Thursday, August 28, 2008

Razak dan Izzani pt 2

Mentari bersinar ceria, hadir sang suria membawa bahagia. Bibit-bibit cahaya petang yang menyapa mesra di sebalik celahan daun-daun rimbunan pepohon blok V5K mewujudkan suatu kedamaian yang indah buat Izzani. Mungkin hari ini menjanjikan kebahagiaan buat dirinya.

PIN! PIN!

Kereta Kerani Kasih JJT tiba di perkarangan desa bahagian wanita. Izzani meneropong melalui celah-celah tingkap biliknya. Sah, teruna idaman hati turut sama serta dalam rombongan ke Bangunan ESU. Hati Izzani berbunga mekar semekar mentari di luar. Belum pun result intern diambil, sudah atang satu berita gembira buat dirinya, apakah ini petanda hari ini nasibnya indah-indah belaka?

Dicapainya tudung kuning pucat, pantas Izzani meluru turun ke perkarangan kereta tersebut diparking. Di sana sudah terpacak si Mazni penjual karipap paling berjaya batch Januari 2005, Jenny si wanita kecil2 cili padi dan di dalam kereta pula adanya teman lelaki Jenny, Big Ben dan NymQ si pemberita tegar. Tapi mereka bukanlah penambah ceria hati Izzani, bukan. Yang memekarkan kuntuman kebahagiaan, penyiul kegembiraan, pengarang hati Izzani bukan mereka berdua, tetapi jejaka yang telah menyapanya suatu ketika dahulu. Jejaka itu tidak lain dan tidak bukan semestinya Ahmad Razak bin Ibrani. "The one and only, my sweet Razak" bisik hati Izzani.

"Hey you~ " lafaz Razak dengan lirikan matanya di sebalik cermin tingkap. Izzani membalas manja dengan menggigit2 hujung tudung. Mazni dan Jenny yang dari tadi telah menyedari kemiangan yang sedang berlansung bak anak rebung, menambahkan satu dua tail kenikmatan alam remaja buat si teruna dan dara, ala2 cuba menjadi Cupid segera.

"Ko masuklah dulu, Izzani, " kate Mazni dalam senyuman trademarknye dan disokong Jenny dengan anggukan laju-laju. Tanpa sepatah kata, Izzani melompat masuk sepantas kilat duduk dekat2 dengan Rzak. Razak blush2 kemerah-merahan.

Setelah selesai segala bala tentera yang ada masuk duduk dengan selamat di dalam Kerani Kasih JJT, Big Ben memulakan perjalanan. Bayangkan, di bahagian tempat duduk belakang repu dengan empat sosok-sosok toboh (bacer ala2 The Seekers) yang separa slim. Namun begitu, Razak dan Izzani tidak kisah kerana hal ini adalah peluang keemasan yang tidak dapat dilepaskan oleh kedua-dua empunya badan. Sepanjang perjalanan, tidak lekang dek senyuman dari wajah mereka berdua. Manakan tidak, uda dan dara berkongsi satu tempat duduk!

Atas alasan itu juga, sempatlah saudara berhati mulia semulia bidadari syurga, NymQ, menyenap dua tiga gambar kegirangan bibit-bibit kemesraan antara Razak dan Izzani.



Berkongsi satu seat you~! How romantic!!!


Bergeraklah Kenari Kasih JJT merentas jalan belakang UTP melalui hutan hijau yang penuh dengan flora dan fauna indah seindah hati Razak dan Izzani.

En Kachak, pemandu kereta rombongan


Mazni - "Ishk, bilerla ade pakwe nak tekel aku pulak, Jenny?" Jenny - "Ko saba2 la Mazni. Janganla dok melengung kat tingkap camtu, nanti jatuh karang! Haha"


Sesampainya mereka di bangunan ESU, turunlah umat-umat daripada kenderaan pacuan empat roda itu seakan-akan angkatan anak-beranak Big Ben dan Jenny ketika menghadiri majlis kenduri kahwin. Menggigil-gigil tangan masing-masing ketika melangkah masuk ke dalam pejabat ACS. Dari jauh kelihatan En Charlie dan gengnya berlari-lari kegirangan melompat-lompat berguling-guling ala2 filem Hindustan selepas mendapat rezut intern mereka. Begitu juga dengan Kak Pah dn rakan-rakannya yang tersenyum lebar penuh kepuasan.

"Chuaknye aku~! " jerit Mazni, menyebabkan akak kaunter terkejut beruk tatkala menyerahkan slip-slip keptusan kepada mereka.

Slip keputusan diambil, dikoyak. Sah terbukti result intern Izzani cemerlang. Bagitu juga dengan Razak dan lain-lain. "Alhamdulillah~ " kata Big Ben, mewakili rakan-rakannya yang lain, dipanjatkan rasa penuh kepuasan kepada Ilahi.

Razak, seperti warga UTP yang lain-lain yang selesai mengambil keputusan, turut bersyukur kepada-Nya. namun, hatinya masih belum cukup tenteram. Dia masih belum cukup puas. Ada sesuatu yang masih terbuku di dalam hati.

