Saturday, August 16, 2008

Keayuan dadih~

Lokasi - Kamar tidur
Masa - Siang, Sabtu
Muzik latar - Iman Mutiara oleh Raihan

Simple but nice~


Dalam tengah sebok2 aku dan Thorik menyiapkan prelim (dan menulis blog, dan melihat muvi, dan melukis, dan membaca Utopia), pintu bilik v5c-135 diketuk sebanyak tiga kali dengan frekuensi dan tone yang sekata dan saksama.

"Ishk, sapela yang mengganggu konsentrasi aku blajar nih?"


Aku bergegas bangun membuka pintu.

Farouq - "NymQ, tolong aku. Ani memang seorang gadis kejam!"

Rumet kesayanganku yang rumit, Thorik meng-grip penumbuk *klak*klak* sebab pantang kalau die mendengar orang bercakap jahat pasal Ani. Namun aku melempang manja muker Thorik untuk menenangkan hatinya yang over-anxious. "Diam~! Behave~"

"Cenggini," kate Farouq. "Aku taktau macam mane die boleh buat kat aku macam tu. Memuler aku nampak die datang kat aku bawak tiga ketul dadih, sedar2 je Ani dah ilang dari depan mater aku, aku dah pegang dadih2 tu dalam tangan dengan jam tangan aku dah hilang 3 minit dan duit aku hilang RM3.60..."

Farouq yang kebingungan


Penghuni bilik ini tidak mengendahkan persoalan silap mata yang dilakukan Ani kerana ianya simtom2 biasa yang berlaku ke atas lelaki2 di hadapan mana2 gadis. Persoalan yang lebih menarik menunggu Farouq.

"Ape?! Ani jual dadih kat ko?!" jerit Thorik, jelas kecemburuan terpancar daripada matanya dan warna khas yang aku letak untuk dialognya.

"Ani jual dadih kat ko?!" jerit aku, mengangkat kening sebelah a la Siti Rodziana binti Zain aka Ziana Zain.

"Ani jual dadih kat ko?!" jerit Dato' S yang tiba2 muncul memanjat masuk melalui daun tingkap ke dalam bilik. Cepat2 aku capai selipar di tangannya dan melempar sekuat2 hati keluar pintu tanda protes "No footwears allowed inside the room".

"Wah, boleh try dadih tue, aku dengar name die dadih cocktail," cadang Dato' S dengan wajah seperti dia telah lama join conversation kami. Sebagai kawan yang supportive, aku ambil tabung LadyBird aku dan membuka penutup bawah, mengeluarkan syiling 20 sen sebanyak 18 keping seraya mengeluarkan lafaz "Saya beli tiga dadih ini, tunai," dengan penuh yakin dan disahut lancar oleh Farouq "Saya jual tiga dadih ini, tunai."

Farouq pulang ke biliknya dengan sedikit puas kerana mendapat balik pulangan wang namun dalam bentuk yang tidak dia harapkan. Tiga bekas, tiga perasa - Plain, coklat dan kiwi. Dato' S amek coklat, Thorik kiwi dan aku dadih biasa.

Penutup dibuka, dadih diceduk, mulut disumbat.

"Masyaallah~"

"Subhanallah~"

"Allahuakhbar~!!!"

Air mataku berlinangan. Setiap sudu yang masuk ke mulut aku, penuh dengan rasa terharu. Tidak syak lagi, dadih2 ini dibuat dengan bacaan kalimah meminta restu daripada-Nya dengan penuh ikhlas dan dibuat dengan penuh tertib dan adab sopan. Terbayang Cik Ani dan rakan2nya yang lain dengan wajah yang gigih terhegeh-hegeh membuat dadih ini di ruang dapur rumah mereka.

Menikmati dadih sehingga titisan terakhir!!!


Mungkin kerana semangat cooperation, mungkin juga disebabkan keseronokan melakukan aktiviti memasak with BFF-BFFs, ataupun juga kerana keriangan dirasa bersama ketika aktiviti berlansung, dadih ini, dadih cocktail, dibuat dengan penuh kasih sayang~! Ya, tidak syak lagi, dadih ini memang dibuat dengan penuh kasih sayang macam episode Spongebob yang bertanding membuat burger terbaik Bikini Bottom.

Thorik segagah mungkin cuber menjilat sudu dan bekas dadih tu untuk tidak membazirkan walau sekelumit pun esen2 RM1.20. Dato' S tersenyum puas sambil mengunyah saki-baki nenas dan nata-de-coco dalam dadih coklatnya. Aku mengusap air mata~

Kesimpulannya, hari ini kami berasa sangat gembira, bagaikan seluruh minggu yang bakal mendatang penoh dengan keindahan di hari muka~

Dadih kiwi


Ps - Hehe, sajer nak promote dadih kawan... Seperti biasa, babak2 ditambah sedikit Aji-No-Moto. Nama2 terpaksa ditukar atas alasan mereka kaget berhadapan dengan media.

Sape nak beli dadih cocktail?

6 comments:

Achan Sinclair said...

Aku kaget!!! korang tak jmput gua pun..hahaha

ceria seindah suria said...

bestnye dadih..i'm lovin it

Nisa Tarmizi said...

nymq!! jgn sia2 kan harapan instructor kamu iaitu sedare kay yg susah payah menyupport kamu setiap 6.30 ptg... sesudu dadih ibarat 3 kotak full cream milk (hiperbola sket)...

naga said...

kah kah kah..as usual, ke-exaggerate-an nymq yg satu ini mmg amat difahami..aku nk beli, tp mcm mane nk bg aku?? hua3

Anonymous said...

nymQ..mkn tu berpada-pada yer. hehe. pastu jgn lupe ajak saye~

Kenangan Lalu said...

Achan, nnt convo aku pesan kat 'cik ani'

ALicia, me love dadih too~!

Nisa' - Saye mencuba mengounter-attack lemak2 tue balik, yeah!

Naga - Tenkiu2~

Filz - Nnt me dpt, me bg satu kat filz... dgn syarat dtg convo! Hehe...