Sunday, October 12, 2008

Sesekali kurasa teringin...(dalam nada lagu Shima - Teringin)

...mengepost sesuatu kesedaran untuk kawan2 aku yang membaca blog ini, muslim mahupon idak. Hakikatnya post ini banyak point2 bermanfaat untuk semua, so bacerlah...

Sufyan ats-sauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

  1. Orang yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak memohon doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum muslimin.
  2. Orang yang tidak berterusan membaca al-Quran walaupun sedikit.
  3. Orang yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tan pa mengerjakan solat tahiyatul masjid.
  4. Orang yang melalui tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah2 mereka.
  5. Lelaki yang masuk pada hari jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat jumaat berjemaah.
  6. Orang yang tinggal setempat dengan seorang ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
  7. Dua orang yang bersahabat, tetapi mereka tidak mengambil berat tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
  8. Orang yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak melayan tetamunya itu.
  9. Orang yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
  10. Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya kelaparan, sedangkan dia kekenyangan di dalam rumahnya.
Sejuk hati Ayu, Ain Suffian, Jannah, Wana, Ad, Ninie, Faris, dan mak aku bacer post nih~ (Larikkk!!!)

Salam keinsafan
-NymQ-

4 comments:

Achan Sinclair said...

Kenapa kali ni tak da nama aku sebaris dgn nama Ayu, Aim, Wardah dan lain2?

::The TypeWriter:: said...

mane layak sinclair..name ko kene sebaris dgn lelaki2 sejati mcm ak, kong, smak..kah3

hazwana said...

erk.. nape x paham neh...

Kenangan Lalu said...

Achan, tunggula ko jadik Imam besar mesjid negare karang, ye? Hehe

Kay, harrraaapppaaannn~~~

Wana, x perlu paham. Hehe~