Tuesday, August 19, 2008

Hujan...


Sape tak suke hujan?

Aku suke hujan, suke giler hujan... Hujan bagi aku satu perasaan tenang yang takde bende lain boleh bagi, it calms me inside out, I feel rejuvenated when its raining.

Langit mendung, cuaca jadi dingin, then ade angin2 sepoi... Aku tak sabar sambut hujan datang.

Best part? Bile dengar the arrival of hujan, "Srrr~~~~~~" Hujan berlari merentas padang, tempat letak kereta dan sampai ke bumbung2 blok. I welcome you with arms wide open, baby!



Butir2 ujan titis atas daun, pastuh ade yang membentuk lopak2 air. Do you see what happens when the drops hit the surface? "Plub" kuar gelombang2 kecik... Everytime it does, I feeel like hearing bell-like notes being played...



So, arie Isnin ujan. Dalam kegigihan dan kegegehan (terhegeh-hegeh) aku dan Kay jog pepagi, antenna atas kepale Kay kuar *tut*tut*tut* time dah nak sampai UFO (kami jogging ikut jalan utan nun).

Kay - NymQku sayang, jangan gigih sangat. Nanti tak sempat balik bilik.

NymQ - Okies, jom En Trainer! Ke kamar kita pulang! *penat*penat*

Kami patah balik, tak memecut pon sebab aku tahu kemampuan aku setakat mane bab2 bersukan nih. Sesampai di bilik tepat pukul 8.07 am, ujan turun. Pergh~! Bestt gilloz!!!

Toyon dalam2 hujan bernari2 riang die maseh tegar nak ke kelas ABAP, aku ucapkan selamat jalan dengan mengutuskan pesanan "Vote for me" untuk attendace. Takpelah, aku nak menikmati hujan ni dengan sepuas-puasnya, ko jalankanlah tanggungjawab sebagai pengundi setia aku, ye?

Lagu berkumandang - Lucky by Jason Mraz & Colbie Caillat. Ah, damai~

I think I wanna have a brunch. So aku capai megi, epal dan teh oren Cameron yang dak2 nih bawak balik dan prepare my meal. Simple, but you know, dalam suasana hujan2 nih, dengan kepul2 asap megi dan air teh, you can imagine how NIKMAT I was at that time!



Tapi apsal arini ujan sungguh best? Aku taktau nape, yang pasti aku hepi. Tapi adakah ini bermaksud sumpahan Convofair datang lagi? Tiap2 kali convo, mesti ujan mencurah2 dengan semangat sekali.Atau ini rahmat dek para bakal2 graduan akan kuar UTP? Yang pastinya Convofair dibuat dalam musim hujan.

Aku hepi musim hujan datang lagi, biar aku merasa keseronokan damainya satu nikmat daripada Yang Maha Esa...

Punyer seronok dengan hujan sampai petang sket bile hujan abes, punyerla seronok dengan air aku ngan Toyon gie swimming kat pool. Biar arini penoh dengan air... Tak kisahlah kaki bercalar pon sebab panjat pagar (kener kunci dek penjaga pool!).

Dan malam itu aku tido dengan nyenyak sekali sebab keletihan, dan terlupa besoknya test KMT, dan terjaga pada pukul 7am tanpa sebarang ilmu berkenaan KMT yang akan berlansung sejam daripada waktu terjaga! ARGH!!!

Bebelan merepek sayer abes setakat ini~

Ps - Nilai2 murni yang terdapat dalam kisah kali ini adalah jangan terlampau lalai dengan nikmat yang diberi-Nya~

3 comments:

Anonymous said...

inche nymQ..insyaAllah dtg. kena tanya parents dulu.

hujan rahmat utk convofair dan para graduan UTP. semoga rahmat dan rezeki itu sentiasa mencurah² di dunia luar.

:)

ceria seindah suria said...

Hujan-pagi yang gelap..kini sudah terang..lalalala..
(lirik lagu hujan...)

Kenangan Lalu said...

filza - Aldo dtg, me x jumpe pon, huhu~ Xpe, tahun dpn ade lg (my last convo!!!)

Alicia - Saye nak menulis lirik seterusnya, namun dengan jelas ianya tidak bertepatan dengan kita, haha~! Xkan nak panggel ko abang?!