Saturday, August 14, 2010

Lepas

Hadir kamu dalam hidupku
Menjadikanku sunyi.
Kewujudanmu
Melenyapkanku.

Dalam gelak tawa,
Aku merana.
Dalam senyuman tampak sempurna,
Tanpamu,
Aku sengsara.

Dan bila kau bersamaku,
Aku hilang
Kerana aku bukan untukmu.
Bagai angin lalu
Aku hilang.

Yang terpenting dalam hidupku
Adalah kamu
Kerana setiap waktu
Aku ingat kamu.
Atas itu,
Aku malu.
Malu pada diriku
Kerana tidakku mampu memilikimu.

Bilakah kau akan pergi?
Pergi terus dari sini?
Bagai yang lain-lain sebelum ini.
lenyap terus tidak kembali.
Biarlah aku sendiri.
Biarlah aku teruskan hidupku ini sendiri.
Hidup dalam sepi
Daripada terus memendam perasaan hati.

No comments: