Tuesday, February 3, 2009

Swimming pool donts~

Vrooommmmmmm~!!!

Aku memecut laju motor En Bob ke arah swimming pool sambil bernyanyi-nyanyi riang lagu 'Memori Tercipta' nyanyian Shila. Harapan untuk melakukan renang berirama dengan saudara Achan sudah terbayang jelas di benak pemikiran.

Wohohohoi~!!! Bedah aku, woi! Bedah aku!!!

Namun impian kesumat aku tersemat hanya di lubuk hati. Sesampai aku di swimming pool, dua tiga kali aku terkebil.

Pejam, celik, pejam, celik.

Ini swimming pool ke kedai kopi? Ataupon kopitiam, ataupon cafe V5 baru yang mempunyai kedai yong tau foo (Eceh, promote baeeekkkk punyer!!!)?

Ah, kalau ikutkan logik akal, memang tak salah, tengah-tengah tu memang lubuk berisi air berklorin. Tapi mengapa begitu ramai sangat umat di sini? Macam penguin yang terdampar di pinggir pantai.

Ah, kisah. Aku masuk jugak, selit-meyelit. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan.

Namun hajat untuk berexercise di dalam pool bagaikan permainan Super Mario sukarnya, banyak halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi untuk si polan bergerak dari point A ke point B.

Aku pasrah, kecewa dengan keadaan pool. Namun kemudian datang sinar harapan. En Achan datang melenggang kangkong dengan saudara Boy.

Achan - "Nie ade ceramah agame ape kat tengah-tengah kolam nih?"

Boy - "Ntahnye. Tapi aku syak ade family day la, anak-anak dalam pool ni ramah-tamah je seseko. Ntah bile la nak berenang ngan aman."

So, di sini aku nak bagi sedikit petua kalau-kalau anda nak ke swimming pool tanpa menyakitkan hati orang lain.

1) Pool awam, kalau hendak dijadikan aktiviti kekeluargaan, sila tempah. Tak nyusahkan orang lain nunngu biler korang nak blah.

2) Tengah-tengah pool bukanlah lokasi yang sesuai untuk bertanding 'Aku Mampu Mati Lemas Terlebih Dahulu Dari Ko', harap maklum.

3) Pool bukan kedai kopi. Di sini tiada perbincangan barang-arang yang perlu diboikot, ataupon jenaka Sultan Johor dan Wilayang Pembangunan Iskandar. Pool juga bukan pasar borong, pasar malam, pasar raya mahupun pasar tani. Sila rujuk maksud pasar di dalam kamus.

4) Jangan melintang arus dan buat-buat 'cram' di tengah-tengah usaha gigih anda untuk bergerak dari point A ke point B. Orang yang bergerak dalam arus menegak (arus betul) sebenarnya teringin membuat aksi tendangan halilintar ke atas belikat anda apabila anda berbuat demikian.

5) Acara tembak-tembak, percik atau simbah-simbah air hanya sesuai dilakukan di tepi pantai dengan awek hot berbikini two pieces. Aktiviti-aktiviti ini dilarang keras, atau lebih tepat HARAM dilakukan terutamanya apabila ada orang awam lain berhampiran. Sila bermesra di ranjang.

6) Untuk warga-warga sotong kangkong, anda dilarang menjerit 'AWWWW~!!!' sekiranya gagal terjun tiruk. Si pendengar bagaikan terasa tulang selangka sendiri yang patah ketika itu.

7) Apa-apa jenis bola pon, silalah bermain di tempat yang sewajarnya. Bola sepak di padang, bola tenis di gelanggang tenis dan bola kocek bolehlah disimpan senyap-senyap.

8) Watch your hand! Tolong jaga seluar sendiri, seluar bukan empunya milik anda jangan sesekali ditarik atau dipegang melebihi dua saat!... Kecualilah anda se'hot' Brad Pitt atau Angelina Jolie.

9) Sila jangan jadikan air paip/bilik air swimming pool sepert hak milik hostel anda, terutama sekiranya wisel telah berbunyi. Dua minit adalah had penggunaan yang wajar, bukan 20 minit.

Harapanku untuk berenang ngan aman musnah bagai ditiup angin~

Okeylah, itu jer kot observation yang dapat aku lihat petang tadi. Mungkin ke depan akan ade lagi adegan-adegan yang tidak ingin kite lihat di swimming pool but for now,

Ciao~!

-NymQ-

Ps- Ape yang buat anda marah ketika berada di swimming pool?

4 comments:

Jannah Mia Zinnirah said...

Ape yang buat aku marah?? aku xreti berenang..haha..

cendawanintim said...

adehhhhhhhh, pitam tengok gambo memula tuh...akak ko tengah imagine ni..tak sakit ker weiii!!!

Kenangan Lalu said...

Xpe, Jan. Berenang tak penting, reti terapung sudah, cam nymq!

Ntahnyerla~ Itu namenye gigih berusaha, kak~

akshen^kamen said...

nyamuk bukan reti terapung..die mmg semulajadi mmg terapung..tak ley tenggelam..gelembung udara penuh dlm badan die...