~ najib, aku akan berusaha untuk menjadik slim, Najib! Haha~!

Summary - Semoga tahun ni akan membawa keberkatan dan kejayaan yang bernilai buat semua umat Islam di seluruh dunia~ Sebelum tamat, again I would like to say selamat hari raya, maaf zahir batin buat semua yang mengenali diri ini~

Sekian,

-NymQ/EZ-

Thursday, September 10, 2009

Wednesday, September 9, 2009

09.09.09

Lawa tarikh n kan?

Ikutkan tarikh, dah sembilan belas hari kita berpuasa. Tak jugak aku post apa-apa pasal puasa kat sini.


Meh aku story sket pasal waktu malam bulan puasa di GEMS nih~

Kat sini puasa okla, sebab kawasan bukit. Sejuk sikit. Tak panas, jadi puasa pon takla terasa lapar dahaganya. Cuma 'fogging' je la yang banyak kena kontrol, hehe~

Seronok berbuka di Anjung sebab meriah, bukan setakat dengan lauk-pauk tapi dengan kawan-kawan yang lain. Sekarang waktu berbuka dah 7.19pm, so dalam pukul 7.00pm kitorang akan turun mencari seating yang best untuk menyebar gosip sambil berbuka.

Jangan risau. Nampak je banyak tapi mesti licin lepas tuh~ Juadah tukar hari-hari, so tak la bosan~ And they're delicious~!!!

Muka lapar sekor-sekor

And of course after berbuka mestila tarawikh. Sini, tarawikh buat lapan je, tapi bacaan panjang (Sikit), sampai pukul 10pm barulah habis selalunyer. We also have the tadarus program after prayer, each one of us will read at least two pages daily together-gether~

Majoriti umat tarawikh adalah orang Felda sendiri dan penghuni-penghuni Ixora

Program tadarus sempena menyambut bulan Ramadhan~

Seronok kat sini. Bila dah ramai-ramai sam-sama sambut Ramadhan, nikmatnya terasa indah lagi. Sekarang ni lagu raya pun dah start berkumandang di Anjung. Tinggal beberapa hari je lagi before ramadhan berlalu.

So, kesempatan ini I would like to ish to everyone let's sempurnakan ibadat Ramadhan kita sebaik mungkin. Usahalah bersungguh-sungguh kerna tak lama mana dah aih nak posa pon~

Barulah nanti bila tiba Syawal nikmat kemenangan tu dapat kita rasai sepenuhnya, kan?

Till then,
Ciao~!

-NymQ-

Tuesday, September 8, 2009

Program Sejahtera yang sejahtera la sangat~

"Uih~! Cam best jumper najib. leh aku jilat sudu die lagi sekali bagi die makan pastuh~"

Itulah yang terlintas dalam hati aku tatkala nama aku masuk list 40 pelajar yang akan ke Maran menyertai Program Sejahtera yang akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Najob Tun Razak.

Abes kelas arie Khamis, kami pon bertolak ke Maran, menjadi wakil bagi FRT02. Jauhla jugak perjalanan, dari pukul 6pm sampai ke 12am. Bekalan makanan berbuka diberikan (Meriah gell! Ade nasi tomato, bubur lambuk, murtabak, karipap, kek coklat, bar coklat, epal, pisang, air kotak laici dan oren, air mineral. Nah ko!) tapi sampai dekat Perhentian Genting-Sepah, McD jugak menjadik sasaran.

Rombongan Che Kiah ke Maran

Yang pelik tu dik non, abes jer bertolak dari PGS, sekor-sekor macam kene sampuk hantu. Hingaq bagai nak rak, macam nak ghuntoh baih! Bergambar macam berdiri di atas tanah yang nyata, tak kira badan ringan atau berat. Dah la bas tengah lalu sebelah bukit. Oh ya, team karok! Suara cam sedap, janji layanzzz~~~~

Sampai di Maran, kami stay semalam dalam dorm. Ade air-cond, okayla. Cumer terpaksa berkongsi bilik air ramai-ramai ngan locker yang kecil.

Paginye, bergerak ke kampung untuk program.

Sila identify orang tak mandi. Klu - Bukan aku

Kami membuat aktiviti seperti memanag langsir, menanam pokok bunga dan mengumpat di tepi rumah Sejahtera dengan gembira sekali. nak tau tak ape program Sejahtera nih? Program ni akcelinye program khidmat masyarakat yang di-incaj oleh Khazanah nasional untuk menaiktaraf golongan miskin tegar. Antaranya rumah sumbangan seperti yang kami lawati hari ni. Kirenye kami ni pergi tolong-tolongla, ala-ala kenduri kahwin gitewww~

Kawasan rumah sumbangan

Ahli miting tetingkap Kampung Jerut Luntung sedang membuat aktiviti tahunan sempena raya

After berlakon baik, petang tu barulah majlis perlancaran. yang tak sejahtera mulalah mendatang. Ntah hapentah organizer, suro kitorang ke masjid, takleh join. Padahal dah pakai baju melayu semua. datang nak menolong ni, tapi kena pulak gie terpacak kat depan masjid tak buat ape-ape. nasib baikla nak dekat berbuuka tu ade keje sket. (Konon atie mulia, kan?)

