Tuesday, August 31, 2010

Mungkin aku belum lagi

Pavillion. Hari merdeka.

Berjalan-jalan dengan ex sebab dia nak cari seluar masuk kerja esok. Macam best, first time jejak kaki ke dalam kawasan membeli-belah Pavillion. Sebelum ini sekadar datang RedBox Plus untuk melalak.

Mata aku rambang tengok ke kiri ke kanan. Celaka, banyaknya harga runtuh. 20, 30, 50, 70! Mencanak sampai boleh membatalkan puasa pula rasa. Dengan gaya lelaki maskulin aku masuk menyerang angka potongan terbesar, harap-harap dapat tangkap satu baju pon bolehlah.

Sekali dah sentuh, tengok tag harga RM1200. T-shirt. Tiub falopio betul.

Nasib baik aku sekadar membawa beg kamera, kalau aku bawa beg galas dah lama aku capai gunting dan carik-carikkan baju tu depan salesgirl dia.

Yang sebenar-benarnya aku perasan aku ni masih belum merdeka. Nampak barang branded rasa perlu untuk dimiliki. Padahal tak perlu pon semua itu. Makan pakai cukup, duit bulan-bulan cukup. Ada kerja, ada kawan-kawan, ada motor, ada bilik sendiri, ada laptop, ada internet dan ada Facebook. Apa lagi yang aku nak? Penampar?

Sekarang nak yang medium-medium. Duit lebih nanti mesti nak yang heavy-heavy. Sebab ada lambang Topman, Esprit, ZARA(Padahal ZARA kat luar takla hot pon, macam Ikea versi baju je). Nanti-nanti nak Bally, Chanel dan lain-lain lagi.

Apa Forest? Apa Blue Toms? Kau ingat ni cerita Tom and Jerry?

Nak minum pon, tak main Nasi Kandar Pelita. Starbucks Frappuchino sahaja yang sesuai kalau nak minum sambil hisap rokok.

Hmmm...

Mungkin aku masih belum merdeka. Kalau tak, takkanlah aku nak letakkan Facebook sebagai keperluan asas hidup aku?

-NymQ-

2 comments:

jijie said...

pentingkan keperluan daripada kemahuan.. barang branded tu kemahuan kot.. hehe.. normal la tu bro... semua akan pernah rasa macam tu...

miss ilya said...

kahkahkahka..kau sure ke tanak penampar?cam ramai je leh kasik tu..hahahaha :P lawak nk mati post ni

well, jgn peer preasure sgt k bende2 camtu..tu sume material jer..las2 in the end bukan leh bwk masok kubur...tp kalau terasa nak, pandai2 la mendapatkannya..jgn plak terkilan..ok :D