Monday, May 3, 2010

Kota Aur

Kalau di kampung, walaupun tak semewah di bandar;langit dirasakan lebih cerah, udara dirasakan lebih segar, fikiran menjadi lebih tenang.


Dalam sibuk-sibuk mencuba untuk jadi dewasa, masa sendiri terhenti seketika di sini.

Mungkin aku perlukan waktu untuk menghela nafas. Dan apa yang lebih baik daripada udara di kampung sendiri?


Tahun ini macam lambat sedikit mereka mengerjakan padi di kawasan rumah nenek aku. Hanya benih baru ditabur. Air masih dalam, tapi bagai tak sesuai aku letakkan perkataan 'masih' di situ kerana sekarang semuanya sudah automatik, sistem saliran air semuanya sudah ada sistem yang mengawal.


Rumah nenek masih macam dulu. Rumah. Masih mengalu-alukan. Rumah paling hujung, luas padangnya. Dulu selalu budak-budak kampung datang ke sini bermain.


Nanti aku akan pulang lagi. Buat sementara waktu, aku kembali ke hutan besi.

Till then,
Ciao~!

-NymQ-

5 comments:

Nisha said...

nice lah gambar2~ huhu

aku suke kampung arwah nenek ak yg belah ayah. rumah betul2 sebelah sawah

umi_e said...

salam... cantiknya pemandangan...

::The TypeWriter:: said...

nape tetibe blog ni nmpk suci. [anti-nyamouq movement]

Question Mark.

Unknown said...

pergh! lawa dowh!!

nk g lpak sane gak beb!

Kenangan Lalu said...

Oh... Nnt ko bwk la aku ke kg ko, leh snap2 same2~ Hehe~ Alfatihah utk arwah nenek Nisha~

Thanx Kak, ur kitties r getting cuter and cuter!

Oh Kay, you know you love me~ XOXO~

Thanx Ojan. hang kat Miri lagi ka?