Dan aku tido dengan nyenyaknye selame 3 hari tiga malam, arakian kekallah juge kejelitaan perawan dalam beradu~
Dan hari keempat menjelang tiba.
Terjaga.
Kaget.
Aku berlari keluar bilik, menggegar2kan rumah.
"Mak! Bangon! Mak~!!!" jerit aku di depan pintu bilik orang tuaku. Pintu digoncang2kan seakan berlakon adegan gempa bumi Tsunami menyerang Malaysia sekali lagi.
"Ni apa yang hang terjeghit2 tengah hari ghembang nih?! Pie mandi cepat2, satgi kawan adek nak mai dah~" kelui mak aku daripada bawah, barulah aku sedar yang semua bala anak beranak di dalam rumah no 34, Jalan Bertam Indah 2, Taman Bertam Indah telah bangkit siap menyediakan juadah rumah terbuka sekejap lagi. Bobby pon dah bangun, siap membuat muke 'apedaaa' kat aku sebelom menonggek turun tangge meninggalkan satu2nye makhlok yang maseh belom mandi di tingkat atas.
Timing memang baik, habis saje aku mandi dan mendandan rambut ala2 Kylie Minogue dalam videoklip Red Blooded Woman, datanglah makhlok2 halos dari corok2 pokok pisang, rerumput lalang dan pokok2 kaktus berhampiran... Eh, bukan. Datanglah kengkawan adek2 aku dengan muker tidak datang bulan menjengah ke pintu rumah.
So, rumah terbuke bermuler...
"Banyak betol la jantan ko bawak balik ni, Anith?!" kate aku dengan dibalas balingan tulang ayam masuk tersimpul dalam rambut aku yang diset cun. Harrrreeemmmm~~~~
"Eleh, jeles," dengan muker kontrol ayu (mentang2 ramai laki datang), Anith mencapai fon Sony Ericsson aku lalu melemparkan ke arah abangnye yang turut sebok menyumbat makanan ke dalam molot. "Kawan abang mesej."
Aku sambut, belek.
"Kami kat mesjid. Mai amek." mesej yang berbunyi ala2 anak umo 12 tahun baru balik rombongan daripada sekolah datang daripada sedare Iffat Rukaini. Ya, aku gembira!
Baru je nak bawak kengkawan aku makan, tapi hajat tak kesampaian sebab satu lagi rombongan Che Kiah dah sebok memarking body di meja makan. Tapi takpe, hepi sungguh aku Iffat ngan Faris datang.
Tapi tak sempat kami menjamah buat kali ke-10, satu lagi rombongan datang. Terkedek2 parking moto depan kebun Aunty Po Po. Dalam ketersipul-sipulan mereka, gagah jugak lalu melepasi aku, salam (aku buat muke kering) dan mengeloi "Assalamualaikum~"
Kami beralah. Abes bantai laksa, kami ke surau. Berjemaah untuk tido...
Dalam pukul 2.30pm, selepas selesa beradu di surau taman, akhirnye orang yang dinanti2kan datang. "Uih, comelnye beruang nie~" ngate ayah aku melihat sebulat makhlok panda bergerak masok. "Kenapala hang tak macam dia, Izzuan? Hang tengok, gemok2 pon, dressing cun ja~ Ni dak, ghambut dah macam Menteri Pelajaran Peghak dah!" sampok mak aku puler.
Adesss, mak~ Adess~ Tajam sungguh lidah mak~
Pas abes prayer, kami pon pulang buat seketika. Sesi makan kali ke-3 diteruskan. Naseb baek time nie makhlok2 sekufu Nadiah ngan Anith dah balik. Bebas sket kengkawan aku nak melantak riang. Haha~ Dek kawasan telah menjadi lapang, kami mengonquer bahagian TV dengan hilai tawa yang seakan2 tiada hari esok hingga ditego manja Nadiah "Amboi~ Kawan hang, gelak satu taman dengaq!"
"Mestilah, kawan ngan hang tak best, buat apa depa nak gelak ngan hang?" adalah respon terbaik aku. Muahaha, memang abang first class!
Dalam pukul empat bersurailah juge anak-anak UTP. Iffat dan Faris pulang ke Kedah menyambung cuti raye lagi tiga hari manakala Achan akan balik ke KL, menyambung keje di Frost.
Tapi kan, dalam banyak2 tetamu, ade satu timing tue agak kelaka. Pas rerakan aku yang lain balik, datang pule satu rombongan Che Kiah lagi. Tapi aku tanye adek2 aku diorang pon tak kenal (meeting tergempar kat belakang umah). Rupe2nye Anith bagitau sorang tu form5, pengawas. Ooo... Gataaallll~~~
"Takpa aih, mai la... Lagipon semua chomey2 ha~"
"..." kami bersurai, tanda faham. Seb beikla diorang hepi-go-lucky.
Ramah-tamah semuanye. Jeles pon ade!. Aku tau Norhayati binti Abdul Rahman rumah no5, Jalan Bertam 1, yang pakai kereta Viva kaler maroon buat sendiri dan minat makan keropok lekor depan rumah kedai Bobnoli tue ader crush ngan aku, tapi takde plak die buat suprise camnie time umah terbuka aku sepanjang 21 tahun nih?
Dan maser pon berlalu, daripada yang telur sudah menjadi anak ayam, dan daripada anak ayam sudah menjadi ayam, dan daripada ayam sudah dijadikan nasi ayam jugelah hendaknye~
Dan setelah beberape lame, akhirnye tamat jugelah rumah terbuke pade hari nie. Kanak2 pulang dengan muker riang-gembire, begitu juge dengan datins2 yang datang bertukar2 gosip. At least pulang sempat bawak berita hot nak kongsi kat umah terbuke seterusnye pule, ye dak?
Kesimpulan - Rumah terbuka berlansung dengan jayanya. Terima kasih buat sesiapa yang bertandang, especially kengkawan aku, Faris, Iffat dan Achan. Moga tahun2 mendatang kite leh buat lawatan rumah terbuka gilang-hemilang satu Mesia~! ...H.A.R.A.P.A.N~
2 comments:
damn~ sedap gile~~!!! perrrr.... XO
Mekasih2~
saye memang terer masak2 nih, mekasih2~
Post a Comment