Wednesday, January 13, 2010

Pengembaraan underground KLCC

"Pekejadahnye lif ni macam puake lambat?!" dengus Pak Bahar menanti lif yang tak kunjung-kunjung tiba. Kalau digunapakai saja lif awam, sudah berabad tiga sekawan itu selamat sampai ke destinasi. Namun, lif kakitangan sokongan terpaksa menggantikan lif awam kerana Pak Bahar, Pak Alias dan Izzuan sedang membawa troli untuk mengangkut kotak-kotak dan beg-beg sampah ke atas untuk persediaan hari Spring Clean Jumaat ini.

Setelah setengah jam menunggu, lif yang berkhidmat untuk 88 tingkat itu tiba di tingkat 12. Tiga sekawan masuk meneruskan kerja mereka.

Namun sesampainya mereka di tingkat bawah tanah, aktiviti mencari bilik penyimpanan bagaikan pengembaraan Sang kancil Dan Rakan-Rakan mencari Harta Karun payahnya. Pertama, mereka tidak mempunyai pas kakitangan sokongan, jadi terpaksalah ditunggu kiranya ada antara mereka-mereka yang mempunyai pas lalu-lalang untuk membuka pintu untuk tiga sekawan itu. Kedua, kakitangan-kakitangan keselamatan yang suka menambahkan perit-jerih mencari lokasi sebenar bilik penyimpanan menyebabkan aktiviti yang sepatutnya berasaskan urusan kerja bagaikan lawatan sambil belajar (Daripada bilik penyimpanan, arahpandu yang diberikan berkahir sampai ke bilik perabot, bilik fotostat, bilik makan kakitangan sokongan, sampai ke bilik latihan orkestra, etc)

Ketiga, loceng bilik penyimpanan yang kehabisan bateri membuatkan kegiatan menekan, menghentak dan memaki hamun butang loceng sia-sia sahaja.
"Nasib baik comel~" Ulas Pak Alias yang memang gemarkan gadis-gadis bermuka ala-ala pelakon-pelakon Indonesia. Sayang, kakak bilik penyimpanan sudah berkeluarga dan beranak-pinak.

Lagu Zaiton Sameon Menaruh Harapan beralun meriah di dalam bilik bawah tanah itu. Sepanjang perjalanan ini, onak dan lurah kulewati~

"Dik, tukar radio boleh?" tanya Pak Bahar. Izzuan faham benar ayat tersirat di sebalik soalan satu baris itu.


End of part 1

2 comments:

oYaMa said...

aku penah sampai bilik bawah tuh..haha..lepas2 bukak pintu lif je..ada 2,3 pintu..semua ada lock lak tuh..kena pakai card..haha..

AlexAlabasta said...

Itu lah~!!! Paling x leh blah nak gie antara tower 1 ngan tower 2 tu ade gak pintu berpas. Kitorang terperangkap antara koridor tengah2 tu tau?! Sikit punyer lame, dah rase cam Prison Break dah~