Saturday, December 19, 2009

Gabai itu bukan sejenis suria baja hitam

"Ape? Bukan?" - Jalal

Ya, En Jalal. Gabai bukanlah sejenis suria baja hitam yang seperti anda sangkakan walopon namanya hampir sama dengan Gaban (Gaban juga bukan sejenis suria baja hitam, mungkin hanya ada bau-bau bacang). Gabai adalah...

...Sebuah kawasan taman tema air semulajadi aka air terjun! Tadaaa!!!

"Ahahaha~!!! Malunyer I~!!!" - Jalal yang kemalu-maluan

Dekat okay, Sungai Gabai dengan rumah kitorang. Jadi tak menjadi masalahlah kalo tak mandi sebelum mandi air terjun sebab keluar rumah pukul lapan pagi kan? Ops, rahsia besar!

Tinggi gak la nak mendaki ke kawasan air terjun yang sedap. Kalo ade makcik mengandung, sempat beranak anak ke tiga, yang sulung dah masuk tadika dua bulan lepas. Tapi samerlah rasenye macam pas mengandung, suuunggoh berbaloi~!!!

Kami bukan muda-muda lagi, kene berehatla kejap kan?

Kawasan air terjun yang ditunggu-tunggu

Such a nice place. Boleh puas mandi kat sini. Tapi kami tak head on ke arah air terjun yang galak terjun beramai-ramai dalam gambar di atas, we all stay kat bawah sikit sebab ade batu licin kat sini. Nak tau nape?

"Ko la dulu!" - NymQ
"Ape aku lak?! Ko la!!!" - Imam
"Apela yang dak-dak nih nak buat nih?" - Pemerhati bebas

"Taknak sudah! Aku pergi dulu~!!!" - Medtek
(Efek latar belakang - Gegaran mukabumi)

Atas ilmu yang kami kutip di Lata Kijang, teknik papan gelungsur tak mengendah punggung mula disertai orang ramai yang pada awalnya malu-malu kucing tetapi menjadi semakin rakus selepas beberapa kali mencuba.

Ramai pulak nak mencuba~

Untuk meringan-ringankan badan yang lebam-lebam melanggar batu sungai yang tajam (Bohong je, mane ade batu-batu tajam?) kami bertapa di bawah kawasan air terjun atas. Airnya yang deras memang kawasan yang sesuai untuk jurutapa yang tidak mahu bertapa. Tapi untuk makcik-makcik berusia 60 tahun yang berimpian memiliki kerusi urut OSIM, haaa~!!! Sesuai sangat makcik-makcik semua datang sini hari-hari! Silap-silap keluar-keluar bermuscle ko, Cik Jah! (Pak Manap mungkin tidak suka bininya look tougher than him)

"Brrrrr~!!!" - Ramai-ramai ala-ala iklan Coca-Cola

Dalam pukul 10.30 pagi kami pon beransur pulang pas makan brekfes yang dimasak Smak. Roti+sardin+telur dadar+air Kickapoo. Maaf atakde gambar makanan, kang kebuluran aku! 10.30 pagi dah balik? Balik awal la, rumah dah dekat. enitaim leh datang~

Singgah sekejap membeli jambu batu. Krup krap krup krap sepanjang balik~

Oh, sungguh menyeronokkan! Balik je rumah semua terbongkang. Hari Sabtu dirasakan bermakna sekali beriadah secara sihat. Bile lagi nak ke sungai Gabai?

Sapa-sapa kawan-kawan yang mai tidoq rumah kami, nanti kami bawak pi Sungai Gabai nooo?

Till then,
Ciao~!

-NymQ-

4 comments:

Murni Alfathunnisa said...

sg gabai nih kat kajang kan...

Kenangan Lalu said...

Aah~! Good job!!!

Sarsir said...

nice neh...
ade pemandu pelancong + chalet bermalam free..
haha...
kami pemude2 menganggur mmg sgt mengharapkan peluang2 sebegini...

Kenangan Lalu said...

Anda diminta untuk mengisi borang J bagi aplikasi penganggur-penganggur bukan warganegara Malaysia. Permohonan lawatan sambil belajar akan dijawab tiga hari selepas hari mendaftar. Sekian~

Have a nice day to you too, tagskie~