Wednesday, September 2, 2009

Perjalanan menuju ke rumah tak dikenali

Siri seram program komuniti servis

Makcik tu duduk sopan je kat meja depan, melayan slides montage hasil tangan kompeni EduOne ngan EMA. Aku sendiri bosan dengan montage tu (Muka kau satu haram tak kuaq!!!) apentah makcik yang tidak ada kena-mengena dengan pasukan mengecat, membaikpulih masjid mahupun signboard.

Aku menghampiri beliau, ibu angkat aku ini nampak kebosanan (Tau pun ko bosan~!). Lantas, aku mencapai seguni beras (Barang zakat) sambil bertanya padanya "Nak balik dah ke?"

Mukanya blank seketika. Beberapa saat kemudian barulah direply pertanyaan aku tadi. "Ha'ah~"

Berjalanlah aku dengan ibu angkat aku meredah padang yang gelap-gelita dek kedekutnya orang ramai nak pasang lampu jalan berhampiran. Seketika perjalanan muncullah beberapa makhluk yang aku gelar abang angkat terangkat aku, Amien, Amir dan Akmal. Kami bersembang ramah dengan ibu angkat. Almaklumlah, baru sempat berjumpa tengah hari tadi, itu pun tak sampai sejam.

Berjalan. Berjalan. berjalan.

"Eh, kite nak ke mane nih?" Sapa aku sebaik saja ibu angkatku membelok ke lorong yang tak dikenali.

"Ke rumahlah~! Ke mana lagi?" Jawab beliau. Suaranya perlahan, lembut.

Aku mengerut dahi. Abang-abang saudaraku juga sudah bermuka pelik. Namun untuk menjaga hati, kami ikut saja beliau meredah semak-samun.

Bermacam-macam persoalan timbul dalam benak fikiran aku yang bergeliga ini. Kenapa jalan ini yang dipilih? Sekalipun ini short cut, takkanlah arahnya dah bagai Selatan, sedangkan asal petang tadi kami menuju ke Utara dari arah dewan?

Mungkinkah makcik ini bukan ibu angkat kami?

Siapakah makcik bertudung merah menyala bak bunga raya berbaju kurung putih bunga kekwa ni?!

Adakah beliau... beliau...

"Kampung ni banyak saudara-mara," tiba-tiba ibu angkat bersuara. "Sebelah rumah ni rumah adik makcik."

Kami tiba di kawasan bertar. Bertentangan kami beberapa deretan rumah kampung. terbukti, makcik ini bukanlah dalam usaha menculik empat jejaka hensem ke alam bunian.

"Erm, makcik. Makcik ade adik name Azizah Azian tak?" Tanya Amir selamba sebaik sampai ke kawasan rumah makcik yang tidak dikenal pasti ini.

"Haaa~!!! Tu pon adik makcik, duduk dekat hujung sane nun~!!!" Jarinya menuding ke suatu arah (Ala, gelap kot. Mane orang kisah die tunjuk~)

Kami terkedu seketika. Rupa-rupanya selama ini makcik yang kami hantar pulang ini bukanlah ibu angkat kami. Setelah diselidik, rupa-rupanya kami telah menculik ibu angkat Ayie!

Balik ke rumah, seribu satu rasa salah tubit dalam diri masing-masing. Entah bagaimanalah ibu angkat kami YANG SEBENAR balik malam itu dengan membawa guni beras dan perkakasan dapurnya.

-NymQ-

6 comments:

firdausMohamad said...

kesiannya orang tua tu...

xpe xpe. esok2 gi tologn dia prepare apa2 yg patut.

:D

HafizAizuddin said...

ekelele.. wat suspen je.. camne la ko bole tertukar mak.. seb bek bukan "MaK"

nisha said...

hahah..

ak pun pernah pergi program keluarga angkat ni..

confuse muka mak angkat yang mana. just cam warna tudung je. nasib baik sebab nyaris tertukar dengan mak angkat orang lain.

(macam mana la korang tiga2 boleh tak perasan eyh..hahhaha)

AlexAlabasta said...

Kitorang balik umah kitorang buat muker kering jer... Macam takde ape2 berlaku, aldo malu nak masuk umah sebenarnye, haha!

aAza said...

owh.. aku blik awal time community service.. mandi pun tak sempat.. tp siyes mmg penat wat keje time2 pose. nk je rembat air sejuk. this is my 2nd time masuk keluarga angkat n mmg tak best pon sbb pastu dah xcontact lgi

AlexAlabasta said...

Huhu, tu la. Tapi tulah tugas kite sebenarnye, mengekalkan tali perhubungan yang telah terbina. tak gitewww? Gitewww~