Thursday, July 2, 2009

Selesaikah masalah dengan bunuh diri?

Tadi mak pergi servis kereta dekat kedai Uncle Angan. Dalam perjalanan Uncle Angan menghantar mak balik ke rumah, dia buka cerita yang apek penjual ikan di pasar bunuh diri dua tiga hari lepas.

Sampai di kedai Uncle "Tak Payah Plastik Ah?", mereka bertiga galak bercerita berkenaan mendiang. Dia dikhabarkan membunuh diri atas sebab sedih kehilangan ibunya yang meninggal dunia baru-baru ini. Dialah yang menaga ibunya selama ini. Mati lemas, terjun dalam tali air Tikam Batu.

Mungkin juga sedikit Aji-No-Moto telah ditambah dalam cerita, apek penjual ikan itu juga dikhabarkan telah berhutang dengan along dan menghadapati masalah untuk membayar hutang.

"Eh, mana ada. Dia orang kaya maaa~ Orang datang lagi dekat dia nak pinjam duit, mana dia hutang along~!" Jawap Uncle Plastik.

"Bodoh ah ini orang, hidup elok-elok, lagi mau bunuh diri." Tambah Uncle Angan.

"Hangpa pi tengok ka dia?"

Dua-dua menjawab tidak. Kedua-dua Uncle Angan dan Uncle Plastik hanya kenalan bertegur sahaja dengan apek penjual ikan, tidak rapat.

"Apa-apa pon, seronokla penghutang dia ya? Tak payah bayar hutang dah~!"

Ketiga-tiga ketawa kecil, tubit sedikit rasa bersalah berjenaka tak kena tempat.

Habis mak dan Uncle Angan membeli-belah barangan dapur, Uncle Angan menghantar mak ke rumah. Mungkin petang ini kereta akan siap, jadi abah bolehlah mengambil kereta nanti.

Berita apek penjual ikan bunuh diri itu terus sampai ke telinga aku belum pun sempat mak melangkah masuk ke dalam rumah. Banyak jugalah yang kami panjang lebarkan dari situ ketika kami berdua sibuk di dapur memasak makan tengah hari.

Aku tak pandai nak memberikan nasihat, tapi terfikir juga aku kenapa jalan singkat yang dipilihnya? Mungkin bunuh diri mampu menyelesaikan gelodak dalam diri apek penjual ikan itu, namun adakah rohnya akan tenang?

Apa-apa pun, kamu sebagai pembaca, pandai-pandailah menjaga diri. Hidup biarlah seimbang dunia akhirat agar nanti bila datang musibah menimpa, kita tidak mudah mengalah.

6 comments:

firdausMohamad said...

hmm, agaknya apek tu dah nampak syurga klong klong masa terjun tali air tu... hehe! :D

livb said...

op. about the catnapped, i would love to..but i don't have the time to jaga mereka. sekarang ada kucing jantan sekor yang juga kaler putih dan agak miang ya dia tu. takut diaorang beranak pinak takdak orang nak jaga. and i'm only available kat rumah waktu malam..so i have to let go the cat adoption thingy. say my hi to bubble and sroh dia jaga diri baik-baik di rumah baru.=| your supposed-to-be-owner love you. haha.=D

AlexAlabasta said...

Probably la kot, hehe~

Huhu, xpe2. I'll give her to my sis's friend la then. Nway, slmt GEMS! Me n Bonet @ Trolak!

Drum Kit said...

Mungkin apek tu hilang pertimbangan dan tiada bimbingan dari siapa2x. Itu mungkin mendorong dia utk mmbnh diri.
Tu lah kita ni kena bersyukur kerana kita ni masih ada kekuatan dan pegangan diri.

Bajet said...

Hidup mestilah dihargai..

AlexAlabasta said...

Setuju ngan pdus n jali