Eh?! Iffat?! Owh...bukan2, ni bukan post nak promote kawan sebagai teman hidup mana2 wanita kesunyian, ni nak cerita pasal iftar agong yang telah berlansung meriah di Masjid An-Nur Jumaat lepas.
Bukanlah nasi free yang aku dambakan, namun kenangan bertepuk-tampar berebut ayam, acara 4x4 mendapatkan kuih dan plot menyorok tong air sirap bersama rakan-rakan seperjuangan adalah reson utama aku buat2 nak join iftar kali ni (Betol, aku buat2 je, bukan nak sangat2 pon makan free! Betol!!!).
Berikut merupakan gambar2 kenangan manis kami menikmati juadah percuma tajaan Petronas di bawah naungan Masjid An-Nur... Tapi sebelum itu, baiklah kiranya kite amek ikhtibar sekejap melalui dua gambar hasel ikhsan Ahmad Boestamam Borhan...
Baguih Dok Ado - Memberi makan kepada ikan sebelum masuk waktu Maghrib
Tak ado lagi baguih - Memboikot kuih-muih untuk diri sendiri sebelum masuk waktu Maghrib
Gambar 2-
Baguih dok ado - Tolong mengambil air untuk rerakan dalam sabar menanti masuk waktu Maghrib
Tak ado lagi baguih - Minum air tanpa sabar basuhan tangan sebelum masuk waktu Maghrib
Juadah yang disediakan simple tapi memuaskan. Untuk pusingan pertama sebelum solat, disediakan jamuan kuih-muih ringkas seperti karipap, kuih bengkang dan kurma. Selepas solat menu beralih kepada hidangan utama iaitu nasi beriyani, daging masak hitam, ayam amsak merah, ikan masak masam manis, dalca dan acar timun. Majlis berbuka ditamatkan dengan juadah pencuci mulut berupa cucur udang dan bubur kacang.
Ini adalah iftar agong pertama aku kat UTP, tapi ianya suatu pengalaman yang menarik. Walaupun umat manusia time nie dah jadik macam Achan kelaparan bila saja solat Maghrib abes dijalankan, aku seronok tengok betapa excitednye mereka mencari2 kengkawan untuk makan bersama.
Mungkin aku tak se'excited' mereka bab2 makan free, aku suka memerhatikan apa yang berlaku daripada menyesal di kemudian hari apabila terjelepuk jatuh ke dalam tong nasi beriyani, aku lek2 dulu kat belakang, amek gambar dua tiga pam.Dalam 15 minit menunggu dapat jugelah aku pulang ke tempat kami port sebentar tadi untuk makan bersama2...
Kesimpulan - Yeay utk iftar agong! Takto lak best macam nie, seronok dan puas hati la dapat makan gak tahun nie before kene grad tahun depan, huhu... Berbaloi la sape yang pergi. Semoga di tahun2 hadapan, segala glitches2 yang ada dapat dikurangkan namun tahniah dan terima kasih buat Pihak sponsor~! Lev yiu~
P s- Iffat, tenkiu for your buttons...
7 comments:
knape kamu link ngan my blog??
kite knal ke??
huhu..sje tnye..
Knal ikut Nisa', die promote n me found ur blog's nice...
Apsal, taknak ke promotion free? Hehe~
oo..cmtu..x de laa
cume trkjut je td..
tgk td u link kat my blog
nyway, thanz eyh..
nice to know u..
bukti ruangan komen disalah gunekn..
amaran kepade nyamouq dan kunci..
pls behave!
Mengapa nama ku menjadi benchmark?? hmm
Nice to know you too, cik kak kekeunci~! =)
Kay, pehal?~(menjeling)
Achan, sedarlah...Hahahaha~!!!
Kalo bab makan Achan jadi idola aku hahaha
Post a Comment