Sunday, April 26, 2009

Cerita satu malam

Angin sepoi-sepoi bahasa. Bak kata orang putih, the wind is breezy-breezy language. Malam itu seperti selalu anak-anak rumah atas di blok V5-C sibuk dengan tugas harian masing-masing, memasak, membasuh kain, mengemas rumah serta mengumpat.

Anak-anak sebuk membantu ibu di dapur.

"Hisy! Mane pulak budak bertuahs sorang nih, aku simbah dengan botol sirap ni, percuma jer!" - Monolog dalaman si ibu tua.

"Ko tolong panggilkan si Salbiah tu kejap, Muhammad Mukmin Muhaiyuddin bin Muadzam Zakaria Alias." Kate ibu kepada anak sulungnya.

"Tak maula mak, mak bukan tak tau. Si Salbiah tu kalau dah masuk bilik, takdenye die nak keluar."

Salbiah Seri Sherry tengah dalam beauty regime.

Namun setelah diasak berulang kali oleh ibu tersayang, berlembut hatilah juga Muhammad Mukmin Muhaiyuddin bin Muadzam Zakaria Alias menurut kehendak ibunya. Dalam longlai Muhammad Mukmin Muhaiyuddin bin Muadzam Zakaria Alias berjalan perlahan ke bilik si Salbiah. Dalam hati kecil Muhammad Mukmin Muhaiyuddin bin Muadzam Zakaria Alias bara yang terkumpul terasa bagaikan ingin memutar-mutar tali pusat adiknya itu.

Sementara itu, di dapur anak-beranak itu mula membuka topik perbincangan untuk sesi umpatan mereka buat hari itu. Tidak sedaplah kalau malam itu mereka hanya makan makanan yang dimasak, sekali-sekala menjamah daging manusia apalah salahnya.

"Ko kalo nak jadik anak mertua orang, bukan kene ade skill masak je. Skill soSIAL pon kene ade, baru best lepak ngan mak mertua"

"Aku dengo Cik Meor dah takde kat UTP. Betul ke?" Shukor, nak kedua si ibu bersuara sambil menggoreng cili.

"Eh? Ye ke? Biler ko dengo?" Sampuk anak ketiga, Rahim, dalam sibuk mencuci pinggan.

"Sekadar gambar hiasan.

"Mak rase hari tu pakcik Kopetro V5 ade cakap Cik Meor tak tahan dengan fitnah yang orang tabor kat die pasal berkenen ngan student sendiri, betul ke?"

"Ade orang kate Cik Meor nampak antu. Seram dah nak jadik penyelia pastu." Shukor membuat pembetulan ke atas ibunya.

"Hantu?!!!" Semua yang ada di dapur respond. Nampak bibit-bibit cuak di mata masing-masing, padahal kesemuanya sudah besar-besar belaka.

Tiba-tiba terdengar jeritan kuat ala-ala Mariah Carey.

"AAAAAAAHHHHHH~~~~~~~~~~~!!!"

Semua terkejut beruk. Mereka terpinga-pinga mencari-cari mana arah asal datangnya jeritan terbabit. Seraya ada lampu kuning di atas kepala, semua terus meluru ke bilik Salbiah kerana mereka pasti jeritan itu dikeluarkan dari sana.

"Nape Muhammad Mukmin Muhaiyuddin bin Muadzam Zakaria Alias?" Mereka terdengar suara Salbiah bertanya.

"Abang nampak benda seram depan pintu kau ni~! Masyaallah~!!"

Salbiah Seri Sherry tekejut selepas melihat ke arah gambar yang ditunjukkan Muhammad Mukmin Muhaiyuddin bin Muadzam Zakaria Alias

Close-up

Close-up lagi. Mungkinkah ini makhlok ajaib Selatan Borobudur?!

Serentak itu juga, dalam minda Shukor teringat bahawa seminggu sebelum Cik Meor dilaporkan mula goyah dengan keyakinannya memimpin Village 5, beliau ada melakukan rondaan sekitar bangunan V5-C. Lalu dengan penuh serius Shukor menceritakan pandangannya itu kepada semua ahli keluarga yang sedang berkumpul di depan pintu bilik Salbiah.

"Ah, mengarutlah kamu ni. Ni sekadar gambar kekasih adik kau je ni. Udahlah, mari kiter ke dapur, nanti hangit pulak masakan kite," kata si ibu sambil menjeling ke arah Salbiah yang tersipu-sipu malu.

Semua yang tadi kelihatan cemas dan waspada mula ketawa kecil sambil melangkah beramai-ramai menyiapkan kembali makan malam. Tercuit hati masing-masing terkenangkan kembali peristiwa yang baru berlaku sebentar tadi.

Sambil mereka berjalan, tanpa sesiapa pun sedari, mata gambar teruna idaman hati Salbiah bernyala kemera-merahan secara tiba-tiba.

Jeng Jeng Jeng!

-TAMAT-


Moral of the story - Tak baik mengumpat. Berdosa~

10 comments:

Nisa Tarmizi said...

nymq nymq~ speechless.. haha... yg meor tu de x jalal cite kt ko psl yg aku cite kt die lepas anum cite kt aku.. wahaha... buruknye la mamat bwh skali tu...

Kenangan Lalu said...

Aah, sebab tu die terselit sipi2 dlm kisah mengarut ni, haha!

ainsuffian said...

argh...censored..
hahaha..

akshen^kamen said...

nyamuk..remove gambo bert sblm rating ko turun

Achan Sinclair said...

lepak usha gambar ni..rasa macam nak puasa je hari ni...tamoh makan apa2..xlalu

Kenangan Lalu said...
This comment has been removed by the author.
Kenangan Lalu said...

Ain, Achap dan Acan (Wah, triple A! Nice~), sesungguhnya kejelitaan adalah hak milik setiap insan.

Billy Aman said...

zaman skang ni mne ad org pkai produk dr. betty tu nymq..grgrgr..yeke nme owner produk tu

BukanMior said...

demand for more pictures of BERT...more..more...more...more

p/s: gambo aok tido der ngan koi lg..hehe

Kenangan Lalu said...

Betty hidop lagi ke, Hasrul?

Ngaaa~! Ko jangan, gambo tu aku nengok pon serammmm...