Sunday, February 20, 2011

Air terjun Sungai Gabai dan makan durian

Hihi~!

Bestnye gie mandi-manda. Lagi best pergi awal-awal pagi time orang tak ramai lagi dan air masih suci, hehe.

Mandi di tempat biasa, Air Terjun Sungai Gabai. seronok dekat sini sebab tak ramai orang, banyak kawasan nak mandi, banyak jugak tempat nak barbeku dan of coslah sebab dekat dengan rumah, about half an hour ride je gitu.



Makanan semua beli, kecuali Subuh tu ade la Imam goreng bebola ketam ngan hotdog berbakul-bakul. Yang penting sedap, tambah-tambah dok terketar-ketar kesejukan lagi ni. Koetiau akak Surau MasterSkill memang layan, kak. Nanti kami nak berkelah lagi akak masak lebih lagi ye?



Port kat sini yang best is the papan gelongsor semula jadi dia kat kawasan bawah sikit. Another part is the tempat mengurut Osim, which is atas skit. Dua port ni memang femes, tapi just untuk orang-orang muda sebab nak naik dia tu agak hell jugakla. Tangga Batu Caves tu kira rendah la tu.

Dah panjat tu diingatkan wajib main papan gelongsor, nak meluncur berdiri macam gambar di bawah pon okay jugak, baru mencabar~!


Dalam pukul 11 camtu, kami pon ciaolah balik. Oh ya, lupa bagitau. Kitorang pergi berlima. Aku, Imam, Medtek, Sapu ngan Kepet (Kepet tukang amek gambar time ni). Semua ada nama timangan kan? Nak tau details tanye tuan empunya badan.


Sambil menunggu badan kering, kita duduk-dudukla dulu membaca sambil ditemani bunyi deruan air terjun. Kan aman?


Gambar atas ni poyo je, haramjadahlah nak bace buku dekat air terjun!

Dah penat-penat bermandi-manda, balik kenalah berhenti tepi jalan makan durian. lantaklah walaupun jam waktu tu pukul 12 tengahari, panas badan ke ape ke belakang cerita. Haha~!



Sedap dowh melepas gian makan durian. Empat bijik dua puluh lima ringgit.

Ramai yang taktau, aku ni suka GILA makan durian, tapi makan durian ni aku takleh makan suka-suka ja.

1. Will only eat durian yang dibukak depan mata. I have to see the whole fruit.
2. Isi durian kene in tact time dibukak depan mata. kalau isi dia macam lekang or terlekat dekat kulit, I won't eat. Mesti dalam keadaan mungil dan bentuk seketul.
3. Mesti ambik sendiri. Mesti tangan aku yang angkat keluar daripada kulit durian. If ada tiga ulas and someboday dah ambik salh satu ulas, if that fella's hand terkena ulas yang dia tak ambik nak makan, I won't sentuh yang dah terkena.
4. What more kalau dia kuarkan ulas yang dia nak makan tu, ulas yang ada lagi dalam kulit tu rupa dia dah tak lawa, pon tak amek.
4. Durian dalam tupperware ke, letak dalam pinggan ke, ape ke, tak makan.
5. Prefer makan durian sensorang, takleh tengok orang lain makan durian or tengok jari diorang time makan durian. Kalau beramai-ramai takpe, tu pon sebab diorang selalu bersembang.

Pelik tak?

Till then,
Ciao~!

-NymQ-

5 comments:

bukan acap said...

kene byk nuntut ilmu tangkap gambar lg ni. aku tak reti ko pun tak reti. ni je lah hasilnye. air bertukar jadi limpahan cahaya

Kenangan Lalu said...

Aahla. Rugi tempat best props best~ Takpe, cepat2 berguru ngan Apis~

Murni Alfathunnisa said...

lama giler tak pergi mandi manda air terjun..uwaaa....heaven tuuuu...:)

sungai gabai & sungai tekala...dekat2 dah kan?

durian 'peyrock' tu..penang tak ade lagi..huhu

Jom Pusing-Pusing said...

salam...
kami disini ingin meminta izin daripada saudara untuk berkongsi sedikit maklumat dan gambar mengenai entry ini didalam blog Final Projek kami...

kami telah ditugaskan untuk mempromosikan tempat2 yang menarik di hulu langat dan kami tertarik dengan entry anda....

harap saudara izinkan...
kalau sudi, jenguk2 lah blog kami ini ya...^^

Kenangan Lalu said...

Siti, macam best je nama sungai tekala? Tak penah gi lagi, nanti nak gi lak lah!

Jom P-P - Haha, blushing~