Monday, December 22, 2008

Cicak-Man 2

Kanak-kanak comel tengah bertanding Miss Pacific Megamall. Hotness you!!!

Sempena Krismas nak dekat, aku pon membuat lawatan sambil belajar ke Pacific Megamall untuk mencari satu dua barang dalam potongan harga (Seronok betol tengok angka 50, 70 dan 80 dengan ade simbol % kat belakang). Gie dengan Gloria, agak bergegarlah jugak Elegan yang ditunggang dengan berat badan mencecah 150KG biler ditambah.

Sampai-sampai, first sekali terus ke panggung, nak tengok ape cer nak dilayan. Atas kekalahan 2-3 dalam pertandingan Burung-Batu-Air yang berlansung di sebelah kaunter tiket (dengan diperhatikan oleh akak kaunter dalam muker 'sakit perut' pra-haid), kami decided menengok Cicak-Man 2.



Review:-
Cicak-Man 2 (3 bintang)

Kiter mulerkan dengan sesi menambak, difollow dengan aktiviti rawatan kecemasan...

Bismillah~

Serius cakap, kostum Cicak-Man (Saiful Apek) kali nih sangat sangat jijik! Rrama (Tamara Bleszynski) okla, pompuan. Tapi superhero dengan sut macam tu... Pink Ranger nampak lebih maskulin. Kain lycra, ditambah dengan 'perisai' yang betul-betul nampak cikai (tetambah but die yang nampak plastik) menyebabkan aku terpikir "Tania (Fasha Sandha) ni tak rase loya ke duduk dekat-dekat si amfibia nih?" Ngeee~ Tak berbaloi pertambahan RM30,000 untuk kostum nih! Argh~! Kostum Prof Klon (Aznil Hj Nawawi) lagi lah, terase macam tengok drama pementasan sekolah rendah.

Seksi yang seksa di mata~

Props die yang nampak memang props. Bayangkan, time Prof Klon sentuh kekunci board mesin die, boleh nampak dengan jelas board tuh melekuk dan satu lagi part awal-awal time Rrama (bukan Rahmat Safuan Ghani) belasah satu geng nih, bile salah sorang tuh dihempap patung porcelain/plaster, kite boleh nampak pelekat double sided tape kat tempat-tempat patung tuh pecah. Banyak la lagi, cam prop tangga bergoyang, dinding goyang, etc.

Final battle die pon tak grand. Time tengok diorang lawan tu aku siap dengar orang cakap "Ala... Bile nak habis nih!" lagi!!! Pergh~ Dan care Rrama mati tuh cam lekeh la. Tak tau camne bende sayap tu membunuh Rrama. Dan hal ini membawak kepada...

Angle kamera yang membuatkan filem ni nampak "sempit". Aku berase lemas. Dan sebab kedudukan kamera yang agak kurang best nih, kite termanggu-manggu what is going on?! Tapi ni mungkin sebab untuk mengkaver aspek-aspek tertentu yang aku pon tak pasti. So, takpelah...

Part kaler nih adalah kesalahan penulis skrip. Cerita ni nampak banyak watak dan banyak konflik dan jalan cerita tapi approach yang diambik sangat la mudah. Penceritaan yang sangat kartun dangan pendekatan ringkas menyebabkan cerita menjadi agak bosan. Rase macam setiap elemen tu macam dicubit-cubit je untuk menjadikan sebuah filem. Maksud cerite nih mudah sangat adalah seperti babak Prof Klon bagito masyarakat pasal air hitam tu, dengan ayat-ayat khambeng (tak terase macam realistik), satu bandar dah sokong die! Macam tu je?! Mudah gile! Watak Rrama satu lagi, die hanya nak hasilkan karya agung dengan membunuh. Itu je motif die! MOTIPPP?!!! Sian gak kat Gingerboys (Adlin Aman Ramli dan AC Mizal), karakter diorang dah tak menarik... Dan macam didowngradedkan lak dalam sekuel nih. Aku yang minat giler Gingerboys sedeyh dengan direction yang penluis bawak diorang~

Relationship Tania dan Hairi masih di takuk lama, takde konflik, takde postif, tak ke mane. Hairi takde perubahan, sebijik macam CM1. Prof Klon pon. Senang kate, setiap watak cumer ade characteristic mendatar. Contohnye: Hairi - Baik hati dan loser... from the beginning to the end.

Yang tak boleh blah adalah presiden Metrofulus (Jalaludin Hassan); cepat giler mengalah! Mungkin (diulangi, MUNGKIN) ade elemen politik yang aku tak dapat tangkap, tapi ianya merupakan penghinaan (bukan sindiran) kepada semua pemimpin dalam dunia ini, termasuklah ketua kelas mahupun ketua keluarga. En Meor Shariman...

Lawak dah kurang tapi banyak plak part serius. Aksinye plak takderla bertambah banyak sangat pon dari CM1. Dalam 'Making Of...' kate aksi lebih banyak, kuciwa aku! Baik kekalkan je elemen komedi dulu. Lagipon, itulah kekuatan Cicak-Man, tak macam superhero lain sebab Cicak-Man memang macam tu - klakar.

Kate Norman skrip dah dinilai pengkritik filem. Hmmm...


...

Huh...

Aku ade banyak lagi yang nak dibebelkan kat sini. Paling banyak adalah berkenaan logik. Tapi, kang makin panjang lak.

