Tuesday, July 7, 2009

Kepale hanggok ko chit-chat session!!!

Dengan harapan menggunung untuk habis sesi sembang-sembang dengan diorang, sesudah subuh lagi aku dah terpacak di bawah Tower 1, Petronas Twin Tower. Okay, bohong. Pukul 7.30am, tapi still bagi aku awal pagi a.k.a Subuh Gajah, haha~

Disebabkan Mem Besar a.k.a my beloved mummah yang suruh aku duduk di KLCC seawal Subuh Gajah, terpaksalah aku survive sorang-sorang dekat KLCC dengan menjalankan aktiviti seperti bersiar-siar, brekfast, tangkap gambar dan menganyam ketupat dengan mana-mana orang yang nampak cukup lonely+loser macam aku (FYI, walaupon sini Kay Ell, still banyak lagi orang yang berwajah aborigin macam aku di situ) Nasib baiklah Imam datang (Dengan pakaian macam budak Minggu Aluan Siswa) at 8.30 something, adalah juga orang yang boleh aku bertepuk-tampar depan Tower 1 tu.

At 8.50 kitorang buat muka 10 sen dekat akak kaunter cun bermekap tebal 2-inci. "Sorry dek, level 35 takleh naik arinie, kuarantin~ Selesema bab... Oops, maafkan I, Influenza H1N1"

Pulak...

Ring Ring! Okay, bohong lagi. Bunyi nada dering fon aku ialah lagu Pussycat Dolls - Sway, tapi korang faham ke kalau aku buat bunyi Tududududud Ah! tudududu Ah! Tudududududu Padadabadadadap? Suara di hujung sana (Ms Halizawati yang cantik dan stylo-mylo) memaklumkan ada urgent meeting yang perlu diselesaikan. Chit-chat session ditangguh kepada pukul 11.00am.

Apa lagi, terpaksalah melepak dan breakfast lagi sekali. Bukan aku minat sangat pun breakfast dua-tiga kali, tapi terpaksa. Ya, betul! Terpaksa! (Menutup mata dari memandang cermin)

We went back at 10.50am. Ms haliza menjemput kami ke atas. baik orangnya, ramah dan nampak oh-so-profesional. Imamlah yang banyak bersembang dengan dia. Aku tak mampu, waktu tu dah lapan puluh lima kali perut aku buat summersault, butterflies everywhere because I was so nervous beyond the valley of nervousness I could nervously die.

"Mane bos akak ni, kan you allz? Makan karipap kat belakang meeting room ke?" Ayat rekaan aku, menggambarkan Ms Haliza juga tertunggu-tunggu bilalah bosnya akan kunjung tiba. Dia keluar seketika, meninjau-ninjau situasi.

Tunggu punya tunggu, sampaikan Imam termuntah sekali akibat loya (Cerita lain, harap korang yang baca simpan sebagaai rahsia! Shhh! jangan bagitau Imam!), Ms Haliza tak muncul-muncul. Sudah sekian lama, barulah dia kembali membawa pesanan yang tidak mahu didengari.

"Meeting tak abes lagi la youallz. Jumpe pukol 3 ye?" Ayat rekaan aku lagi. Kami pun berlari-lari anak menggapai pintu lif sebelum dibawa turun ke ground floor. Puas kami berlegar-legar di Suria, banyak ragam manusia yang dilihat, banyak juga kedai yang di-hampir-masuki, (Sebab sebelum masuk dah nampak tag harga tidak kurang tiga kosong) berkandar-kandar air dah kami minum. Sesudah mengasap sebatang dua rokok yang masuk angin dan tidur di dalam surau, maka menjelmalah pukul 2.30pm.

Naik ke atas. Kali ini superior COG sudah ada. Harap-harap cepatlah selesai sesi sembang-sembang ini. Excited at the same time!

"Kamu duduk di luar dulu ye?" Kata Ms Haliza kepada Imam. Ah, sudah! Apa nerakakah ini?!

Interview rupanya!!! Seraya itu jugalah tekanan darah aku naik kemuncak. No, bukan marah, darah seriau. Otak kosong ni beb! Postion yang dioffer adalah untuk monitor dan manage Risk Management System. Teruja, ya. Tapi kaget, sebab otak kosong. Menyesal aku tak revise berkenaan dunia IT selama dua minggu lepas, asyik baca hal-hal bisnes.

Interview aku selesai pukul 3.50pm. Kemudian Imam pula masuk. Aku keluar dengan rasa senang hati, rasa chuak dalam diri hilang terus sebab sudah habis sesi interview. (Tukar term, bukan chit-chat)

Sambil-sambil menunggu Imam habis, aku pun berlakon ala-ala gadis remaja yang baru dapat henset berkamera di ruang tamu COG Group.

Then, at 5.30pm we departed at the KLCC Putra LRT. Aku pulang ke Wangsa Maju manakala Imam ke... Errr... Tak ingat. Pedulikan.

Ape-ape pon pengalaman nie memang something yang I appreciate very much. They were so cool and charismatic, I can't deny that. Dan they talked very profesional yet humble, aku pula yang rasa segan. I am of course counting to work with them, but kalau tak dapat pun I still feel lucky I was given the chance. Thank you very much~

I'm in UIA currently (Sebab tu takde gambar. Balik nanti I'll edit this post again for pics). I'll meet Achan tomorrow (Wednesday) at lunch di The Curves, sape-sape nak join bagito la Achan or me (0125160129)

Okies! Till then,
Ciao~!!!

-NymQ-

Credit-
Keluarga Mamu Karim secara keseluruhannya. Mereka sangat supportive, really really really appreciate it much!

7 comments:

firdausMohamad said...

wuish, dtg klcc lgsg xdak khabar berita? kalau tak, boleh kersani belanja makan kat mana2.
apa2 pun, doa byk2, kasi terbuka hati dia nk trima NymQ masuk pet.
amin~
amin sendiri la ek. hehe! :P
ni nomboq kersani: 012-9843242

Charlz said...

goodluck nyamouq!! X) for this n for results :P hehe

Achan Sinclair said...

NymQ jual number weh..jom tulis kat pintu toilet puduraya

Hannah said...

erkss.. interview agy??.. siyesly unexpected, ingt cm sesi gytaw job dh.. huhuH~ gd laa diorg professional n awl gile tunggu dpn klcc tuhh.. XD~

nisha said...

omaigod..cuaknye..

huhu..intern slame baru 6 minggu ni da bikin ak semangat nk keje ngan petronas.

wah, semangat bukan?

huhuhu

kaknadi said...

goodluck utk abg!!
klu dah dpt position tu ngan lupe akak erk!! WAJIB blanja tau...ahahah

AlexAlabasta said...

Aamiiiiiin~ Mekasih~

You too, Charlz! And congratz on working with PET!!!

Aish, Acan... Aku letak no hang kat papan tanda lorong haji taib leh? Hehe

Huhu, mak suro! Sian NymQ!

Haha, camtu ah yang dihendakkan, Nisha! Oll dabesh intern~!

Baiklah, Si gedixxx! Weyh, cakap kat kawan ang taktau malu ka buat perangai tak senonoh tu? Haha!