Thursday, November 6, 2008

Razak dan Izzani Part 3

"Mak! Apeni mak? Ani taknak kawen lagi~!"

"Sudah! Ko denga cakap mak. Minggu depan ko balik! Aku nak tunangkan ko dengan si dia!"

"Mak~!!!"

Panggilan telefon tamat. Izzani pasrah, dia sudah menyerah kalah...

*-*-*-*

Ainul Mardiah kaget, Jenny terkedu, Nooridayah termenung sugul, Lady D pula menggosok-gosok belakang Izzani yang menangis teresak-esak dalam pangkuannya. Izzani bersyukur, dalam keadaan getir begini, masih ada yang sayang akan dirinya. Namun orang yang disayanginya betul-betul entah sedar entah tidak perasaan yang terbuku di dalam hatinya.

Kalau Razak bisa mendengar keluhan dirinya yang resah menerima perkhabaran mengejut daripada bonda, bisakah Razak melakukan sesuatu yang drastik?

Tiba-tiba pintu bilik Izzani ditolak kuat. MAzni berdiri terpacak ala-ala Akshen Kamen mencekak pinggan. "Ko jangan riso, Bam-Bam! Aku ade care nak selesaikan masalah ni!"

"Alhamdulillah~ Ape carenye, Mazni?" tanya Nooridayah.

"Aku dah sms Razak. nanti ko tengoklah ape die nak buat~!" balas Mazni sambil gelak ala-ala watak antagonis (die maseh watak protagonis).

Ainul Mardiah berdiri bertepuk tangan "Wah! Bagus cadangan ko tu, Mazni. Dulu time aku keje kat Frost and Sulli..."

"Dah, dah. Takde mase nak denga citer intern ko. Takpe, Bam-Bam. Ko siap-siaplah dulu. Balik. Dengar cakap mak ayah. Nanti mesti Razak akan datang selamatkan ko~" potong Mazni seperti razor blade. Ainul kembali duduk, mengomel entah apa-apa sambil mengutil-ngutil kuku.

Rakan-rakan Izzani menolong Izzani mengemas barang. Malam esok Izzani akan pulang untuk bertemu bakal tunangnya. Dia mengemas dalam hati yang berat, seberat barang-barang yang bakal dibawa pulangnya.

*-*-*-*

Dengan bantuan Nina si akak pemandu, Izzani akan dihantar ke Medan Gopeng untuk pulang bersendirian. Dalam sendirian itulah hatinya nanti akan bergolak kencang. Dia pasti akan teringat akan Razak.

Huh. Razak. Tidak boleh diharap.

Hati Izzani tersentak. Razak bagaikan tidak faham hint-hint yang dilontarkannya selama ini. Dungukah Razak, sukar untuk membaca ayat di sebalik lafaz yang dituturkan?

Ah! Persetankan Razak! Sms telah dihantar Mazni, kalau dia sukakn aku dia pasti sudah bertindak. Ini tidak, dia masih diam.

"Nah. Ko simpanlah makanan ni sikit. Mungkin nanti ko lapar dalam bas, makanlah~" kate Lady D kepada Izzani tatkala Izzani melangkah keluar daripada biliknya. Nooridayah membantu Lady D memasukkan tiga ketul dadih hasil bisnes bersama dia dan Lady D ke dalam beg galas Izzani.

Dan selepas berpelukan kesemua sahabat-sahabat tersebut di hadapan hostel, Izzani melambai-lambaikan tangan kepada rakan-rakannya.

Dalam kereta, Izzani membuka beg, memegang sepucuk sampul surat terkandung gambar bakal tunangnya yang dikirimkan oleh bonda. Hatinya berdegup kencang. Sampul ini tidak pernah dibuka kerana dia takut untuk melihat siapakah orangnya.

Perlahan-lahan, dia memberanikan diri.

Sampul dibuka, gambar dikeluarkan.

Izzani terkejut. Terkejut beruk. Lebih terkejut daripada beruk yang terkejut. Bergegar kereta Nina dibuatnya.

"Apokono koie, Jang?!" jerit Nina.

"Mr Azhar, Nina! Mr Azhar! Die yang nak bertunang dengan aku~!!!"


Adakah Izzani suka? Adakah Razak mendapat sms Mazni? Adakah pertunangan akan dijalankan? Ikuti sambungan seterusnya dalam Razak dan Izzani part 4!!!

3 comments:

Achan Sinclair said...

Ehhe..Im the first...aww~ terharu (feel bajet mcm 1st pengomen dlm chedet.com)

Post kali ni penuh konflik..drama..dan kisah sedih..gua nak jd pengarah musik r..

OST utk kisah kali ni..gua pilih lagu.. sweet charity - jangan tunggu lama-lama..

jangna tunggu lama-lama..nanti diambil orang..

sekian..wassalam

ceria seindah suria said...

ni cite btol ke?

Kenangan Lalu said...

Haha... Tu la achan. Part permasalahan dah timbul...

Alicia, erm... separa... Basicly, die ditambah sedikit garam, lada dan serbuk paprika.