Wednesday, February 9, 2011

Sekinchan Ikan Bakar

Korang mesti dah familiar kan dengan nama Sekinchan Ikan Bakar? Untuk pengetahuan umum, cawangan baru restoran ni dah mula beroperasi di Bandar Tun Razak. Dah sebulan dah actually, and restoran ni dekat je dengan LRT Bandar Tasik Selatan.

So, atas pembukaan SIB dekat-dekat dengan rumah kitorang, maka dengan slumber badaklah kami pergi menery (try) makanan di sana. Pukol sepuluh malam baru nak bergerak, mane tak gemok?


Seleksi ikan dia banyak, berbagai-bagai jenis ikan ade, udang, ketam, lobster, sotong, kerang, kepah, lala, Mazuin Hamzahh... Silap, Mazuin Hamzah bukan makanan laut.


Sementara menunggu ikan-ikan kami siap dibakar, orderla air dulu (Aku air epal hijau dengan asam boi) dengan sedikit pembuka selera iaitu paru cili dengan ulam. Oh, cicah dia memang sedap! Sedap sungguh tambah-tambah sambal kicap dia yang pekat dan pedas tapi manis nih. Aku makan ulam pon slumber je aldo selalunye tak reti makan-makan ulam ni sebab nak meratah sambal kicap tu. Dua cicah lagi ialah air asam dengan sambal.




Dalam setengah jam pastuh maka sampailah makanan utama kami yang memang meletup! Crispy di luar, juicy di dalam. Ditambah dengan kuah trademark dia yang cukup berempah, pedas dan manis berkrim, makan ikan die saje pon dah cukup! IOh ya, ikan yang diorder ialah ikan kembung, ikan keli, ikan pari. Triniti ikan bakar habesss!

Datang dalam asap kepul-kepul. Mintak nasi putih. Picit limau atas ikan-ikan bakar. Heaven.



Makan tu haruslah sampai licin calat. Kuah hirup sampai kering, kalau boleh nak makan sekali daun pisang tu. Sambil dok menunggu makanan turun, tangan dok buzy lagi bergerak mencari-cari saki-baki ikan kalau ada. Manela nak tau, mungkin bawah kulit daun pisang tu ade seekor ikan lagi ke.


Dan semestinyelah lepas makan kene merokok dulu. Perut dah maha sendat, tapi puas!


Kena bil 73 hengget. Okayla jugak price dia. Untuk empat orang makan - Empat ikan bakar, nasi lemak dua, nasi putih lima, paru kering masak cili, ulam. Kira berbaloi la. Besok kerja pon tak kisah balik lambat malam ni, kepuasan menikmati ikan bakar yang best memang priceless. Nak datang lagi sekali? Sangatlah boleh.

Jadi kalau korang duduk dekat-dekat dengan Bandar Tun Razak ni, sila-silakanlah diri nak datang. konfemlah korang tak nyesal~!


Till then,
Ciao~!

-NymQ-

5 comments:

Murni Alfathunnisa said...

huhu...meleleh air liur!
Sekinchan ni ada branch kat Setiawangsa kan? Macam pernah lalu..tapi tak sempat singgah..huhu

Kenangan Lalu said...

Yup, banyak gak branch die actually, lima kot. Try tengok website dia~

Harus pergi! Hehe~

Ong said...

can i have the contact number for bandar Tun Razak branch?

I have called other branches but no one answer..

itu loaction dekat mana? TQ

Anonymous said...

Is anyone out there have this branch phone number....I dah call branch lain semua nya tak jawap..

Anonymous said...

Salam,
Sesiapa ada tak nombor talipon Sekinchan Ikan Bakar Bandar Tun Razak ,Dekat dengan LRT Bandar Tasik Selatan.