Ya, Razak! Kamu masih belum mengucapkan tahniah kepada Izzani. Itulah yang perlu kamu lakukan untuk menutup malumu di dalam kelas kuliah dahulu!

Lakukannya Razak! Lakukan!

Dalam diam-diam ketika menghampiri kereta, Razak mendekati Izzani. Dia berlagak slumber seperti tiada apa-apa yang berlaku. Perlahan-lahan dia menyusun ayat.

"Macam mane result intern? " tanya razak, buat-buat tidak tahu.

"Em, alhmadulillah. 4 flat. Hehe~ " senyum Izzani.

"Tahniah, " Razak respon. Dia kebuntuan idea idea. namun kali ini hatinya tenang. Dia sudah tidak gagap-gagap atau tersalah ayat lagi. Hatinya puas, sepuas senyuman yang terpancar di wajah gadis jelita igauan hatinya itu.

Mereka terseyum manja antara satu sama lain, tidak terkelip mahupun sekali mata masing-masing. Lama benar mereka begitu sebelum...

NymQ muncul kembali menyenap candid gambar uda dan dara dalam kegatalan melampau. Kantoi!

E'e'eh?! Kamera?!


Izzani - "Bang Razak, kaverla I~!" Razak - "Nak malu apenye yang? Takkan ngan I pon nak malu2?"


Kenari Kasih pulang ke village 5. Hari ini menjadi sejarah buat Razak, dia berjaya bercakap lancar dengan Izzani. Sebelum tidur, Izzani menamatkan diarinye dengan...

"Love Story - To be continued... ;-) "

12 comments:

Anonymous said...

idop incik Razak!!..hehe
sorag cover hencem sorag kaver ayu..
yg paparazi bajet hot..suke2 ati je kacau priverc org..
kasi r can bro..

::dato K::

Anonymous said...

nntikn kisah cinte yg agong ini di Istana Budaya, raye taun depan..

p/s: borang prmohonan untok meggunekn istane budaye masih dlm proces pengesahan due to birokrasi isu.dato bandar kuala lumpur msih sangsi dgn mission statement brkaitan prsembahan ini.arap maklum

::dato K's grandchild::

ainsuffian said...

nymQ~

nnt kalau dh byk2 sgt episod ni..ko kuarkanlah novel dia satu..

ni termasok kategori cinta komedi nih.. ^___^

pastu..leh ko promote lak kt tv3 ke..wat drama bersiri ke..

idea pementasan kt istana budaya tu cm menarik gak..tp..nnt audience dia kureng rr..

if masuk tv..satu malaya tgk..kuang3~~

p/s:klau FYP kite leh wat ala2 cerpen nymQ..ok gak..sempoi~~ haha =D

Kenangan Lalu said...

Kome bertige nak buat ceghite realiti nih, dah dapat permisyen Izzani ngan Razak dulu? Saye dioghang dah luluskan dah jadik dighekter...(Bacer ala2 makcik daerah Bota) Hehe...

Anonymous said...

aku bg pihak izzani stuju aje..

wakaka...

p/s:tompang glemer rumet..hehehe.. =P

Achan Sinclair said...

Macho2..siyes macho Ridz..razak..gua salute..

Kisah cinta berlainan adat ni memang menarik..mungkin kita bule try approach Tronoh Theater Shop untuk mementaskan kisah ini..

Aku tak percaya wajah Razak jadi merah.. aku rase wajah die jadi maroon bukan merah.. hish razak..yg hitam manis itu menawan..namun aku tak tertawan dengan godaan razak..

tahniah to all di atas kehebatan resap2 intern korg~

Anonymous said...

hahaha..layan je~

Anonymous said...

This message is system generated.

Anonymous said...

Di JomKahwin.com, kami prihatin dengan keperluan semasa dan menyediakan segala-galanya yang anda perlukan untuk menjadikan majlis perkahwinan anda satu kenyataan.Pada incik Razak and izzani,all da best guys!

http://www.jomkahwin.com/

Unknown said...

ko t'tgl satu part pnting la..
mazni & jenny sroh razak dok kt bonet keta mse mule2..
tp di bantah keras oleh izzani kerana rasa kasih & syg nye t'hdp razak..
xsgup tgk razak dok mrengkok di bonet kerani jjt itu..
kendatipon nme mnje razak seakan2 bunyi 'bonet' itu..
die nk gak dok b'sempitan..
ahernye tcapai la impian dok satu seat..
hahaha~! v(^_^)v

hazwana said...

Haha..
baru ku tau sape si Izzani neh.

Kenangan Lalu said...

Ain, okies! Nmpknye empunya badan dah greenlite!

Achan,itam itu emas... Gudluck to ur internrezut too...

En Shah Rukh, arigato~

Dato'K, link tu leh cari kat sidebar blog ye?

Skuty! Kamu sungguh betol!!! Alah, miss da great plotline, adessss~

Asfa, e'ehem...nape? Adekah Asfa juger meminati Abg Razak? (@_@)Hehe...