Wednesday, September 24, 2008

Mai bukak posa weih~!!!

PUASNYER MAKAN!!! HUARGH HA HA~!!!

Puas, seronok, gembira... Kata-kata ini tidak dapat menggambarkan perasaan sebenar penulis semasa menghadiri sesi berbuka puasa agung pelajar-pelajar lelaki ICT?BIS sesi Januari 2005.

Majlis yang diadakan secara sederhanan ini dianjurkan oleh tok ketua kampung, saudara Kong di bawah bimbingan En Smak sebagai supervisor dan bantuan saudara Kay selaku penolong kanan. Ianya berlansung di restoran Kelasik iaitu restoran Tropika lama.

Rombongan tiba dengan selamat sejahtera di tapak majlis pada pukul 6.30 petang dengan menaiki dua buah kereta dan beberapa buah motosikal milik persendirian. Setelah segala hidangan sampai ke meja makan dan azan Maghrib berkumandang, majlis pun bermula.

Muker keriangan ahli-ahli rombongan nak muler makan

Cuber cari sape yang tak pose? Ala~Yang tak angkat tangan tue...hehe...

Seperti biasa menu utama semestinya ikan tiga rasa dan ikan masak halia. Tomyam ditempah sebanyak tiga jenis iaitu campur, ayam dan daging. Menu sampingan merupakan telur dadar kurang minyak dan sayur kailan dan kangkung masak belacan. Last but not least, minuman rasmi masyarakat Malaysia menjadi pilihan untuk menghilangkan dahaga menjadi pilihan utama iaitu air sirap.


Memang memuaskan makan di sini, sedap-sedap belaka masakannya. Tom yam Kelasik adalah terbaik untuk restoran-restoran sekeliling Tronoh. Ikan yang disajikan amat segar, penulis dengan yakin berkata bahawa isi ikan sungguh manis dan pejal. Ditambah dengan rangup goreng dan sos masam-masam manis, sajian ini mendapat pujian daripada kesemua ahli-ahli rombongan.

Tetapi menu pilihan penulis adalah sayur masak kailan.Bagi penulis untuk kesekian kalinya sayur kailan di restoran ini dimasak dengan baik sekali kerana rasa masam, masin ikan masinnya ter'blended' dengan sempurna walaupun sayur masih kelihatan hijau segar-bugar. Ianya tidak berasa pahit dan memberikan aroma yang menyenangkan dan membangkit selera makan. Betul-betul sedap hingga menjilat jari! Tidak seperti kebiasaan yang dimasak di kedai-kedai lain yang menjadikan sayur agak pahit apabila dimasak sebegini rupa.

Dan atas sebab itu jugalah, buat pertama kalinya ahli kehormat jawatan kuasa makanan pelajar ICTBIS Januari 2005 iaitu En Medtech memberikan gred empat daripada lima bintang untuk restoran ini.

Hepi Medtech yang tak terbendung~ Ala, comey nyer~

Majlis berakhir pada pukul 8.00 dengan satu sesi bergambar sebagai tanda kenang-kenangan ahli-ahli rombongan buat masa hadapan. Kelihatan wajah-wajah ahli sungguh puas dan terhibur. Ucapan tahniah diberikan untuk Restoran Kelasik kerana menjadikan majlis berbuka puasa ini sangat berbaloi dan penuh dengan kepuasan. Tahniah Kelasik~!



Sebagai mengakhiri coretan laporan Majlis Berbuka Puasa Agung Pelajar Lelaki ICT/BISJan'05, di sini diselitkan beberapa keping gambar candid yang berlaku sepanjang majlis berlansung.

"Sekali pakcik ketis~!..." Jalal dalam keadaan 'high' termakan belacan kangkung berlebihan...

Peserta acara membersihkan mangkuk-mangkuk tomyam~

Eja betul-betul, murid-murid...
G.E.L.O.J.O.H~!

Sajian hampir cuci-calat!
"Teraser macam pakai BOTOX makan tom yam Kelasik nih~!!!" -En NymQ-

Ini bukan aktiviti menjual body blakang Lorong Haji Taib, tetapi aktiviti mengollect duwet nak bayo Kelasik~

"Ke tepilah~!" Jalal dalam aktiviti memberikan kesedaran sivik kepada Medtech yang telah mengembang lagi 4 inci~

Gambar bahan bukti sebelum mangsa, Abdul Karim dibawa ke Hospital Pantai Putri untuk rawatan buter mater belah kanan



-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Kesimpulan - Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis ini secara lansung mahupun tidak lansung. Diharapkan agar pada masa hadapan, acara-acara seperti ini mampu dilakukan dengan lebih meriah dan dapat membawa bersama-sama ahli-ahli wanita ICTBISJan'o5~! Before abes sem, jom buat gath best2 sepam weih~!!!

With that, salam sayang~
-Izzuan Affendi-

3 comments:

::The TypeWriter:: said...

sy penyimpan mohor besa raje2 tanpe
segan silu mengisytiharkn,ank bulan masih tidak kelihatan akibat jerebu.
sehiggekn teleskop Hubble pon tk nmpak ank bulan..aiseh!

epulupe said...

ak xkire!!!
ak blk...ko bwk g kelasik yer!!!

hahaha...

awat si toyon gmbire gile???

sape tekan punat bahagia die???

Kenangan Lalu said...

Kay - ...
Epul - Bullehhh~~~ Pastikan bawak sekali pulang rendang koala dan soto kangaroo, eden dah kempunan lamo laie dah neih~

Ps - Punat kegembiraan Toyon tertekan gara-gara gas mampatan hasel makanan berbuka. Sebab tuh muke bahagia sangat-sangat tuh~