Thursday, November 13, 2008

Razak dan Izzani Pt 4

Razak dalam tensen

BAM~!!!

Pintu bilik V5C-143 retak disepak oleh seorang lelaki yang baik hati, NymQ. Big Ben dan Razak yang khusyuk dibuai mimpi terjaga daripada lena dalam keadaan terpinga-pinga bak bayi baru lahir dicabut botol susu. Kedua-dua hamba Allah membuat muka what-the-hell-is-going-on dengan berkesan sekali kerana dengan pantas NymQ menjawab pertanyaan yang terbit dari riak wajah mereka.

Waky-waky, bitches~! We got a 411~!!!” NymQ menampar sekuat-kuat hati muka Big Ben dan menggegarkan tubuh keding Razak. ”Razak, you are in a big-as-Ben’s-ass trouble~! Izzani dah nak bertunang~!!!

Big Ben tiba-tiba menjadi segar-bugar. Tersentak daripada lamunan bermimpikan Jenny sebentar tadi, terus dia menjerit dalam suara serak-serak basah baru bangun tidurnya.

Ape?!!! Razak!!!

Big Ben memandang Razak. Razak kelihatan sugul. Faham benarlah Big Ben apabila melihat raut wajah roommate kesayangannya itu. Big Ben menghela nafas berbau Winston malam semalam sebelum mengeluarkan pertanyaan yang belum sempat bermain di benak fikirannya.

Mane ko dapat berita nie, NymQ?

Well, you know me...

Mane ko dapat berita nie?

Aku kan...

Ko dapat berita nie kat mane? Cepatla ca...

PANG! Satu tamparan segar sesegar ubat gigi Fresh and Brite melekat ke pipi Big Ben. Big Ben tergamam, baru di pagi hari sudah dua penampar lekat di mukanya.

Sabarlah! Aku nak mule cerite nih! Anyway, sebagai reporter sensasi, before I get my beauty sleep I always, you know, gather my latest gossips with the girls and sorts and macam selalu, Mazni aka Akak Tokey Karipap (dah naik pangkat, tak jual dah) and anak sulung Frost & Sullivan aka cik Ainul Mardiah membuat liputan rasmi kepade NymQ semalam.

NymQ bersimpuh di sebelah Big ben, menarik nafas seketika sebelum menyambung “Tengah-tengah sebok NymQ dok membelek keretamayat.blogspot.com, Cik Mazni bagi Pin-Pon kat GTalk NymQ. Tapi kali ni pantas mesej die! Katenye Izzani dah on da way balik Johor nak ditunangkan~

NymQ separa percaya kat Mazni nih, tapi bile tetibe Ainul Mardiah pon tetibe GTalk NymQ selepas solat Subuh tadi bagito Izzani nak kene tunang, I came here as early as possible~!

Razak yang tadi kelihatan sugul bertukar resah. Dia bingkas bangun bercekak pinggang, berjalan ke hulu ke hilir di dalam bilik yang tidak seluas koridor di hadapan.

Kenapalah aku tidak luahkan perasaan aku kepada Izzani? Bodoh sungguh aku ni! Argh~!!!

Big Ben, NymQ, korang kene tolong aku~!

Razak bertakung air mata (tak berlinang. Tak macholah lelaki jatuh air matanya!), dia menghampiri meja belajarnya dan mengambil telefon bimbit Nokia 5300. Ditekannya kekunci mengarah ke Menu>Media Files>Images dan menekan suatu gambar yang tertulis Crush.jpg. Ditatapnya gambar itu, diketap bibir Razak.

Takpe Razak, ko jangan riso. Kami ada.” kata Big Ben.

Ape yang kite nak buat, Big Ben?” tanya NymQ, sambil bermain-main dengan jambulnya yang diset ala-ala Kylie Minogue.

Siap sedia NymQ. Ko kumpulkan seramai bala tentera yang ada. We’ve got a bride-to-be to catch~!” Mata Big Ben berapi, panas!

