Thursday, November 6, 2008

Akukah terer daripada ko?

Pelumba-pelumba bergambar passport dengan kelab peminat
2 Fast 2 Furious

Tronoh, Perak - Untunglah Puteri Amidala, besdeinye diraikan dengan gilang gemilang, gilang-gemilang sampai mencecah RM300! Wow~!

Kejadian berlaku apabila dua watak utama, kengkonon Devon Aoki ngan Paul Walker dalam citer 2 Fast 2 Furious buat-buat test akukahtererdaripadako di sepanjang jalan pulang ke UTP. Hatta ubun-ubun melayang sekalipon penumpang-penumpang kelihatan tenang setenang air di kali.

Kupotong ko, ko potongku, avitiviti berkejaran antara dua bijik kereta berlarutan sehingga nak sampai sedikit saje lagi di pintu masuk UTP apabila En Starsky & Hutch mengangkat tangan sambil menjerit "Stop in the name of the law~!"

Antara angan dan sedar, pejam celik- pejam celik penumpang-penumpang di dalam kenderaan, En Polis mengeluarkan sehelai kertas cantek tapi tak cukup cantek untuk dibuat perhiasan bernilai RM150 bagi setiap pemandu. Kedua-duanya menerima dengan ucapan "Alhamdulillah~" sebelom masuk ke dalam perkarangan pondok pakgad UTP.

Ya, betul kata-kata kamu. Angan-angan itu memang indah~

Berita-kurang-sahih daripada En Kerinching mengatakan salah seorang pemandu mengalirkan air mata berlinangan di depan En Polis, namu berita ini disangkal oleh empunya badan dalam temuramah ketika sesi promosi filem tersebut.

Sebagai penutup berita disampaikan serangkap pantun (Dalam gaya tangan Karam Singh Walia):-

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
Be'racing-racing' dahulu, bayar saman kemudian~

Sekian. Sari berita lewat seminggu~

-SabariahSalamiahHassan-

*-*-*-*-*

Ps- Takpe, ini suatu pengalaman. Di sebalik hujan, ada sinar mentarinya~ Bersabarlah kalian~

1 comment:

charlz said...

waarrghh!! Intellectual Property breach!! XP wahahaha.. dah la aku ni peminat devon aoki! >.<

I hereby knight you to the UTP Folklore,
Arise, GossipMosquito Nyamox!