Thursday, April 8, 2010

Dari kacamata nyamuk yang beterbangan dulu-dulu

Langkah aku lajukan. Dah sepuluh minit aku dibelakang waktu. Tak cepat nanti, mesti pintu kelas dikunci.

Sampai-sampai aku di depan kelas, perlahan-lahan tanganku memulas tombol pintu. Babi, orang tua gemuk ni dah kunci! Ah, lantaklah dia nak buat mukakah, nak bisingkah, aku tetap nak masuk kelas. Tanpa sedikit pun berfikir buat kali kedua, aku ketuk pintu kaca tingkat satu blok 17 universiti aku ini. Dang Dang Dang~!!!

Babi tu datang, terkedek-kedek dengan muka macam Cina minum todi. Dia buka, aku masuk selamba. Apa? kau lambat datang kelas, ada aku biar kau terkangkang di luar?

Rakan-rakan yang lain sibuk ketawa. Biasalah, mana ada yang berani 'create scene' dengan lecturer, kan? tapi aku rasa itu bukan scene, tidak dramatik lansung nak jadikan ketuk pintu sebagai drama. Biarlah budak-budak ni nak gelak, mereka pun memang dah dilahirkan dengan tangki ketawa yang bersepah-sepah banyak.

Aku duduk bersebelahan Kay, buka buku nota, picit pensil tekan, mula menulis. Haha, memang dah menjadi adat tak masuk dek kepala otak kalau aku hanya mendengar. Kalau dah otak lubang, masuk telinga kanan mesti keluar telinga kiri. Baik aku menyalin sikit-sikit.

Sesekali tanganku tersasar dari menulis apa yang orang tu atu berleter dengan gambar-gambar kartun yang dah tersirat dalam kepala otak. Argh, lama pula masa nak berlalu!

Aku tengok sekeliling. Izzati terkumit-kumit mengawal ayu, Bonet yang duduk di belakang belah kirinya mengetap bibir. Entah apalah yang ada dalam kepala makhluk dua ekor ni. Aku terfikir nanti-nanti aku nak sambung cerita yang aku reka daripada mereka ni sampai habis. Dari tepi Mazuin sedang sibuk bersembang dengan Jannah pasal tudung Bawal yang dah 'out-of-fashion' sambil jantan Jannah, Bert, dah beradu nyenyak di sebelahnya.

Di sebelah Kay ada Acap, sibuk melayan mata dalam galeri fon lepas berjaya menangkap bahagian indah Nad yang duduk dekat-dekat mereka. Jalal dari jauh cuba nak menyibuk tapi dek ada aku dan kay, dia duduk buat muka tekun sahaja ke depan cuba-cuba untuk tidak terkulai di meja kelas macam Bert. Toyon duduk terkangkang melihat gelagat Jalal, entah ke mana kepalanya merewang.

Mamat ni, selalu kepala merewang. Dan dia selalu duduk terkangkang.

Faris dan Kong, ah~! Memang tekun! macam kanak-kanak M8 yang duduk di barisan paling hadapan menghadap makhluk besar di depan tu. Samalah macam Ayu dan Diyana, walaupun kadang-kadang aku rasa Diyana tu pun nak turut serta jannah dan Mazuin bersembang pasal tudung Bawal. Tak apalah Diyana. Bagus kau berkawan dengan Ayu, banyak hidayah kau dapat. Kau pun seayu Ayu. Memang ayu kalau orang-orang ayu duduk sekali.

"Kalau status GTalk Ain Suffian tak selalu sangat menceritakan kegembiraannya dipuji SV masa internship dulu atau kejayaannya menawan puncak Everest, mungkin dia masuk kategori gadis-gadis ayu juga," kata Kay sambil disokong oleh semua budak-budak lelaki termasuklah Bert yang tiba-tiba berdengkur kuat.

Mungkin sebab terkejut dengan dengkuran Bert, orang tua di depan tu terus tutup 'presentation slide' pelajarannya. Satu kelas menarik nafas lega.

Sedar tak sedar kelas pun habis. sebelum pulang aku minta kertas kehadiran. Acan ada pesan tadi suruh tandakan namanya sekali, nasib baik tandatangannya senang diikut. Dan aku perasan, nama Biha juga sudah ditanda walaupun orangnya tiada di sini. Biasalah tu~

Sebelum balik ke bilik, kami berjalan dulu ke kafe Pak Ali minum tengah hari.

Di kafe aku nampak Nielufaa berjalan dengan Adlina Mat Using. Nas buat muka tak tahu apa-apa, sambil air sirap dihisap laju dengan kaki kanan diangkat ke atas kerusi ala-ala apek kedai makan.

Balik ke blok, semua beransur ke bilik masing-masing. Malam ni kami akan makan besar di batu gajah dekat Kedai Murah.

-Izzuan-

7 comments:

::The TypeWriter:: said...

cam haram lu petik name wa..sbb u,i maafkn :)

AlexAlabasta said...

Mekseyh~

akshen^kamen said...

ntah..da la cm sial.wt fitnah kat aku

AlexAlabasta said...

fitnah pe chap? nak kuakan cerita The Will Of Achap ke? Haha~

::The TypeWriter:: said...

wa cabar lu kuarkn..

BukanMior said...

sape der blog yg berminat nak letak video nyamok menari n bersenam..sila request kat aku ek..time kaseh

AlexAlabasta said...

Ahaha~ Laporan lengkap tu dah kuar dah~

Eh, tuan empunya tenggiling~! Laaaamer idop?!!! (Kepale ala2 mapley Sithik)