Friday, November 14, 2008

Album dalam pendengaran saya sekarang


1) Doll Domination - PCD (3 Bintang)

Ulasan -Banyak lagu-lagu yang menarik, catchy dan radio-friendly dalam album PCD kali ini tetapi hanya ada dua lagu uptempo iaitu When I Grow Up dan In Person manakala yang lain-lain adalah kategori ballad dan mid-tempo. Album ini sepatutnya dinamakan Nicole's Domination kerana hampir 95% lagu-lagu hanya ada suara wanita ini, yang lain sekadar penyanyi latar atau selitan. Ada lagu-lagu yang berpotensi menjadi seronok didengar sekiranya dinyanyikan secara beramai-ramai tetapi menyakitkan hati apabila dinyanyikan solo (lagu itu lagu attitude tetapi menjadi lagu syiok sendiri), iaitu InPerson. Sesetengah lagu itu 100% nyanyian Nicole. Lagu feveret saye dalam album ini selain WIGU adalah Hush Hush, Watchamacallit, I Hate This Part, Perhaps,Perhaps,Perhaps dan Lights, camera, Action. Oh ya, LCA tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya lagu berkenaan penghasilan video pornografi (Pada pemahaman saya)


2) Safe Trip Home - Dido (2 bintang)

Ulasan - Album daripada wanita comel ini kali ini menghampakan saya. Saya adalah peminat setia Dido daripada album pertamanya namun penghasilan album kali ini dilihat kurang setimpal dengan usaha dan masa yang diambil. 70% lagu-lagu mempunyai rentak yang hampir sama dan kebanyakan lagu-lagu kedengaran tidak kreatif mahupun inovatif daripada album-album yang terdahulu. Tiada satupun lagu dalam album ini yang saya rasa dapat menjadi hits dalam radio, terutamanya Amerika! saya juga tidak mempunyai lagu feveret yang saya rasa dapat bersaing dengan lagu-lagu lain dalam mp3 saya, namun Us 2 little Gods dan Look No Further menarik perhatian saya mendengar untuk kali kedua. Maaf Dido, sekiranya album hadapan kamu masih di takuk lama, saya akan mengucapkan salam sayang buat kamu~!


3) Good Girl Gone Bad (Reloaded) - Rihanna (OMG!)

Ulasan - Album ini sudah keluar hampir dua tahun, namun kerana kehebatan lagu-lagu yang ada dalam album ini, versi Reloaded dikeluarkan semula dengan menampilkan tiga judul baru (Yang sudah pun menempah nama di seluruh dunia). Dalam satu album, terdapat 11 lagu juara carta di seluruh dunia! Sungguh hebat album ini sehinggakan power ballad yang lebih jitu dan menangkap daripada Unfaithful (lagu album terdahulunya) iaitu Cry tidak mampu dijadikan single kerana lagu-lagu lain lebih hebat. Membeli album ini bagaikan membeli album kompilasi No 1 Hits, kamu pasti pernah mendengar hampir setiap lagu yang ada dalam album ini dan kamu pasti terhibur, jadi tidak rugi duit kamu mendapatkannya. Nak saya namakan antara lagu-lagu hits dalam album ini? Umbrella, Disturbia, Take A Bow, Shut Up And Drive, Hate That I Love You, If I Never See Your Face Again dan banyak lagi!


4) Black Horse - Nickelback (4 1/2 bintang)

Ulasan - Kepulangan Nickelback kali ini membawa muzik era post-grunge yang lebih melodik dan instrumental. Kebanyakan lagu tidak lagi seagresif All The Right Reason dan sesuai menjadi album yang radio-friendly. Semenjak kali pertama mendengar album ini saya dapat rasakan ianya sesuatu yang memuaskan halwa telinga kerana kepelbagaian rentak dan tema dibuat dalam Dark Horse. Terdapat satu lagu yang lain daripada yang lain dalam album ini iaitu This Afternoon yang pada pandangan saya berentak feel-good (Maaf, bukan seceria kanak-kanak. Mereka ini band orang-orang tegar!) Antara lagu-lagu yang terus melekat di hati saya adalah If Today Was Your Last Day, Gotta Be Somebody, I'd Come For You dan Just To Get High.


5) We Started Nothing - The Ting Tings (3 bintang)

Ulasan - Sekiranya anda gemarkan album yang bertempo sama sepanjang album (kebanyakannya), anda akan suka album ini. Penekanan pada muzik menjadikan album ini sedikit istimewa daripada album-album yang lain. Bagi saya, rentak-rentak dalam lagu ini menghiburkan dan catchy namun mungkin kerana teknik nyanyian (dan tempo) yang sama dalam kebanyakan lagu-lagu menyebabkan tiada variasi dan menjadikannya agak membosankan. Tetapi album ini tidak mengecewakan, banyak lagu-lagu yang sedap seperti Traffic Lights, That's Not My Name, Shut Up And Let Me Go.

No comments: