Thursday, June 18, 2009

Razak Izzani on da way to Johor!

Keputusan dibuat. Kereta Kerinching terpaksa pulang. Dengan setiap anak-beranak hanya berbekalkan duit hujung bulan, tiada faedahnya tiga kereta mengikut ke Johor yang jauhnya enam jam dari Universiti tercinta. Buat ngabeh minyok jo. Namun atas dasar kawan, masing-masing mengumpul wang membantu perjalanan dua buah kereta yang masih meneruskan perjalanan.

"Takpala, Zak. Aku bagi sokongan moral ja la kat hang la ni~"

"Nampaknye tinggal aku ngan ko jelah yang jantan dalam trip nih, Razak," keluh Big Ben berseloroh.

Dalam kereta Nina sebentar tadi, Mazni mendapat mesej yang majlis pertunangannya dijarakkan ke pagi. Maka makin kuranglah masa untuk mereka lengah-lengahkan. Tambah-tambah apabila kini mereka telah menjangkau ke negeri Selangor. Traffic jam yang bersepah-sepah di merata tempat bukan setakat menyakitkan hati, malah menambah-nambahkan gusar ligat membuat summersault dan tarian capoera di dalam perut masing-masing.

Nina sampai terpekik terlolong menjerit "Emergency! Emergency! Ada wanita nak bersalin! Emergency!" untuk memudahkan laluan dibuat. Pandai jugalah si Nooridayah melakonkan babak I-need-to-labor-now di dalam kereta sambil Lady D menjadi watak pembantu sebagai makcik rumah sebelah yang pernah membantu wanita-wanita kampung bersalin. Alhamdulillah, dek kerana anak-anak gadis yang cun sedang berada di dalam kereta itu, mereka lepas selesa untuk terus maju ke Selatan.

Dan Kenari Kasih yang sesat ketika belok ke arah Kuala Lumpur (Kamu tahu kan, simpang nak ke Johor dan ke KL dari Utara?) menambahkan lagi rasa jauhnya perjalanan hari itu. Nak dijadikan cerita, padahal Big Ben tu orang Pahang dan Si Jenny orang Melaka. Memang pelik, tapi itulah yang berlaku.

Penuh jugalah handphone si AinulMardiah dengan makian Cik Mazni. Nasib baik iman di dada Ainul masih kuat, kalau tidak sudah lama handphone di dalam tangannya hancur lunyai macam gagang telefon yang direnyak Miss SabariahSalamiahHassan. Tapi dia faham akan Cik Mazni yang berapi-api risaukan kawannya yang chuak menanti di rumah. Mungkin Izzani menangis, mungkin sudah berputus asa.

Tapi bukan Razak, kerana Razak percaya akan hati Izzani. (Babak mata bersinar-sinar sambil dipancari cahaya neon jalan. Lengan di muka tingkap, muka kena ketat)

*-*-*-*

"Sakit hati betullah kene balik camnie, sia2 aku tutup video ehem aku tadi!" Bising Kerinching dalam kereta sepanjang pulang. NymQ membuat muka kering seolah-olah beliau sedikit pon tidak bersalah. Sebenarnya dalam hati dia juga kecewa, tambah-tambah kali ini dia tidak dapat membuat liputan secara live kisah cinta Razak dan Izzani. Safiruddin pula sudah lama berdengkur. Mukanya tersenyum puas, sempat dia 'menembak tepat' ke kepala NymQ sebentar tadi apabila ditanya siapa yang perlu ikut Kenari Kasih.

"Ko jangan nak buat gila. Kalau ko tu cerah bolehla lepas. Ngan rambut kerinting kulit gelap, sah-sah ade harapan ko kene hantar ke Gabon kalu kantoi kat road block. Nak?!"

PFT laju masuk ke dalam UTP. Sebelum sampai di round-a-bout depan Masjid An-Nur (Kerinching terbayang wajah seseorang yang nama iras-iras masjid itu) NymQ sempat bertanyakan khabar rombongan anti-pertunangan Razak.

"Camner youallz? Dah sampai mane?"

Dalam kurang dari seminit, mesej balas diterima.

"Kami dekat kedai kereta. Kenari Kasih tayar pecah!"

"Nih apejelaaa petake yang menimpa nih?!" Antara gadis-gadis yang kepenatan menunggu di kedai Uncle Chong Kee~

Mungkinkah ini petanda yang Rombongan Cik Kiah menentang majlis pertunangan perlu ditamatkan? Bagaimanakah dengan masalah kewangan yang dihadapi oleh rombongan tersebut? Cam biaserlah, nantikan~

5 comments:

livb said...

too bad takdapat join rombongan anti-pertunangan tu. berminat jugak nak jadi cameragirl tegar.>=)

umi_e said...

kak e tak faham ler... agaknya kak e tak tau kisah awalnya kot... :p

* selamat bertunang kepada yang bertunang :)

AlexAlabasta said...

Tu ah, LivB. Dak2 lain lak tak pulak nak tangkap gamba, eish~!

Kalau Kak E nak tau kisah ni dengan penuh, tengok dekat tag Razak Izzani. Hehe~

izzati said...

ala..tunang jek...
bkn kawen pun~

ainsuffian said...

masihkah ada peluang..?
ehem..