Monday, February 16, 2009

Gedebauk sebijik tag daripada Ain~!

Once you've been tagged, you have to write a post with sixteen random things, habits or goals about you.
At the end, choose six people to be tagged, listing their names and why you chose them.
Don’t forget to leave a comment (“You’re tagged!”), and to read your blog, you can’t tag a person who tagged you.
Since you can’t tag me, let me know when you've posted your blog, so I can see your weirdness.

1. I have two shorts that I love to death! You knowlah yang mana I'm speaking of, haha~!

2. Takleh dipuji. Rasa tak selesa giler, kalo leh nak nyorok belakang dinding. Juga akan ada syndrome segan dengan orang yang memuji sebab terasa cam 'Bilerla aku boleh puji ko plak?' I can accept criticism better than praise.

3. Like to jog, love to swim, live for food!!!

4. Plain white paper and a pen/pencil is like Disneyland to me. I can go to NY, Tokyo or London just with these two. That's why I'm always lost in class, I travel a lot!

Sejam di kelas Strategic Management~

5. When I'm alone/with my sisters, I speak english TV-like, with slang and occasionally attitude. But when I'm with my friends, there's something behind my ears that says 'No, no, baby. Speak Manglish!' Membesar dengan kartun2 Disney, Full House (sitkom america) dan seorang kawan yang waktu zaman sekolah rendah dulu cakap "Jom ah kite cakap omputih dua orang. Depa takmau, kita cakap sama-sama dah ah!"

6. I LOVE to sing, esp pop and ballad. A little bit of rock (Nickelback, Matchbox Twenty and a few others) won't be a prob for me too. Almost jadik Starian Idol tapi because I'm an emcee at that time dapat kat peserta la, haha~! (Ade technical prob, so jump the shark nyanyi 'Oh Carol' Acapella ngan Pedo untuk cover beberapa minit. Tengok2 judges bagi komen sekali!) Pergh, dulu zaman muder-muder slalu kene suro nyanyi, kalo tak kene bukak rumah urut kat senior!

7. Walaupon rakan-rakan suka maengaitkan saye dengan anak Mami, selepas rujukan dibuat ke atas kedua-dua orang tua saya tidak ada darah mami yang diketahui. Cuma Siam, Arab (Syed), Bugis, Jawa dan Cina. Tapi mungkin juga kerana campuran itu sudah kacau bilau, ais kacang dah nampak macam cendol~ Oh ya, macam mane saye sampai tak segan-silu buat rujukan? Sebab saye pon nak kepastian! Pressure beb kalo tiap-tiap ari orang panggel ko 'Mapley'!!!

8. Priority saya bergred F. Bermain Ms Paint adalah lebih menyeronokkan daripada membuat FYP. Membasuh baju kelihatan lebih penting dari FYP. Berjogging lebih menyihatkan daripada membuat FYP. Pergi ke kelas setiap hari lebih mudah daripada menghantar progress report yang hanya sekali perlu dilakukan dalam suatu jangkamasa. Pendek kata, FYP tidak best.

9. Blog rahsia saya jauh lebih ramai pembaca dari blog ini. Mungkin kerana ianya dalam bahasa Inggeris dan diisi dengan perkara-perkara yang tidak mampu saya ceritakan dalam blog non-anonymous.

10. Kalau kamu masih ingat zaman-zaman mula kamu menghisap rokok, kamu tahu apa itu high kan? Saya tidak boleh minum kopi/nescafe kerana akan high. Dulu saya pernah menari di atas meja selepas minum kopi (Tidak sedar, kawan-kawan yang beritahu) Tetapi setelah lama mencuba dengan Nescafe light sekarang saya sudah mampu minum kopi sekali-sekala, itu pun dalam kadar minimum.

11. Betul kata John, saya memang suka akan kucing! Amat! Selalunya kucing dikaitkan dengan kesunyian. Hmmm~? Tapi bagi saya, kucing amatlah comel tahap tak hengat especially kucing-kucing saye, muahaha~! Tengoklah anak kucing saye di bawah, sesuai dibuat gulai lemak, kan?

12. Bercakap pasal menyanyi di atas, saya penah menjadi ketua boria di sekolah rendah dan penyanyi nasyid di sekolah menengah. Masuk nasyid secara tidak sengaja, ditarik oleh Akmal Hashim pada tahun akhir persekolahan. Hasrul Hilmi @ Billy adalah rakan senasyid saya dulu, haha~! Sampai sekarang saya masih tidak percaya saya pernah bernasyid. Juga tidak percaya saya pernah menjadi pendebat Inggeris. Thanx Cikgu Mastura Shaari, you believe in me more than my ownself!

13. Tidak suka perempuan yang berjalan kengkang. Terutamanya yang pakai flip-flops. Macam ada telur. Kadang-kadang tidak kisah, tapi sentiasa akan terfikir 'Macam ade telur'~ Argh! The thought annoys me!!!

14. Tidak membuang sampah merata-rata. Selagi boleh mengelakkan penggunaan plastik di kafe-kafe. Tidak menggunakan alatan beraerosol kecuali tiada alternatif lain (Seperti malam yang banyak nyamuk tetapi kipas slow macam haram). Ironiknya, saya membuang puntung rokok tanpa rasa bersalah. Mencuba untuk menjadi manusia bertamadun tahap 2.0.

15. Saya menegur semua orang dengan panggilan 'Yok~!' tidak kira laki perempuan, malaysians foreigners, manusia mahupun kucing. Dulu saya gunakan 'Yob~!' tapi bile mengetahui Yob itu abang dalam bahasa Perak, terus diubah. Akan gloomy seminggu kalau orang yang ditegur buat-buat tak perasan kite hatta dia wanita bertudung litup pun, tambah-tambah kalau kite dah anggap die kawan.

16. saya kalau boleh nak main euphonium balik, tapi mahal sungguh alat ini. Seingat saya euphonium yang dimain lima tahun dulu berharga RM6000 (Yamaha Gold), mungkin sekarang harganya dah mencecah seekor kancil bertayar. Sangat bangga dengan pencapaian akhir tahun Wind Orchestra STAR, mengalahkan SAS dalam SBP Wind Orchestra Competition 2004 di SDAR! =P

Satu-satunya awek yang masih bertakhta di hati saya walaupun kami dah berpisah - Euphoku sayang!

I am tagging:
  • Neng jejaka Jepun idaman Rohayu Hamzah
  • Kak Cendawan
  • Nad Yeusoff
  • Zinnera penulis novel horror
  • Zaman berzaman
  • Dan sesiapa saja yang memerlukan updates dalam blog. Seyes saya akan jenguk! Saya kan benci membuat FYP?
Wah, tag yang best! Thanx Ain~! Sile lawati Ain di sini!

5 comments:

Nisa Tarmizi said...

nymq.. mereng rupenye ko nih... pasni leh la aku bg ko minum nescafe byk2 time pi karoke.. mesti jalal terhibur.. haha... skang br aku tau nape laki jln kangkang.. haha

incik neng said...

sape rohayu hamzah dohh
kambing nggoh
2010 nanti aku buat ahh
sebuk la layan bakal bini

Kenangan Lalu said...

Oh yes, the secret of boys was exposed today~!

Ah, xde Neng bebeyh! Kamu perlu lakukan tag ini secepat mungkin~!

cendawanintim said...

akak rasa akak dah buat tag nih....

slamat!

LuKe HaKiM said...

anda diTAG