Takpe, aku alih kepada kepositifan muvi nih.

Tamara Bleszynski beraksi bagus banget!

Aksi-aksi dalam filem ni, walaupon ade part-part tu nampak spastik, tapi masih hebat. Dengan syarat, penonton kena tambahkanla sendiri imaginasi dalam minda bile some part yang tak berape nak jadik. But ape pon, aku puas gak tengok. In fact, sesetengahnye sangat meyakinkan dan layanzzz~

Aku sallute gak la CGI diorg. Nice. Tak boleh nak compare internationally kan? So I think its nice~ Part Rrama lompat kuar umah agam starting-starting tuh nampak real lah! Tahniah untuk Yusry KRU sebab berani pergi jauh~

Iman (Sharifah Amani) karakter yang kiut. Kalo takde Iman aku rase filem ni mesti bosan. Kak Pah berlakon dan mainkan skrip dengan baik sekali bagai percakapan dalam dunia real. Part die kate "Jom tengok!" padahal die buter memang comel, hehe. Miss Chee (Louisa Chong) pon nice gak. Walaupon ade sedikit cam over dan terase cam ade elemen-elemen drama TV nasional, tapi die funny dengan cara yang tersendiri. Dua karakter ni mesti ade dalam next sequel! Please!!! Oh ya, Rram apon kene kembali (Mungkinkah mati itu sekadar lakonan?), sebab kite massih belum puas dengan die dan ank tau her background story~

Kak Pah ngan ngan Kak Cha

Cameo-cameo yang menambah perencah seperti Azwan Ali ngan Dee are gedikly delightful. Aziz M Osman nampak lain daripada karakter-karakter die sebelum ni. Pencuri, cikgu sekolah, etc... Nice~! Nadia Mustafar sangat gedik dan funny tetambah bile die soh Mak Jah amek air Apek. Ngader giler, haha!

Dan Apek masih berjaya bawak watak utama dengan kelakar dan menarik. The character is still able to bring me some honest laugh~

...

Kesimpulan - Aku rase filem ni cepat sangat dibuat, tak diplan dan dikemaskan dengan sebaik mungkin especially kat skrip. Menonton filem ini memerlukan anda masuk dengan hati yang tidak mengharapkan sesuatu yang lebih hebat daripada CM1. Namun begitu, filem ni masih enjoyable dan bagi aku, ada value untuk menonton second time. Walaupon aku banyak kritik kat atas (dan masih gatal tangan nak tambah banyak lagi kritikan), aku pulang dengan rasa 70% puas dan berbaloi pelaburan 8 ringgit aku. Lagipon ini Cicak-Man, superhero Malaysia! Supportlah filem kita!!!

Till then,
Ciao~!

-NymQ-

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Ps - On different note,

Sempat jugek bershopping seketika. Best betul sampai habes 3 jam kat bahagian beg tangan die je! Tapi amek yang murah je... Dan yang paling penting ade diskaun, haha~! Gloria menculik beg Giamax manakala aku yang tak mampu nih beli wallet BG je... Huhu...

Ape-ape pon memang best bershopping hari ni! Balik dengan senyuman dan nyanyian lagu Kubahagia sepanjang setengah jam nak sampai umah~ =)

Kengkonon mengusha beg makcik-makcik~

Seyes ini bukan gambar beli kasut! Rehat je nih! Seyes!

8 comments:

Unknown said...

Kalau ada rezeki mungkin boleh masuk dalam jadual aktiviti aku selepas ni. (Tengok CM2 kat wayang).

Anonymous said...

huh, cicakman sucko to da maxor!! like stupid i waste my money on that stupid-freakin-idiot-bastard movie. which is really wass..

oh God, let me pass all the subject this sem, and get high cgpa.
amin ya rabb..

*praying

incik neng said...

haha aku tidak pernah mem'fak'kan filem buatan tempatan ..pasal tuh kalau seplastik mane pon hasilnye aku akan menontonnye .Pasal ade 2 sebab .perkara satu ...kalau korang duduk luar negara nnati baru la korang tau sangap wooo nak tgk citer melayu
perkara 2 - nak komen kang kecik ati pengarah pulak .lagipon kalau suruh aku buat filem kang .musti filem tuh jadik cam pertandingan mari berlakon peringkat sekolah tabika wahaha

pss.. nyamuk gile besar kau skang doooo

Kenangan Lalu said...

Zali, dats da spirit! Chaiyok2~!

Jess, me pon xto nak kate ape... I thinmk da first one is better than the second... Huhu~ Ape2 pon skrip die yang buat cer die jadik gitu...

Haha~! Aku paham, Ning... Tu la yang aku rase kengkadang dah duduk kat Mesia nih... Selalu rindu nak tengok cer kampung halaman aku, US...

Ps - Besar tu murah rezeki~ =P

Nad Eusoff said...

tp sy soka cicakman 2..
so much better than the previous one..
tp pasal kostume tuh sy stuju..
but the story line is much improved, n the cast selection is great.
just tak berapa soka si Tania

Charles T said...

that's y its Malaysian-made movie :) hehe

Kenangan Lalu said...

Aah la Nad. Tania agak mengecewakan tetambah time final battle... Macam kureng jer...

What do you mean, Sir Chuck Bass?

Jannah Mia Zinnirah said...

dulu ada ura- ura nk wat penggambaran cicak-man kat UTP tapi biasalah pihak managament jual mahal...haha..