Wednesday, January 21, 2009

Pasar malam pertama sem final

Pantang betul aku bile diajak ke pasar malam, bak pantang dijemput menyertai program Jemputan Umrah TV9. Tengah syiok melantak nasi ayam V5 sambil melayan Desperate Housewives episod 513, Smak menjenguk drastik ke dalam bilik aku sambil membuat muke cine bukit, mengajak aku keluar.

Smik - "Jom, Temah. Kuo."
NymQ - "Takpelah, Jenab. Aku sebok nih (sebok makan)"
Smik - "Jomla, ke paso moh~"

Aku mengucapkan salam sayang kepada nasi ayamku buat seketika. Habis basuh tangan dan bersalin pakaian, aku genjoin Smak, Karim dan Bert menjelajah Taman Maju pada malam Rabu.

Namun dalam sedap berjalan, hati berbisik demam, "Nak hujan" katenye. Kami gamble, masuk ke kereta dan bertolak, tidak menghiraukan alamat di depan mate.

Dan bagai dikata, bila dinasihat tidak mau mendengar adanya, terperangkaplah empat jejaka idaman Malaya di stesen minyak Petronas. Selepas penat berlari-lari anak ke Halida, sekali lagi kami terkandas dalam golongan makhlok-makhlok Tronoh yang terperangkap dalam hujan di depan pasaraya tersebut, menanti reda yang entah bila akan kunjung tiba.


Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan Bert, kami meredah hujan membeli barangan keperluan. Tapi, nak cer sket la, mamak murtabak tu kedekut sih! Dalam bisnes tak bergerak ni, orang datang beli pon dah cukup bagus. Kedekut la nak sedekah seketul je murtabak buat kitorang yang gigih ke kedai die, huhu~

Sebab payung cumer dua, kami bertukar-tukar sape yang nak ke pasar malam dulu.


Pasar malam je nox, abes dekat RM40 jugek aku malam tu.

Paling best, balik demam...

Ape-ape hal, nasi ayam kene abeskan dulu. Kemudian murtabak, kemudian makanan cocok-cocok...

... Errr, ni ke proses menguruskan badan? Semestinye tidak~!!!

1 comment:

cendawanintim said...

dialog tu..adehhhhhh..tetipa teringat pada k. piah!