Saturday, May 16, 2009

Razak Izzani part 5

Menunggu keter Nina

Kereta pertama - Razak, Big Ben, Jenny, Ainul Mardiah.

Kereta kedua - Kerinching, NymQ, Safiruddin.

Kereta ketiga - Mazni, Nina, Nooridayah, Lady D.

*-*-*-*-*

Razak tersugul di muka pintu kereta. Macam-macam yang bermain di benak fikirannya. Risau yang bersarang di hati bagaikan menarik-narik jantung, menyekatkan pernafasan.

"Jangan risaulah, Razak. Majlisnye esok, Mesti sempat kite sampai ke Johor sebelum Izzani ditunangkan," pujuk Jenny, cuba untuk meredakan 14 kerut di dahi Razak.

"Jangan sebut ayat tu, Jenny! Aku tak boleh dengar, panas!" balas Razak. Kerut di dahinya bertambah-tambah jelasnya, muka Razak sudah tidak seperti orang lagi. Dalam hati Jenny mahu saja dia berkata "Dah macam ungka muker kawan aku nih," namun didiamkan saja agar tidak terasa dek hati Razak yang memang sudah berkecamuk itu.

Tiba-tiba kereta Kasihku Kenari dihimpit kereta Nina. "Buang tebiat ape minah nih?!" Jerit Big Ben. Dia melihat ke luar, di bahagian tingkap kiri belakang terpacul Lady D memegang dua ketul dadih di dalam tangan. Razak menurunkan cermin kereta dan menyambut dadih yang dilontar tepat ke dalam kereta oleh Lady D.

"Aduh, tak selera aku nak makan nih... Aihhhh~" Keluh Razak.

"Makanlah. Ko tu mesti tak sarapan jugak kan?" Ainul bertanya. Dari tadi Ainul menjadi setiausaha pengembaraan yang cekap dengan mendapatkan segala informasi dan merekod detik perjalanan bagi menentukan masa yang sesuai untuk sampai ke Johor. Handphonenya rancak menekan sms memberi dan menerima mesej daripada rakan-rakan dalam kenderaan lain bertanyakan khabar. Razak mengangguk, sudahlah dia menyusahkan rakan-rakannya hari ini, takkan dia mahu menambahkan lagi risau mereka terhadapnya?

"You suapkan I darling?" Big Ben mencelah, membuat mulut manja ke arah Jenny.

Serentak itu jugalah penumpang-penumpang Kasihku Kenari menjerit "EIII~!!! GELIII~!!!"

Bakal tunang bermesra

*-*-*-*-*

"Bape lame lagie nak sampai Johor, Safir?" tanya NymQ tatkala melayan lagu 'Womanizer - Britney Spears' dalam CD hasil bakarannya pagi tadi sebelum mereka bertolak.

"Adelah dalam 7-8 jam lagi. Ni baru keluar nih~" jawab Safiruddin sambil membalas sms Ainul Mardiah. "Ah, satgi kiter stop kat Tapah jap."

"Adoi, lapaq nih~! Jauh nu Tapah nu~" balas Kong sambil memandu. NymQ menyeluk belakang kerusi belakang, cuba-cuba mencapai sesuatu dari dalam but kereta. "Alamak~!!! Wallet aku~!!!"

"Bodo piang la mamat nih! Kalo ko gie Johor kene tahan ngan polis, pecer? Ko ingat polis percaya kalo ko cakap ko orang Malaysia?!" sekali Safiruddin mula naik berang. Dia juga cepat-cepat menyeluk poket mengambil dompetnya keluar. "Aku bawak RM30 je nih dalam poket, duit MARA pon tak masuk lagi."

"Aisyeh, aku pon abes buat bisnes Ceramic, skang ade lagi RM50 je~" Kerinching menyampuk.

"Riso nih, kang tak sampai kite ke Johor," Safiruddin mengerut muka. NymQ yang hot duduk diam buat-buat tidak bersalah.

Tiba-tiba handphone NymQ berbunyi, namun terpadam serta-merta sebelum sempat dijawab. Melihatkan ke'klutzy'an NymQ yang melampaui had, Safiruddin mula berang. Diambilnya fon itu untuk dicampak ke luar kereta.

Namun, belum sempat Safiruddin membuka jendela tingkap, kereta Nina menghimpit dari belah kanan. Kanak-kanak di dalam kereta Nina memberikan isyarat tangan yang tidak difahami.

"Apehal minah nih?!"

Apekah yang cuba disampaikan kanak-kanak perempuan terbabit? Bagaimana kereta Kerinching akan sampai ke Johor dengan RM80? Nantikan episod seterusnya~!

8 comments:

Jannah Mia Zinnirah said...

nak lagi cite nie~~hehe..kena abeskan b4 cuti menjelma =b

Anonymous said...

saya doakan yg terbaik buat razak dan izzani.XD

orangmatixjalan2 said...

nanti wat cite razak ngan livb lak eh..haha

Kenangan Lalu said...

Haha, on da way, Jan. On da way~! Wish me luck (and Razak and Izzani also)~!

Amiin~ LivB, saya doakan kamu dan 'si dia' juga begitu~

Aish, orang mati. Siapekah kamu?

Kalam Hitam said...

whoaaa!! lama giler tggu~

akhirnya kisah razak izzani bersambung jua. huhu! saspens la nyamouq crita...

apa la jadi kat razak izzzani ek?
mcm bole wat skrip filem ni...

:D

Nisha said...

wah...dah bersambung...ingatkan cte tu da stop da.. bes2..

eip..kamu kena tag. jemput buat ye.huhu

Kenangan Lalu said...

Yeayh! Memang nak wat filem, tgh plan ngan Jan, hehe~

Baiklah, Nisha! Hait!

Adah said...

haha...best3x..!

eh btul ke yg pic 2org tu da nk tunang?adush3x jeles..nk tunang gk..hoho..weks..!ekekeke..