Saturday, February 27, 2010

Kau, aku dan Bintulu

"How am I going to deal with this? Going on a trip with a guy who would trade his whole life to marry me to visit a guy who wants my sex for eternity. It's beyond explainatory~"

Kami berlepas dari LCCT at 1340. Around two hours later sampailah ke Bintulu untuk melawat Kong. Turun-turun je Kastam, terpacak mamat enam inci tu tersengih riang depan pintu balai ketibaan.


The first thing he did when we got there was to take us the one and only gerai mamak yang wujud kat tanah Bintulu, haha! Truthfully, tak sesejati mamak Semenanjung la, tapi untuk pengubat rindu, bolehla. Seb bek pekerja die ramah~


After that, Kong bawak ke Waterfront. Snap-snap gambar sambil tengok laut, memang seronok memerhatikan orang-orang di sini beriadah berjogging sambil lepak-lepak makan kopok bawah pokok. Mane taknye, angin tepi laut (Takde pantai okay? Ko jatuh dalam air, memang ko kene pandai berenang. Deep teros!) die breezy giler! Oh, ade orang tangkap gambar kahwin time tu, kitorang pon nak join gak tapi segan ah~


Ingat nak tunggu sunset, tapi takpe ah~


Then, pas Waterfront tu and pusing-pusing tengok Bintulu sikit-sikit, balikla kitorang ke rumah Kong. Besar dow umah jantan ni, ruang tamu ade dua section. Dapor pon boleh buat pesta menuai dalam die. Kong tinggal dengan tiga lagi rakan yang semuanya berbaya 27-28 tahun, baik-baik belaka dan sporting abes!


So berehatla kami sekejap~ Pas mandi-mandi dan tuka baju, kitorang gi makan ayam penyek. Korang tengok dulu gambar ayam penyek nih~


Tengok pon mengancam kan? Simple habes, tapi terliur~ Just ayam goreng, ulam dan sayur celur, tauhu dan tempe. Tapi kalau korang rase sekali, fuhhh~!!!

Marvellous ayam penyek die tu aku pon taktau nak gambarkan macam mane. Ayam goreng je pon, tapi panas-panas lagi! Ayam die dimasak sempurnala, betul-betul sempurna tak lebih tak kurang. Dan daging die, daging ayam tuh! Aku dengan penuh yakin jamin ayam nih sewaktu hidupnya adalah ayam yang gembira~ Sebab kebahagiaan ayam tu semasa hidup jelas terpancar dalam rasanya yang umph~! Kenyataan ini disokong apabila aku mengepak tulang antara paha ayam tu ngan bahagian badan die. Mudah, tapi tak terlampau lembut patah die. Seolah-olah walaupon ayam ni sihat gembira (Bukan ayam suntik) dan seekor ayam yang gagah semasa hidup, tapi ayam ni merelakan, diulangi, merelakan pematahan tulang-temulangnya hatta bersyukur dengan nikmat kehidupan yang diberikan tuhan.

Dan kalau korang rapatkan tapak tangan medtek belah kanan, tula saiz peha ayam tu, kalah ayam headquarter KFC kat Wisma KFC!

Sambal die pulak, oh! Rase die mild, subtle and sweet dengan sedikit rasa masam dan rasa-rasa udang. Dikisar menjadi smooth dengan sedikit chunky daripada tomato, dimakan dengan ulam-ulaman dan sayur-sayuran rebus yang manis-manis fresh, aku rase takde bende lain lagi yang leh lawan kesedapan makanan ni, walaupon pada mata kasar ianya sangat simple.

Abes makan, balik umah. Pukol 12 malam sampai 4 pagi, kitorang buat aktiviti riadah dan rekreasi sekitar bandar~

Tamat malam pertama. Entah bangun pukul bape la esok pagi?

-Izzuan-

10 comments:

Nisa said...

nymq!! bestnye gi bintulu.. aku pernah dok sane dr thn 98-2003... suke gler bintulu... rumah aku kt tg batu... cycle je dr umah gi pantai... pastu kt tg batu de trek jungle tracking.. tiap ptg rmai gi joging2.. skang ni ade lg kot.. gi la berjungle tracking... hehe...

daju said...

dtg ah miri..aku rasa kt miri pn ade satu je mapley..ce..baru smpai dh rindu mapley..apela..

nice jgak bintulu..ayam penyek mcm lelapan je rupenye..tp lelapan mmg nice la...

Achan Sinclair said...

nanti kita pi city of sin, miri

AlexAlabasta said...

wah~ Best giler jog camtu, angin die masyuk kan? Oh ya,kitorg g jungle trekking gak, haha! Sort of~

Nak g Miri gak nnt bile2, inshallh daju~

Haha~! Acan, ish2~

nisha said...

haha nymq..ko nih mmg pandai menulis arh.. cerita pasal ayam penyet dgn sangat detail.buat ak terliur je.

AlexAlabasta said...

Ko kene try Nisha~ Mmg mantoppp!!!

nisha said...

Hari tu aku try ayam penyet dekat Bandung dengan Nisak. Mmg mantop.

Balik dekat sini, cari2 ayam penyet sesedap sana. For now, belum jumpa lagi. Takpe, dah ade list tempat yang orang kata sedap. Haroooss cuba pergi

AlexAlabasta said...

Wah~! Itu mmg asli punye!!! nanti tahun dpn aku nak ke sane, aku kontek2 korang lah tempat korang g tu ek?

mega_kong said...

dr episod 1 until 3..intro die mmg cm *&^%...

daju...nnt kami gi miri lak lawat ko..kekeke

::The TypeWriter:: said...

..ak anti-AlexAlabasta..