Tuesday, January 20, 2009

Blackout UTP

Daripada terpekik-pekik, baik korang gigit je tapak kasut

Mungkinkah kurang didikan adab sopan? Mungkin juga kerana stres dalam mengadd-drop subjek menyebabkan tekanan? Mungkin juga mereka-mereka kekurangan nikotin dalam badan menyebabkan diri tidak pandai mengawal perasaan.

Aku tak tau kenapa, tiap-tiap kali black-out, mesti ada suara makhluk-makhluk separa malu menjerit melolong mengalahkan ungka dan beruk yang sibuk membuai anak di dalam hutan hujan Universiti Teknologi PETRONAS.

Apa, sudah tidak ada pegangan hidupkah, tidak tau bersikap senonoh perlu terpekik-pekik macam orang gila?

"WARGGGGHHHHH~!!!!"
"WOOOOOOOOOOOOOOOO~~~~!!!!"
"F*ck!!!"
dan bermacam-macam lagi perkataan-perkataan indah terpacul dari mulut masing-masing.

Aku tidak hipokrit, aku mengaku aku juga berbunyi kalau tiba-tiba PC aku terpadam 'plup' tatkala seronok melihat Britney Spears tergedik-gedik atas meja kaca bernyanyi-nyanyi "Womanizer, woman, womanizer, you're a womanizer" tapi tidaklah sampai suara aku dikuatkan volumenya sehingga terdengar dek jiran-jiran tetangga. Dan aku juga tidak berusaha meluahkan perasaan aku kepada orang ramai kerana aku tahu orang lain juga merasa apa yang aku rasa, jadi tiada baiknya aku luahkan berlebih-lebihan.

Dan yang paling aku tidak faham,kenapa perlu menjerit, hatta apabila elektrik kembali ada pun? Maaf, aku tidak mendengar laungan "Alhamdulillah", tetapi mereka-mereka masih mengulang ayat-ayat di atas yang tiada maksud, sekali lagi sekadar memekik-melolong.

Harapan aku satu sahaja, tolonglah... Nama saja pelajar universiti, perangai mengalahkan orang sawan babi.

Orang sudah maju, kamu juga perlu maju, jangan pula cuba memusing theory Darwin ke belakang. Jangan jadi monyet.

Gambar contoh

Terima kasih.

Sabar Sabariah,
-SabariahSalamiahHassan-

No comments: