Sunday, May 10, 2009

Ko hengat makcik yang menjual kuih-muih tidak mampu tarik setinggi Amy Search?!

Yosh~!!!

Agh! Panas tahap OH MY GOD skang nih kat UTP, tengah-tengah minggu study lak tuh~

Nak lepas tensi, malam Senin kami gi karok. Uih, kali ni lain bai, bukan ngan kanak-kanak Ribena rumah atas, tapi ngan Bert. Bukan Bert saje, tapi Jannah ngan Awien! Haaa, tau ke diorang ape itu karok?

Memuler masuk, gadis-gadis ni senyap jer tersipu-sipu. kami tolongla pilih lagu, bersifat pop, mainstream yang up-to-date. Kang tak enjoy malam ni, ade harapan Bert tidur luar rumah.

Kontrol ayu, kengkonon virgin karok

"Amek je la lagu Dewa sikit, Elyana sikit, Westlife sikit. Best of both world," saran aku kepada Achan.

"Okeyh.. Biar aku start~" Sesambil Achan melalak, remote dipass keliling untuk menyeimbangkan jumlah pemilihan lagu oleh setiap ahli karok malam tu. Takot tak puas ati lak~

"Kurasakan pudar dalam hatiku~" bernyanyi riang anak panda malam itu

Lepas penat melalak, aku kuar jap. Relax sat dekat sofa luar, ambil dan sedut angin.

Then, masuk balik bilik. Eh, lagu ape nih? Cinta Kain Putih? Tragedi Oktober? Gemilang (Ella)? Isabella?

"Acan, biler ko dengar lagu rock kapak camni?"

"Bukan aku dow. Bert kot~"

Tanpa semena-mena, tengah-tengah nak pass mic kat Bert (Yang dalam keadaan terpinga-pinga), ZUPPP!!! Pantas makcik sorang menyambar mic dari tangan Achan. Die senyum baeekkk punyer kat kitorang.

"E'ehem.. Testing, testing~"

"Eh, ko tau ke nyanyi lagu nih?" -Bert yang terkesima-

Malam tu sidang karok jadi malam rock kapak. Sori, aku tak hafal tajuk sebab tu takleh nak list lagu-lagu yang lain. Tapi pergh~!!! Budak-budak hingusan nih memang jiwa besi, kami bertiga hanya mampu duduk menyengih, sesekali je menyelit pada korus biler lagu diorang keluar.

"Taman Rasidah..."

Aktiviti merenung skrin.
"Makcik-makcik nih hebat rupenye, kalah aku~"

Sekali die bagi high-pitch part Amy Search menjerit! Ketap bibir wa cakap lu~!!!

Abes karok, muker dua ekor ni tahap puas tak hengat. Aku tau ketagih tu tak abeh lagi, kan Awien? Kan Jannah? Hehe~

"Aah, nak karok lagi~!"

Pukul 1am, balik, lepak Farouq sambil mengutuk Dr Bob dan Mr Azhan. Best, best~ (Amaran - Dilarang keras untuk diikut. Kami tidak menanggung sekiranya anda tertarik untuk melakukan aktiviti yang sama)

Biler la nak karok lagi ngan kawan-kawan?

Till then,
Ciao~!

-NymQ-

Ps1- Ain Nabilah, jom set date karok?
Ps2- Charles, ngah nunggu gambo dari Leyla ngan Jannah, nanti baru post pasal BBQ Telok Batek tu ye? Thanx for reminding~

6 comments:

Half said...

wah.. nk tau gak ape korang kutuk pasal dr bob...

Kenangan Lalu said...

Apsal? Nak join korum? Hehe~

Adah said...

wah3x..nk join gk!!kikiki..

Unknown said...

rock kapak forever! ye yeah!
haha

Ain Nabilah said...

yuk2. anytime after 14. mayb 16th ke?hehehe.

Kenangan Lalu said...

Nak join karok ke, 'bercakap' hal lecturer? Hehe (Motip???)

Hidup kapak batu. Yeah~!!!

Make it 17th! Jumaat gie Career Carnival kat KL. Ain tak gi ke?