Sunday, June 20, 2010

KKPPT Family

Cerita sebabak bermula

"AKU BUNUH KAU! AKU BUNUH KAU! AKU BUNUH KAU DEPAN STAGE~!!!" (Bunyi gema semakin hilang)

Ya ampun, Ezrie~ Eh, silap... Sorry, Mr Brian~

Terus tersentak daripada mimpi, aku toleh ke kiri. Roy masing tidur tertonggeng, mungkin malam tadi sakit dikerjakan Chico. Nasib baik tadi tu sekadar mimpi. Maunye betul-betul ke laut, sah-sah si Ezrie tarik aku turun stage pancung aku situ-situ jugak.

Pas mandi, turun bekfes. Elle, JC (dalam baju tidur die ngan suar poker-theme) dan Aimran yang masih belum gosok gigi (Kecuali gigi sebatang yang tak perlu digosok itu)dok sembang-sembang depan meja makan. lepas bagi salam kat Kak Nora yang menjadik chef performance team, aku genjoin duduk buat muker tak malu sambil mambaham segala apa yang ade di depan mata. Ngap. Ngap. Ngap.

Elle buat mater bulat. Aku bertaubat. Perlahan-lahan aku letak murtabak ke-lapan ke dalam plastik murtabak, usap-usap buang saki-baki dari tangan.

Humang aih~! Apo lahap bonar budok nie makan?!

'EZ~! Naik atas test baju~!!!" Jerit Laili di muka pintu, di belakang dia berdiri Halim memegang jaket tengah berjahit labuci ala-ala design Alexander McQueen. Adeh, pagi-pagi buter dah kener leter. Sambil bebal-bebal aku naik ke atas try kostum termasuklah jaket M Daud Kilau yang separuh siap tu. Di sofa rumah P2 itu duduk Zarith memegang glue gun untuk menyiapkan sayap dan perisai machine-machine, sesekali terdengar dia bercakap sorang-sorang. Pelik! Tapi dah dia suka cakap sorang-sorang, aku biarkan jelah~

Sian bibik, arie2 jahit baju, upah sekadar semangkuk mi megi di tengah malam kebuluran~

Out of the blues, kuar tiga orang (errr) machines dari bilik Faizah ngan Nash (Oh, pasangan suami isteri ni tidak ada di bilik. Faizah mungkin tengah sebok terpekik terlolong di tengah padang manakala Nash mungkin sebok mencari TV untuk bermain X-Box)yang masing-masing aku tengok dah macam Choco-I-Miss-You-Dancing-Miss-you-dancing-with-me-karaoke-girl dari iklan Kit Kat - Zana, Elvina ngan Tina. Haaa, kena la sangat tiga-tiga nama hujung pon dah 'Na'. Safia je takde, sebab die ke netball tournament, bersungguh-sungguh menjadikan team naungan Ms Amy Abrizah (Kesayanganku!) juara tahun ni.

"Memang semattt ah korang tige! Chomel habesss!!!" kata Laili, sambil membetulkan apa yang patut pada badan mereka. Ketiga-tiga kanak-kanak comel itu tersengih puas, tambah-tambah Zana yang jelas menayang braces kuning berkilat menambahkan lagi efek ke'machine'an padanya.

Mesti la puas! Korang hengat senang nak jadik machine?!

Aku ke rumah sebelah, nak mengambil beg peralatan menjahit. Kak Nidar tengah duduk terjelepuk di tepi dinding sambil tangan terkumat-kamit menyiapkan lampu seluar machine, manakala Syaful dan Amirul yang dah tak bermuka manusia sebab tak tidur semalaman mencangkung di atas kerusi masing-masing menonyoh mouse, menekan punat kekunci laptop untuk mengedit montaj persembahan. Sayup-sayup kedengaran dengkuran Cik Nasir yang masih dibuai mimpi di dalam bilik dengan masker kemas menutup muka.

Montaj tak siap lagie, ade hateii nak tido?!

Sekeluarnya aku dari P1, nampak kereta farhan baru sampai. Farhan duduk dekat-dekat Country Height dan dia sebok practice untuk StarSearch, tapi masih komited dengan performance Team. Baguih dok ado budak macam ni!

Entah dari mana, datang Zetty dan Ernie memanjat tangga dengan dua-dua memegang koyok nak tampal belakang badan sebab dua-dua sakit pinggang. Nak je aku angkat dua-dua ke bilik suruh tidur berehat, tak usah digagah ke dance class nanti. Tapi aku bukanlah segagah Blanka bagai dikatakan Syaful, dan tak manis kalau aku mengangkat anak dara orang masuk bilik jadi aku pon hanya mampu memerhati mereka berwajah aduh-sakitnye-pinggang-I berjalan ke atas.

Tapi sebelum diorang leh berehat kene dulu try kostum, ape yang tak kena boleh diimprove arini. Elok lusa dah nak bertanding. Kak Fid lah yang paling sebok, ke hulu ke hilir mencari aksesori-aksesori yang patut.

Sesudah habis semua-semua yang ada buat fitting, maka menjeritlah sekuat Tarzan di hutan suara Maddy, seraya menyeru umat-umat rumah belakang tasik Country Heights. Masa untuk prektis!

Cepat!!! Sape lambat aku humban masuk tasek!!! (Sambil memprektiskan atas JC)

Siap-siap, mana kanak-kanak yang ada disumbat ke mana-mana kereta. Darah muda mengalir laju bersemangat untuk meliuk lentuk menari irama remix techno yang bakal kami persembahkan Jumaat ini. Kita bagi all out, biaq terbeliak bijik mata depa!

Dengan nyanyian melodi indah suara si puteri Ilya mendendangkan "let's Dance Together" sambil disahut yang lain-lain, bergerak semua ke aerobic room~

Untuk menjadi juara, kite perlu sihat dan bertenaga macam saye. jadi minumlah Livita~!

Vrooommm~~~ (Bunyi kereta sayup-sayup hilang)

Cerita sebabak tamat. Di en.

-NymQ-

Ps- Sori kalo tersalah silap mana2. Just a piece of my love to all. great memories remain permanent forever~! Never in my life I thought I would experience such a wonderful and over the top memory.

ARIGATO GOZAIMASU!

Muka2 peneraju ke arah kejayaan Oil Biz Performance Team yang berkekalan~!!! Inshallah~ Aamiiiiiin~

4 comments:

a piece of me said...

KAHKAKAHKAHKAHAKA!!!

MUKE AKU BUROKKKK!!!!!!!!!HAHAHHA

weh aku tak tau ko staroba gakk laahh

AlexAlabasta said...

Orang lawa yang tak reti bersyukur betol~! Ishk3X

Haah, sekali ngan Mamak, Zaril and ramai lagi. Theyre my seniors~

Azalia Suhaimi said...

Hahaha comel and kelakar.

Linking you! :D

AlexAlabasta said...

Oh, wah! Tenkiu2! I'll link you to Lia~