Thursday, June 4, 2009

Kisah menyayat hati pada pukul tiga pagi

Aku bukan tak mencuba, tapi aku tak dapat halang the seduction yang dibuat atas aku!

Aku tak menyalahkan kaki aku yang melangkah turun ke tingkat bawah, tapi aku salahkan lampu dapur yang masih terpasang cerah dan jeritan ibu "Iwan, tolong tutup lampu dapoq sat!!!". Sebelum sempat aku menutup lampu, mataku terpandang periuk masakan di atas dapur.

"Eh, masih ada seketul ayam~!" (Terdengar muzik ala-ala lagu gospel)

Aku salahkan ketul ayam itu kerana memanggil aku dengan mesra sekali sambil membuat muka menggoda "Hai cik abang sayang, marilah jemput makan I~"

Aku kalau makan ayam, kena ada nasi. Aku ceduk satu senduk, tak cukup. Okay, dua memadai. Aku letak ayam ke dalam pinggan nasi tadi, kuah terlebih. TERPAKSALAH (Ada bunyi gema) aku tambah nasi lagi sesenduk.

Sambil melihat cahnnel AFC, dalam tak sedar nasi telah habis dimakan. Oh well, ingatkan nak makan separuh, tapi khusyuk menonton TV membuatkan aku khayal sampai ke sudah.

Habis basuh pinggan, aku kembali ke ruang tamu rumah. dalam benak fikiran mahu menunggu nasi dihadam perut dulu sebelum tidur, namun apabila mata terpandang jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul tiga pagi, terus kedua-duanya menjadi berat.

Sedar-sedar besok pagi aku sudah terbaring nyenyak di dalam bilik.

Dan sekarang aku berasa sangat sedih. Risau mungkin aku tidak mampu menahan apa-apa lagi dugaan yang bakal mendatang. Mungkin malam-malam mendatang akan ada lagi ketulan-ketulan ayam ataupun kepingan-kepingan piza atau ikan bakar atau sup sayur lebihan (WOP!!! STOP!!!!) yang sedang menangis mengenangkan nasib tidak dimakan.

"Hang ni aku tengok dak tak macam bawak pouchbag kat perut. Dah macam bawak beg galas dah aku tengok, bila nak surut-surut?"

...
...
...

Kalau taknak berat badan ni naik, tolonglah jangan masak sedap-sedap~

Tetiber rindu nak makan nasi lemak F&S

-NymQ-

3 comments:

ain fathihah said...

huhu
memang sangat menyayat hati

wuu

nisa' said...

terlebih kuah bukan la alasan utk menambah sesenduk nasik... ish2... xpe la nymq.. gurl skang rmai suke laki gemok... laki je xnak gurl gemok.. ish.. hehe

AlexAlabasta said...

Terimakaeyh kerana memahami~ Huaaa~

Erk, ye ke? Takleh ke? The end tak justify the deed ke? Nway, sape kate pompuan chubby tak hot?