Goody bag sasaran

Dari pukol 3 kot tunggu Mr Najib nak tunjuk muka~ Padahal majlis kol 5pm

Majlis berbuka puasa kire okayla... Tak best pon, cumer best goody bags jer. Selepas majlis berbuka, kami pun decided untuk pulang ke Trolak sebab tak sabar nak karok lagi sekali~ Okay bohong. Akceli sebab takde ape-ape nak buat dah~

"Kami, pelajar-pelajar tahun akhir Universiti Cambridge, ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATEEEEEEEEENNNNN~~~~"

Kesimpulannye, lein kali nak jemput kalo setakat nak suro terhegeh-hegeh buang amse, beik takyah. Korang pon boleh buat, paham?! Takpelah, dapat tolong sikit pon okay je, tapi hati ni panasssss betul ngan sorang pakcik bertahi lalat besar di pipi kiri. taknak cerita, nak mein Who's The Biggest Brain dalam FaceBook. Tak penah main? Cariklah~



Okiesla bebeyhz,
Till then,
Ciao~!

-NymQ-

Wednesday, September 2, 2009

Perjalanan menuju ke rumah tak dikenali

Siri seram program komuniti servis

Makcik tu duduk sopan je kat meja depan, melayan slides montage hasil tangan kompeni EduOne ngan EMA. Aku sendiri bosan dengan montage tu (Muka kau satu haram tak kuaq!!!) apentah makcik yang tidak ada kena-mengena dengan pasukan mengecat, membaikpulih masjid mahupun signboard.

Aku menghampiri beliau, ibu angkat aku ini nampak kebosanan (Tau pun ko bosan~!). Lantas, aku mencapai seguni beras (Barang zakat) sambil bertanya padanya "Nak balik dah ke?"

Mukanya blank seketika. Beberapa saat kemudian barulah direply pertanyaan aku tadi. "Ha'ah~"

Berjalanlah aku dengan ibu angkat aku meredah padang yang gelap-gelita dek kedekutnya orang ramai nak pasang lampu jalan berhampiran. Seketika perjalanan muncullah beberapa makhluk yang aku gelar abang angkat terangkat aku, Amien, Amir dan Akmal. Kami bersembang ramah dengan ibu angkat. Almaklumlah, baru sempat berjumpa tengah hari tadi, itu pun tak sampai sejam.

Berjalan. Berjalan. berjalan.

"Eh, kite nak ke mane nih?" Sapa aku sebaik saja ibu angkatku membelok ke lorong yang tak dikenali.

"Ke rumahlah~! Ke mana lagi?" Jawab beliau. Suaranya perlahan, lembut.

Aku mengerut dahi. Abang-abang saudaraku juga sudah bermuka pelik. Namun untuk menjaga hati, kami ikut saja beliau meredah semak-samun.

Bermacam-macam persoalan timbul dalam benak fikiran aku yang bergeliga ini. Kenapa jalan ini yang dipilih? Sekalipun ini short cut, takkanlah arahnya dah bagai Selatan, sedangkan asal petang tadi kami menuju ke Utara dari arah dewan?

Mungkinkah makcik ini bukan ibu angkat kami?

Siapakah makcik bertudung merah menyala bak bunga raya berbaju kurung putih bunga kekwa ni?!

Adakah beliau... beliau...

"Kampung ni banyak saudara-mara," tiba-tiba ibu angkat bersuara. "Sebelah rumah ni rumah adik makcik."

Kami tiba di kawasan bertar. Bertentangan kami beberapa deretan rumah kampung. terbukti, makcik ini bukanlah dalam usaha menculik empat jejaka hensem ke alam bunian.

"Erm, makcik. Makcik ade adik name Azizah Azian tak?" Tanya Amir selamba sebaik sampai ke kawasan rumah makcik yang tidak dikenal pasti ini.

"Haaa~!!! Tu pon adik makcik, duduk dekat hujung sane nun~!!!" Jarinya menuding ke suatu arah (Ala, gelap kot. Mane orang kisah die tunjuk~)

Kami terkedu seketika. Rupa-rupanya selama ini makcik yang kami hantar pulang ini bukanlah ibu angkat kami. Setelah diselidik, rupa-rupanya kami telah menculik ibu angkat Ayie!

Balik ke rumah, seribu satu rasa salah tubit dalam diri masing-masing. Entah bagaimanalah ibu angkat kami YANG SEBENAR balik malam itu dengan membawa guni beras dan perkakasan dapurnya.

-NymQ-