Hari ni first time gie beli makanan kat pasar malam kat tempat aku tinggal nih. Nak kate semeriah pasar malam Taman Maju memang tak sampai la tahap tu, tapi okaylah untuk membeli juadah makanan yang pelbagai. Aku kagum sih, kat sini ade jual cucoq penegham!!! Dan Otak-otak!!! Oh, kagum!!!
Jalan la aku ngan Smak melenggang kangkungkan perut masing-masing meneropong makanan yang ada di kiri dan kanan. Serangan hendap pertama dilakukan oleh Smak di gerai nasi ayam ayam besar (Nasi ayam tu ayamnye besar), so aku taknak mengalah. Sesampai kat gerai nasi campur aku mengushar lauk-pauk yang ada.
Dah jumpa target, aku sound makcik tu dengan menggunakan note A#.
"Makcik, nasi satu. Separuh."
Makcik tu membalas out of tune. Sedikit lari pitching.
"Separuh?"
"Separuh."
"Betul separuh?"
Smak buat-buat tak gelak. Aku kerling je sikit-sikit bagi die paham, walaupon aku tau die tak paham. Telinga aku panas.
"Separuh~"
Dia cedok, muka tu aku faham sangat-sangatla die tak percaya. Ape masalah die pon aku tak tau. tak penah nampak orang besar mintak nasi separuh ke?!
"Cukup ke ni?"
"Cukuuuppp~~~"
"Cukup? Betul nih?!"
Darah meruap serta merta. Terus aku capai Tupperware pedal masak kunyit, aku hamburkan ke muka makcik tadi. Dia terpinga-pinga. Smak lari jauh-jauh, ntah mane mamat tu ilang!
Aku hangin satu badan, aku jerit
"YELAH SEPARUH~!!! SAYE KATE NASI PENUH KE TADI?!!! MASALAH SANGAT KE NAK BAGI NASI SEPAROOHHH???!!!"
Then aku kembali ke alam nyata. Makcik tu tengah menunggu aku memilih lauk. Smak masih berada di tepi tak lari mana-mana.
"Nak lauk yang mane dik?"
"Ermmm... Nak lauk ni..." Aku terus memilih lauk. Impian aku nak baling makcik tu dengan pedal masak kunyit aku simpankan jelah. Mane tau balik karang masakan die hampeh, baru aku buat sungguh-sungguh minggu depan.
-SabariahSalamiahHassan-
4 comments:
mesti lepas habis niaga
mak cik balik sambil senyum tak percaya
pastuh ngumpat dgn lelaki dia
wahhh..nyamouk on diet! bagus2.. :)
nasi ayam ayam besar....kat sini, nasi ayam periuk besar..:-)
u on diet..hihi..ok...I support..keep it up!
Ah, x sempat~ Balik tu makcik tu dh awl2 lg singgah umah mak Piah bergosip sampai kene halau~ Tak sempat laki die nak denga~
Pojan ngan Murni, diet tu ape?! Algebra ke?
Post a Comment