Thursday, October 2, 2008

The Love of Siam

I love this movie~!!!

Sangat, sangat, sangat best~!!!


In my humblest opinion, muvi malay, indon, korea, jepun, ciner mahupon english takder satu pon yang dapat menjangkau keindahan filem daripada Thailand nih, I was shocked to find this gem in my sister's lappy and at the end of it, I am fully, fully satisfied!

Dari segi muzik, penceritaan, pemilihan pelakon, tema dan warna-warna yang dimainkan sepanjang filem ini dibawak dengan berkesan sekali. My favorite part is at the climax di konsert final Mew.


Ceritenye mudah, pasal hidup anak-anak belasan tahun. Persahabatan antara dua insan yang bermula daripada kecik sampai lah lepas akil baligh (Mew dan Tong, yang terpisah selepas kakak Tong lesap dalam hutan time ekspedisi sebab ayah Tong taknak stay kat umah lamer cos teringatkan kakak Tong).

Air dicincang...

...takkan putus

Tetapi kehidupan yang simple ini diperincikan dengan permasalahan2 seharian yang membuatkan kisah ini jadik menarik, namun buatkan kite paham ape yang diorang lalui dan rasai...

Well, most of it lah, macam unrequisited love, masalah anak-beranak, kehilangan orang yang disayangi, etc.
Ader la dua tige masalah yang pelik mungkin kite tak faham tapi jadik faham pas tengok citer nih.

Minah nie tiap2 arie buat petua2 chenta, tapi laki die minat booo layan jer, last2..."Can you FEEL ME, BABY?!"

Dalam proses bisnes nak suroh akak hot berlakon jadik kakak Tong yang telah hilang 5 tahun

Tapi jangan salah faham lak! Citer nih bukannyer cerite bermasalah ala2 pelajar bermasalah Henry Gurney, tidak! Cerite ini malah sangat kelakar, kiut dan ayat yang paling tepat COOL! When I say lagu Thai mesti korang teringat rentak 'Sabai Sabai' , 'Meru Meru' atau lagu Thai techno apentah yang jadik ringtone Jalal, tapi believe me, lagu dalam filem nie setaraf lagu2 jiwang korea atau yang paling dekat Indon (malaysia tak mampu masuk bersaing). OMG, tetambah time ade sekor mamat gemok tue nyanyi, memang best~Suare die yang belom pecah tuh dengan husky2, fuh! Mannntappp!!!

Riang-ria dapat tawaran Battle Of The Band


*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Kesimpulan - So, amacam? Tengok gambar2 die pon dah tau cerite nie best. Serius cakap, memang shot2, penataan cahaya, warna-warna yang digunekan, semuanye bijak2 dalam menaikkan mood The Love Of Siam. Dengan komposisi muzik yang best, mood filem yang mantap, pelakon2 yang hot-hot dan pastinya jalan cerita yang TAK MEMBOSANKAN, cerita ini memang layak box-office dan menang award bersepah-sepah. So, pepandailah korang nengok cerita nih. Yang pasti, tak rugi~!


Ps- Oh ya, tak perlu tunggu kuar pawagam ye. Cerita nie lepas kat majoriti negara2 Asia dan Barat, namun mungkin takkan sampai sini mungkin sebab adegan di bawah. =P


Till then, ciao~
-NymQ-

5 comments:

Achan Sinclair said...

Jiwang!! hahaha...

Gambar terakhir tuh NymQ, too obvious la..dlm bnyk2 citer, kenapa la kisah lelaki songsang ini yg ko kate best

err

::Dato K:: said...

lucah syial nyamouq..

Charlz said...

thanks for the review!! ^_^

redhuans said...

mouqss2 aku pun dah usha citer nih..hahaha sweett ah citer nih sbb sumer org dlm citer nih sweet..hahahah

AlexAlabasta said...

Achan, Kay, citer nih mmg best lah! Kalah Cinta ngan Ayat2 Cinta,betol~!

Okies, Charlz. Thanx for visitin'

Ahh kan, Shedot? Best giler, and sweet~