Saturday, September 20, 2008

Seindah seminar prelim FYP

How was your FYP? Good? Great? Hope everyone's doing fine. Here's mypost regarding this God Damn Thing~

Tatkala hamba-hamba Allah yang lain sebok bercengkerama menghabeskan waktu bersuka-ria bergelak ketawa di bawah pokok ketapang sekitar UTP, aku ngan Toyon ader hal yang lebih penting perlu dilakukan. Jumaat adalah hari menyembah lecturer, memohon sedikit belas kasihan sambil memberikan satu dua penerangan berkenaan isu yang perlu dibangkitkan dalam...(jen jeng jeng)... SEMINAR PROGRESS REPORT FYP!!!

Pukol 9 lebeyh kami tiba di blok 2 (blok BIS) untuk present. Toyon 36 slides, die bantai habes-habesan Ms Savita sampai terkedu wanita tersebut di atas meja, separuh menangis separuh ketawa kerana gagal mengontrol perasaan "teruja" mendengar presentation sejam daripada wakil tunggal pembuat projek "Aku dan Warga Aborigin" (Takto name sebenar title FYP die, leh tanye sendiri kalo nak di r*vsca9@gmail.com).

Toyon mengetuk2 jari menunjukkan teknik bermain ketinting~

Wajah2 gadis yang buat2 paham dengan bunyi ketinting..."Aa...Ooo...haaa...paham2..."

Tapi tak cukup dengan itu, dalam pada sebok lelaki Melayu bukan terakhir itu galak terkinja2 menari2 di depan lecturer2, ade satu lagi sosok-sosok toboh sedang menghabeskan waktu zaman kanak-kanaknye dengan membuat neuron2 otak Toyon berdenyut2 hiba. Tidak lain dan tidak bukan, anak MsMazeyanti mule menunjukkan berang darah mudanya di hadapan aku, Arip, Medtek dan Malini (TENKIU MALINI FOR YOUR SUPER_CLEAN, NO VIRUS OR SPAMWARE LAPPY~!!! MUAHAHA~!!!).

"Car~ Car~" sebut kanak2 riang ini sambil diperhati kasihan oleh ibunya dalam kerisauan...

"Uish, sedap nampak?" monolog dalaman sambil memerhati selipar Ms Savita.

"Boy! Jangan!!! Dirty, dirty~!!!" jerit Ms Mazeyanti dalam usaha menyelamatkan kanak2 riang daripada mengattack bateri laptop Malini pula.

"Cara2 menyumbat kanak2 ke dalam perigi, eh, bermain alat muzik ketinting adalah..." Toyon tersasul dalam presentation

Arip dan Medtek yang kelihatan happy seceria hening pagi bertukar wajah ala2 pakgad depan pintu masuk bile melihat adegan2 teruna Ms Mazeyanti ni hepi terlebih. Namun daripada wajah pakgad, mereka terus berubah menjadi pakgad kehilangan darah disedut zombie apabila lecturer kesayangan mereka ini menancelkan presentation mereka apabila tahap kritikal kanak2 riang semakin menjadi parah. Arip dan Medtech pulang ke rumah dalam keadaan pasrah memeram presentation untuk minggu hadapan...

Sebelum - Wajah dalam senyuman separa gembira

Selepas - Wajah kehilangan senyuman manis bertukar kekeduan...Kelihatan mate Arip merah menahan tangis


Selepas sejam yang menyengsarakan, akhirnya Toyon melabuhkan tirai dengan ucapan terima kasih dan hilai tawa kepuasan, Tempat beliau digantikan aku yang berhati mulia ini. Tapi mungkin nasibku kurang baik, Ms Savita yang pada awalnya semangat gigih nak tengok anak2 didiknya present arini kelihatan hilang fokus dan terpaksa mangambil udara seketika. Tapi mungkin itulah kebaikannya, die kate "You proceed. Ima take some air for awhile~"

"Apekejadahnye presentation arini macamnak membunuh aku nih?!" kate Ms Savita menonyoh-nonyoh mate.


Itulah saat indah yang aku nanti2kan.

Aku pecut 250KM/H. Malini terapung-apung ditiup angin, Toyon terpelanting ke luar tingkap. Presentation aku tamat dalam masa kurang daripada 2 minit 42 saat. Ms Savita kate die berase bersalah tak melihat presentation lalu memberikan fullmark. AKu pulang dengan kegembiraan selepas sempat menyedekah dua tiga ketul virus ke dalam komputer Malini.

Dan itu semua hanyalah hasrat yang terbuku di dalam mindaku.

Sebagai pengganti, Ms Noreen Izza yang best datang menggantikan tempat Ms Savita yang kemengantukan amat dan Ms Mazeyanti yang dalam krisis anak-beranak walaupon dalam demam2nye. So aku present depan die tanpa sebarang perasaan ragu2 dan tamat dengan cemerlang sekali. Walaupon ianya melebihi 2 minit 42 saat, namun tidaklah mencapai 1 jam lebeyh. Die memberikan ucapan well done dan disambut setuju oleh Ms Savita beberape minit kemudian tanpa sebarang songehan yang banyak. Tenkiu Ms Noreen~!

Sape2 yang tak penah tengok gamba kawen Ms Noreen (lamer sanagt dah~), ha...tengoklah. Lawa kan?


Kesimpulan - Mungkin bunga tak semekar dalam siri2 "Pushing Daisies", muzik tak seindah filem "The Sound Of Music", namun aku bersyukur satu azab Allah telah berjaya aku harungi dengan jayanya. Thanx Ms Savita and Noreen for being supportive for my FYP, thanx Malini for your lapp (sorry for any virusese if there were), thanx for rerakan lain yang hadir menyaksikan presentationku... Next stop - Interrim Seminar!

3 comments:

Charles T said...

alamak.. yg ko jangkitkan laptop malini ngn virus tu apsal? hahahaha adeh~ :P

::The TypeWriter:: said...

seperti anda sume maklum..
nyamouq tu sndiri pembawe virus..
denggi,JE dan etc..
bersame kite perangi nyamouq abis-abisan!

Kenangan Lalu said...

Charles - Ade ke Charles?! Alamak, sian kat Malini, huhu~ Malini, sorieee!!!!

Kay - Sbelom ko ajak orang lain perang, baik kite perang pinggan same2 kat umah malam nie...nak kene tido luar ke?! (Menjinjing anak masuk rumah)