Tuesday, June 23, 2009

Orang yang tegur dulu adalah orang yang tidak sombong?

Aku sombong ke?

Obviously... Or maybe. It depends how you define sombong tu macam mane.

Aku admit, kalau orang yang aku tak kenal memang aku tak tegur, walaupon jumpa hari-hari. Senyum ya, tegur tak. Sebabnye - Takde sebab. Tak ada sebab itulah sebab aku tak tegur. Sebab dah takde sebab, buat apa nak cari sebab?

Tapi bukanlah bermaksud aku ni tak ambil berat ataupon taknak berkawan dengan si dia. Cumanya aku ni jenis pemalu dengan orang yang aku tak kenal. Kalau dia tegur, aku tegur. Plus, aku akan selagi mungkin cuba untuk kenal lagi orang tu.

Sebab bagi aku apabila terpaculnya bicara antara dua orang buat kali pertama, satu ikatan terbina kat situ. Macam frasa yang pernah aku dengar dalam Discovery Channel

"A relationship begins at the first word. It doesn't matter you will meet him or her again, but the memory will always be there, albeit where you locate it in your head."


Tapi aku tak suka orang yang suka melabel orang. Bayangkan, die boleh label kite sombong sebab tak tegur die? Die ape lak? Tak tegur kita pon, tu nak letak kategori mana lak tu?

Satu jari tunjuk ke orang, satu jari tunjuk ke muka sendiri, tiga lagi tunjuk ke dada.

Satu lagi aku tak kisah dengan siapa aku cakap. Orang tu kaki cucuk langit ke, alim ke, aku cakap samer je. Aku tak suka orang yang tegur aku "Apsal ko cakap ngan die macam tu? Die kan orang masjid?" Ade ke ko panggel die bebeyh?!"

Bagi aku perkara itu tak perlu diperbesar-besarkan kot. Dia manusia, aku manuisa, dan selagi ayat tu tak mencaci, mengeji atau mencederakan sesape, aku layan je~ After all, semua kawan aku layan samer je. Cakap macam biasa, tapi ada batasnya.

Alah, bebeyh je pon. Semua orang aku panggel bebeyh, hehe. Jangan la anggap aku tak hormat kawan-kawan aku.

Tapi ikut orang gak la, contohnya kalau orang tu berusia atau terlalu muda daripada aku, takkan aku nak berbahasa lingua franca orang-orang sebaya aku.

Dan juga perempuan. Sebab perempuan adalah ciptaan teragung dari Tuhan buat umat lelaki. Aku kontrol sikit depan perempuan sampailah dia sendiri tak kontrol. Tapi aku suka perempuan yang tak kontrol, senang bersembang.

Tapi apa-apa pon yang paling penting kawan-kawan aku, aku jaga. Lelaki ke, perempuan ke. Tanpa kamu-kamu, siapalah aku. Harap-harap tiadalah kawan-kawan aku sendiri yang cakap aku sombong. Kalau ada, bagitaulah~


Till then,
Ciao~!


-NymQ-

Ps- Michael Jackson is gone, kehilangan buat dunia seni seorang artis yang berjaya menyatukan races from different color di seluruh dunia. I heard dia sudah masuk Islam. If it's tru, marilah sedekahkan Al-fatihah padanya. Juga takziah untuk Farah Fawcett. Wow~! How many great people do we lost this year alone?

3 comments:

Kersani said...

btul!

kadangkala org cepat menghukum apa yg kita buat.

just need to learn and respect.

:)

umi_e said...

ye ke orang yg tegur dulu tak sombong ?

* kak e suka tegur orang dulu so bermakna kak e tak sombong? heheheheheh :P

AlexAlabasta said...

Betol. Learn and respect.

Hehe, tajuk tu sarkastik je tu kak E. Tapi Kak E jangan riso, Kak E adalah antara org paling ramah sekali!