Thursday, October 2, 2008

Lawatan sambil berhibur ke Ipoh~

Date - Seminggu sebelum balik cuti raye
Lokasi - Ipo Mali~!!!

Agak lame aku tak turun ke Ipoh, kali terakhir adelah time makan McD ngan geng2 ITIS tapi tue pon just pergi makan and balik, hehe~

Dalam melewati test ABAP, aku mendapat mesej pertanyaan daripada En Jalal "Nak ikut ke Ipoh tak?" Tak perlu berfikir, keputusannyer telah diketahui,aku pun trurut serta dalam date Jalal, menjadi madu kepada Nisa', muahaha~!



Lawatan kami ke McD mempunyai tiga fasa iaitu fasa sebelum, ketika dan selepas berbuka di tiga tempat yang berbeza-beza.



Fasa pertama bermula di greentown Mall. Tujuan - Gie tengok kedai haiwan, jeans dan menyerang bazaar ramadhan. I simply LOVE the kedai haiwan! nanti I will put more of that darn place. Huge, sangat huge~! Macam2 haiwan ade, hamster, kucheng, arkus, arnab, landak, katak daun, jerung... Eh? APsal gelak? Betolla jerong!!! Ade, tak bohong~!!!



Tehn, ke kedai jeans~ beli yang murah je, beli satu hadiah satu, cutting2 (Ngaku ni, Tema!) Tapi kat sini jugelah yang membuktikan kadangkala kalo pakai jeans tak kene gayer kaki kiter leh jadik seindah kaki zbra, matilah mak~!!!



Ha... dah nak d3ekat2 bukak poser, ape lagi? Jeng jeng jeng~!!! Mempersembahkan akak warrior kite, Che Nisa' dalam posisi menyerang bazzar Ramadhan!

Nisa' memasang kude2


Fasa kedua bermula di taman apentah, tapi yang penting ianya adelah fasa berbuka puase. Majlis berbuka puasa kami ditaja oleh En Polan bin Polan (luper namer). Sedap masakan isteri die, sampai dekat2 20 buah juadah diorang sajikan kat kami, mentang=mentang aku ngan Nisa' overweight~ Perli baekkkk punyer~!!!





Pastuh (dalam fasa ke-3) kami menjelajah JJ pulak, nak shopping raye lagi. Banyak la sale2 kat sini, sampai ader sesi2 pertumpahan darah makcik2 berebut baju untuk anak2. Kami melawat butik Padani yang menyeronokkan dengan pancingan "70%" sambil membawa pulang dua tiga buah beg.



Kesimpulan - Seronok betol shopping raye kat Ipoh, hehe... puas2... Sebelum aku mengakhiri post nih, aku nak ucap selamat hari raye untuk semua, maaf zahir dan batin andai ader tersalah silap... Moga kalian berbahagia di hari lebaran ini... Next post akan menyusul dengan post2 berkenaan raye pulak. Wait and see, babehzzzz~!!!

*-*-*-*-*-*-*-*-*



Till then, ciao~
-NymQ-