Friday, May 22, 2009

Ingat kangkung itu seronok berlenggang-lenggang?

Aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan kalau anda seorang NymQ:-

1) Download movies, series dan animes banyak2. Buat ape? Tengokla, takkan nak buat korsaj?!
2) Karok. Kalau ada duit. Kalau takde, mandi dua kali ganda daripada berapa kali kamu mandi sehari, banyak sikit masa nak menjerit kuat-kuat.
3) Lawat bilik kawan-kawan sampai diorang cakap "Muker ko lagi~!!!"
4) Tengok Bulbapedia. Baca semua informasi pasal pokemon-pokemon yang ada. Kalau dah habis, buka pula FFpedia. Kalau dah habis, abca pula Harry Potter pedia.
5) Kemas bilik. Selongkar segala laci yang ada, kemas kertas-kertas. Buang nota-nota pelajaran, kumpul kertas kosong. Buat apa? Melukis, hehe~
6) Masukkan lagu-lagu yang best dalam mp3/fon. Melalak bersama lagu kalau rumet kamu tiada di bilik.
7) Jogging. Aktiviti ini juga sesuai dilakukan dengan aktiviti no6.
8) Pergi IRC. Pinjam buku-buku novel dekat level 1. Korang tau ke kat level tu ade rak buku-buku novel? Oh ya, buku-buku tadi buat hiasan je dekat rak. Sebab dah kemas bilik kan tadi? Dah takde kertas-kertas menyemak~
9) Pergi bilik kawan international kamu. Praktis bercakap bahasa inggeris dengan diorang walaupon besok diorang ada paper Business Cyber Law.
10) Tengok orang yang lalu-lalang depan bilik kamu. Tunggu orang-orang yang kamu kenal untuk jerit nama diorang seolah-olah diorang berada lapan puluh tiga batu jauhnya.
11) Beli keropok MakWan. Cari anak kucing yang bersepah-sepah. Jemput anak-anak kucing tu makan dengan kamu di tangga blok.
12) Bawak anak kucing tadi ke bilik rakan. Sembang sekejap dengan rakan. Tinggalkan kucing tu dalam bilik dia.
13) Mesej kawan-kawan yang ada. Gtalk pon boleh.Tapi GTalk cepat reply, masa tak sempat dibazirkan sangat.
14) Beli air sirap di cafe. Tengok kalau-kalau ada mangsa berbual di cafe.
15) Keluar jamming. Kalau ada duit.
16) Lawat JobStreet.com, JobMarket.com atau JobDB.com. tengok kerja-kerja yang kacip. Jangan apply kalau kamu skolar Pet, just ambik bau cukop! Skoler... Bonded.
17) Main Social Living, SuperPoke dan apa-apa lagi games dalam Facebook.
18) Buat survey dalam buletin Friendster.
19) Main Pet Society dalam Myspace.
20) Tweet!!! Here's my Twitter link.
21) Pergi tengok anak kucing tadi. Oh, dah terbongkang dalam seluar rakan anda. Tangkap gambar.
20) Post dalam blog, macam ni.

Sian kucing ni, tidur sambil nangis sebab kene kurung

21) Buat post macam ni.
22) Berfikir apa lagi yang boleh dibuat esok lusa.

Ps- Tadi NymQ nampak orang buli kucing. Maybe die tengah tunggu awek die. Die berdiri dekat sebatang pokok, sambil menolak-nolak anak kucing tu panjat pokok. Anak kucing tu taknak, tapi die paksa gak. Lama giler~!

...Taktau nape NymQ terkesima memerhatikan die membuli anak kucing tu, mungkin nak cuba besok lusa.

-NymQ-

3 comments:

Unknown said...

kerana post ini
aku dah tau kewujudan bulbapedia1
gila best!

Kalam Hitam said...

ni xtvt bebudak final sem rupanya...

haha! :D

cool~

Kenangan Lalu said...

Oh~! Kerana comment kamu,aku dah tau kamu minat Pokemon! Pergh~!!!

Haha, ni aktiviti orang tanam anggur namenye~