Terlalu panas, sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Semangat Big Ben sungguh berkobar-kobar. Mungkin kerana semangat ini disokong oleh dua pelempang yang maha segar sebentar tadi.

Bahang semangat Big Ben yang berkobar-kobar ditangkap pantas masyarakat yang melonggok di dalam bilik tersebut. Tanpa sebarang plan dibuat, mereka bergotong-royong menjalankan strategi sepantas kilat.

NymQ pantas berdiri berlari keluar ke rumah hadapan mengetuk-ngetuk pintu bilik V5C-131. Pada masa yang sama, Big Ben menghantar mesej kepada Jenny. Dalam risau, Razak pula rancak menghubungi Mazni melalui Yahoo Messenger dan GTalk.

EMERGENCY~!!! EMERGENCY~!!!” jerit NymQ sambil menggegar-gegarkan pula pintu bilik yang ditujunya.

What tha eff, babe?!” bunyi suara sengau halqum yang berasal daripada Kerinching, pemuda yang baru lepas melihat koleksi video-video ehem kesukaannya terpacul sebaik pintu dibuka. Farouq, roommate Kerinching pula sedang sibuk menekan punat-punat papan kekunci mencari rakan berbual melalui segala cara yang ada di internet.

Razak perlukan bantuan, kita nak menyelamatkan Izzani.” Api mata Big Ben berpindah kepada NymQ.

Kerinching tersenyum ala-ala Joker, dia juga sepantas kilat faham. Kini api itu turut mucul dalam mata Kerinching!

Dan dari seberang kafeteria di bahagian hostel penghunian warga wanita pula, sebaik mesej kecemasan sampai ke kamar, Mazni, Ainul dan rakan-rakan yang lain pula (termasuk geng Renda Rambu-Rambaku Clan) sedang berapi-api membara melaungkan ”Allahuakbar~!!!” dengan diterajui oleh Ainul Mardiah.

Nooridayah menadah tangan ke langit dengan turut diserta rakan-rakan yang lain. "Syukur ya Allah, masih ada harapan untuk kami menyelamatkan sahabat kami. SYUKUR~!!!"


*-*-*-*-*


Rancangan diatur, ahli-ahli rombongan dikumpul.

Petang Sabtu yang mulia itu, tiga buah kenderaan berkumpul di hadapan parking V4-V5. Satu kereta Kerani Kasih, satu kereta milik Nina, satu lagi kereta PFT (Penangite-F***er Team).

Sebelas sosok-sosok toboh manushia, tiga buah kereta, satu destinasi, satu tujuan.

Izzani, kau tunggu abang~!” jerit Razak sekuat hati. Ada gema ("abang, abang, abang...")


*-*-*-*-*

Apakah yang bakal berlaku? Siapakah sebelas malaun yang turut serta dalam rombongan Cik Kiah ke Majlis tunangan Izzani? Apakah sempat mereka sampai ke Johor besok pagi? Nantikan Razak dan Izzani pt 5!

4 comments:

Asfa Asfera said...

adoii la NyamoQ, x tahan btol baca. If NyamoQ jadi penulis ruangan Ujang tu, pehh.. leh laris kot...

charlz said...

erks... adakah ini kisah benar?? Bor-Nate dgn Yee-satty? O_O hahahaha!! atau rekaan kreatif izzuani semata mata~ :P

AlexAlabasta said...

Haha, Wana. Tu ah, tapi Ujang macam dah tak wujud je... ke tak perasan? Sangat merindui Ujang~

Charlz - Die ni ala2 citer DreamGirls la, dapat inspirasi daripada kisah sebena tapi ditokok tambah demi halwa pembaca... Kalo nak tau betol atau tak, tafsirla yang amne betol, amne tak sendiri. Kuang kuang kuang~

livb said...

kem salam sama razak.=D