Saturday, August 23, 2008

Convofair hari first~

Rentak lagu "Apo Kono Eh Jang" yang dinyanyikan sensasi oleh perut En Arip semakin rancak berkumandang. Tanpa sedikit pun perasaan segan silu dia menjemput rakan2 rumah v5c-13 untuk ketapak Convofair. Bagaikan ada kuasa telekinesis, dalam masa kurang 5 saat, seorang manusia tambahan blok B menjengah di depan pintu bilik Arip.

"Square yok? Makan?" kate Bobby Brown, manusia tambahan terbabit.

"Baiklah, Bob. Pali, siap~!" kate Arip, menjawab pertanyaan Bob sambil mengajak rumet kesayangannya altogehter at one time.

Berangkatlah skuad kelaparan yang dianggotai Arip, Bobby, NymQ, Toyon, Pali dan Faris. Perjalanan yang lancar selamat sampai ke kedai char koey teow dalam pukol 8.30pm dan mendapat meja selesa untuk enam orang.

Oit~! Kontrol2, abang tu tangkap gambo~!


Enak, memang koetiao daripada Utara. Kerang hatta udang, aromanya dan rasa ala2 smoky memang menjadi tarikan dan trademark utama masakan yang berasal daripada masyarakat kaum Cina ini. Kuah pekat likat kehitaman, serabut2 telur, memang suatu nikmat yang amat mengasyikkan. Kami menjamu selera dengan happy sekali sebab ianya memang suatu pengalaman yang amat berbaloi untuk makan di situ. Jadi untuk para pengunjung, dipersilakan ke gerai ini atau sekiranya tak sempat boleh melawat mereka di Cafe Village 5 pada masa2 biasa.

Ditambah2 dengan akak yang agak sporting berperangai ala2 Bonnet, terase macam nak bawak balik seorang pekedai kat umah buat amah di dapur, boleh masak koetiao kerang hari2. Namun, seperti yang dijangkakan usaha kami gagal sepantas kilat sebab skil2 mengurat yang NymQ tuntut dari En Achan masih belum cukup kuat untuk dipraktikkan.



Bila perut dah SEPARA kenyang (well~), kami pon bersiar2 untuk ke lokasi2 menarik seterusnya. Nyata harapan kami untuk mendapat experience indah pada malam ini agak meleset kerana masih banyak booth2 yang kelihatan hambar dan kurtang daya tarik.

Justeru, atas alasan CF08 maseh muda, kami memaafkan pengalaman pahit kami malam ini. Sebagai tanda "It's alright, we are fine", kami bergerak ke Khemah Makhlok2 Ajaib untuk memberikan lawatan rasmi sokongan antara benua kepada makhlok2 ajaib yang menghuni khemah terbabit. Macam selalu, bahagian Egypt maseh syaithon seperti biasa so kami tawar hati untuk ke sana, kami singgah ke bahagian abang sedara En Alberto Gonzales aka Bert, En Gill Manjate Phillipe.

Huargh~! Makan budak!!


Bagaikan satu takdir, mungkin atas nilai2 keserasian ataupon chemistry yang wujud antara rerakan ITIS, suatu kumpulan muzikal tiba2 berjaya ditubuhkan dengan cemerlang, gemilang, terbilang.

Kumpulan Muzikal tajaan Persatuan Kaum2 Ibu Daerah Bota


NymQ, Pali dan ARip yang tidak melibatkan diri dalam aktiviti ini bergerak mencari euphoria2 lain yang mungkin ditemui pada malam ini di sekitar square. Untuk menghilangkan penat dan peluh kami dalam pengembaraan kehampaan ini, kami singgah sebentar ke khemah berhawa dingin (NymQ and Arip's favorite spot). Agak lengang dan longlai, hanya satu tempat tumpuan menjadi daya tarikan, Robocon Space. Uish~! Gempak diorang nih, dahla kachak2 belake... So untuk makcik2 ahli kelab Ropolku Clan, anda semua patutlah visit ke tapak ini. Mane tahu, ade orang tu dapat cinta baru?

Ahli2 emas Robocon terpaksa disorok untuk memastikan Mazni Makcik Karipap tidak over-excited


Penat bertolak-tolak cuba memboloskan diri keluar daripada gadis2 miang yang mengelilingi tapak Robocon, kami pon bergerak mencari kawan2 yang telah menjadi mangsa ahli band cina mampus sebentar tadi untuk menyelamatkan mereka daripada terus berarak memalukan diri. Mencari mereka tidaklah sesukar disangka, daripada beat2 dan laungan "Holololo~" yang asing dalam budaya masyarakat Melayu, target2 dikenalpasti sedang berarak mesra di lane ke-2 bahagian Utara menuju ke pentas utama.



Secepat kilat NymQ, Pali dan ARip menyambar Bob, Faris dan Toyon melarikan rakan2 kami pulang selamat ke Village 5 tanpa dikesan Gill.

Sepantas kilat, sesunyi kasut ninja Izhar Firdaus, Gill lansung tidak menyedari kehilangan ahli2 baru band beliau. Rerakan skuad kelaparan selamat tiba di Village 5. Arakian adanya juga, setibanya kami ke Village 5, wanit ayang galak berucap di atas pentas turut menamatkan ucapan beliau yang bosan dan seterusnya merasmikan pembukaan Pesta konvo 2008. Dalam pada masa itulah juga kami berasa agak kekesalan atas hakikat yang kami terlepas melihat percikan bunga api yang ditempah khas dan dikendalikan dengan gigih sekali oleh pekerja-pekerja Cafe Ali ("Air kosong satu", sila bunyi dalam nada sengau).

Huhu, melepas~


Sedikit kecewa kerana tidak sempat melihat percikan bunga api julung2 kalinya di Convofair, namun hidup perlu diteruskan, esok masih ada hari kedua Convofair 2008~! Laporan hari first berakhir sampai di sini~

2 comments:

skuty said...

nmpk nye jejaka2 robocon tidak bjaya mnambat hati mazni..mazni dpcayai tlah mnemui cinta baru nye di booth laen..keke

jahat btol la pkcik moskito ni..abes la pecah rhsie mazni yg ske memenuhi mse lapang dgn m'usha org..haishh

dun wori..mazni msih bjaya behave~

AlexAlabasta said...

Mazni, pakcik rasa begitu berbangga sama kao~(Bacer dalam intonasi 70-an)