Tuesday, June 23, 2009

Tag daripada Guo Lin!!!

Sila gunakan Bahasa Melayu sahaja :)

1. Bekas kekasih saya adalah :
Seorang yang masih saya sayangi kerana kami masih berkawan.

2. Saya sedang mendengar :
Kelly Clarkson - Long Shot. Lagu ini ada versi Ketty Perry. Ikut suka kamulah kamu minat ikan keli atau timbang kati.

3. Mungkin saya patut:
Bersukan. Bukan mungkin, SEPATUTNYA! 5 kilo itu akan bertambah dalam masa beberapa jam sahaja lagi.

4. Saya suka :
Menyepak light-light perut Snowy karana saya rasa dia mengandung lagi. Bulat sangat! Selagi dia tidak mengiau, saya akan terus kacau dia, haha!

5.Sahabat-sahabat baik saya :
Kesemuanya bertebaran di seluruh dunia, meneyebabkan saya mati kutu di rumah!

6.Saya tak faham :
Motif Khairy Jamaluddin masuk politik. Sungguh!

7.Saya kehilangan :
Peluang untuk mencuba sesuatu yang saya idam-idamkan.

8.Ramai yang berkata :
Saya seksi. Hihihi!

9.Makna nama saya :
Mohd (Muhammad) - Terpuji, Izzuan - tiada makna, Affendi - Gelaran bagi orang berpangkat. Iwan pula bermaksud kawasan gerbang di depan masjid. Nyamouq pula manusia paling seksi di dunia!

10.Cinta itu adalah:
Kelengkapan kehidupan. Kehidupan yang diberikan tuhan ini tidak akan lengkap nikmatnya tanpa merasai cinta.

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
Ber'chatting' dengan saya.

12.Saya akan cuba :
Untuk membaiktaraf diri saya agar menjadi manusia yang berguna untuk agama, bangsa, negara, terutama untuk rakan-rakan dan keluarga!

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Ketidakpastian. Sepanjang selamanya itu, banyak perkara yang boleh berlaku.

14.Telefon bimbit saya :
Perlu ditukar kulitnya kerana pecah. Saya nak tukar kulitnya kerana saya inginkan telefon bimbit ibu saya (Kami akan bertukaran telefon bimbit). Dia hanya tahu mengangkat panggilan, kenapa diberikan Nokia Navigator kepadanya?!

15.Bila saya terjaga dari tidur :
Saya akan tarik langsir untuk tidur lebih.

16.Saya paling meluat apabila :
Saya perlu melakukan sesuatu perkara banyak kali dan perkara itu bukanlah sesuatu yang saya minat.

17.Pesta/Parti adalah :
Tempat untuk mengenali manusia. Banyak boleh kita pelajari tentang seseorang itu apabila di pesta/parti.

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :

Kalau kartun, mestilah Gloria Happy Feet!


Kalau alam nyata, kucing Scottish Folds! Telinga lipat, mata gedabak!


Kenapa kucing jenis ini tiada di Malaysia?! Nasib baik ada kucing (Atau burung hantu, atau monyet) di bawah~


19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
Zaman sekolah menengah. Selepas tahun 2002, haha!

20.Hari ini :
Sangat sesuai untuk tidur kerana hujan~

21.Malam ini saya akan :
Beli Mild Seven lagi sekotak.

22.Esok pula saya akan :
Tidak perlu tahu, malam istimewa kami berdua.

23.Saya betul-betul inginkan :
Lemak di badan saya ini jadi milik Guo Lin. Ko nak sangat lemak kan, Guo Lin?! Mai ambik!!!

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Saya terasa "Alangkah indahnya kalau aku boleh buat pembedahan plastik~"

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Adalah tempat yang saya pergi kalau perlu. Tapi saya tidak suka arked, saya lebih suka pusat bowling.

26.Makanan Barat atau Jepun :
Oh, semestinya makanan Jepun kerana mereka pakar dalam deria rasa ke-5, manyam.

27.Bilik yang terang atau gelap :
Gelap.

28.Makanan segera adalah :
Roti canai lembut gebu Bob Noli atau burger istimewa tiga tingkat di simpang utama kawasan perumahan ini.

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
"Kalau abang dapat kucing ni (Kucing dalam video di atas), abang berjanji akan menyayanginya sepenuh hati abang!" kata saya kepada Anith. Dia angguk setuju seratus-peratus.

30.Siapa yang anda nak Tag?
Adam Effendy (Si tiang galah ni memang tidak pandai membuat tag! Saya tag dia keranan saya tidak putus asa!) dan Achan!!!

3 comments:

izza` said...

*pengsan* tgk video kucing Scottish Folds tu. nga...

kaknadi said...

ahh...kakak dah cop dlu hp mak...jgn nk mengada utk MEMbodek mak ye!!..ahaha..adik hnya mmpu mengangguk sja..dia kan alien xkan mmpu utk beli kucheng tu nye.. =p

AlexAlabasta said...

Sama2lah kita pengsan~ Pas bace post Izza, dtg sini balik utk mereleasekan tensi dgn melihat vid kucing itu, ye?

Ek eleh~! Tak dapat punya, tak dapat~ (Abang bgto adik hang kata dia alien, hahaah)