Thursday, March 5, 2009

Manusia itu facist.

Kamu tahu apa itu facist? Facist itu racist tapi pada rupa luaran sahaja, kiranya sama dengan materialistik.

Aku bagi satu senario. Kalau kamu sedang bermain volleyball (contohnya) dengan beberapa orang gadis. Antara gadis-gadis yang bermain dengan kamu adalah
Ms A, former Maybelline Girl yang menjadi motif utama aku masuk ke bilik ibu mencari majalah URTV sebelum Adriana Lima menggantikannya. Sopan-santun, bijak, berkarisma dan berhati mulia. Sedang mengejar impian menggulung ijazah sarjana muda di sebuah universiti yang dikelilingi lombong-lombong terbiar terletak dalam negeri bijih timah.

Ms B, manusia

Persamaan antara mereka berdua - Kedua-duanya manusia. Tiada lebih tiada kurang. Kamu tahu fakta itu.

Ok, perlawanan bermula.

Ms A tidak berjaya mengambil bola lawan. Apabila bola itu melantun keluar gelanggang, Ms A menjerit manja "Aah~" sambil menjelir lidah tersipu-sipu.Comel, macam seekor kucing parsi putih bermata bulat berkilau yang sedap digomol-gomol.

Secara amnya sebagai seorang lelaki kamu juga akan tersipu-sipu (tanpa motif) dan sekelip mata memaafkan Ms A walaupun dia telah menjadi lubuk kumpulan pemberi 20 mata percuma buat pihak lawan. 20 mata percuma, bukan sikit.

Cuba kamu ubah situasi tersebut. Bayangkan dengan jelas Ms B pula melakonkan babak Ms A sebentar tadi. Ubah suara manja Ms A menjadi suara ala-ala beruk terlekat biji nangka untuk Ms B.Setiap kali jeritan Ms B terjadi dek tidak dapat mengambil bola, setiap kali itu juga kamu akan berasa bagai hati ditusuk pisau sambil dirobek-robek.

Dan apa perasaan kamu apabila Ms B membuat muka ala-ala Ms A?

Kalau kaki kamu masih belum masuk ke dalam mulut Ms B atau setidak-tidaknya menghalau Ms B keluar gelanggang, kamu memang lelaki yang budiman. Budiman Hang Tuah pun tidak sampai ke tahap kamu. Aku sallute!

Perempuan. Bagaimana pula perspektif mereka? Adakah mereka juga facist? Tahap kefacistan mereka sampai mana? Lebih teruk dari lelaki? Selepas dirujuk kepada Ms Sabariah Salamiah Hassan, aku yakin mereka juga facist. Kalau tidak, mesti bilik mereka tidak dihiasi dengan gambar [masukkan nama artis lelaki Korea yang menjadi wallpaper komputer, poster di dinding atau avatar GTalk anda] tetapi gambar-gambar Kuman, Apek atau yang tinggi sedikit darjatnya, Sean Kingston.

Perempuan, apabila tiba bab facist, lebih vokal dalam perbuatan mereka dan selalunya mereka sendiri tidak sedar yang mereka melakukan aktiviti-aktiviti facisme. Kalau lelaki itu berwajah pra-homo-sapiens, seboleh mungkin gadis-gadis facist akan menjauhkan diri dari dia, kalau berjalan mereka akan mengambil jarak yang semaksima mungkin untuk tidak berada dalam lingkungan lelaki tersebut.Nasib baik mereka sedar yang longkang bukanlah tempat pejalan kaki. Kecualilah kalau personaliti lelaki itu sejuta kali ganda lagi mulia daripada rakan sekelasnya yang berwajah Eurasian (diulangi, personaliti).

Aku rasa lelaki lebih bijak dalam bab ini (direct encounter) kerana walau seroboh mana pun muka wanita, lelaki masih bersikap terbuka dan paling kurang, mengambil sikap tidak endah untuk tidak menyakitkan hati mana-mana pihak.

Persoalannya - Daripada mana wujudnya facisme ini? Adakah facisme sekarang dan dahulu berbeza? jika ya, bagaimana? Dan kenapa pula perlu ada facisme? Perlukah buku itu dinilai daripada kulit luarannya?

Kredit to Achan kerana mengingatkan aku akan hal ini dalam blognya.

Ciao~!

-NymQ-

20 comments:

izzyzatt said...

haha!!!tetibe trase diri ini kadang2 facisme gak..haish!!

incik neng said...

aku tak facist pasal aku tak penah buat facial

tgk aku tak penah kate kamu tak hensem ,aku tetap sayang nyamouq macam aku sayang bini baru aku - ayat stended dalam buku auto budak F5 yehh

charlz said...

Very precisely written :)

PsycFSaki said...

facist2 pon, player band tetap neutral in everything haha...

AlexAlabasta said...

Izzyzat. I feel the same way too, haha~

Neng, I sayang u lebeylah dari dulu lagi!

Thank you, o Chalz~

Sokong kamu, Psych!!!

ZiNnErA said...

"Aku rasa lelaki lebih bijak dalam bab ini kerana walau seroboh mana pun muka wanita, lelaki masih bersikap terbuka dan paling kurang, mengambil sikap tidak endah untuk tidak menyakitkan hati mana-mana pihak."
Really? for the first time in my life, i feel like not to agree with u..haha..no offense. believe me or not, girls are more particular about the behaviour (not all obviously, juz my humble opinion). don't tell me the boys have no posters of angelina jolie or jessica alba in their room or stashed under the bed. and trust me, i've seen with my own eyes how boys favour beautiful or cute girls than the 'not very beautiful or cute' ones.
again, juz my humble thoughts=)

Charlz said...

Interesting.. ehhehe. altho, I can honestly tell that I don't have any female celebrity posters of any kinds pasted anywhere in my room. My laptop wallpaper's always changing from football to my own random pictures. Used to paste posters in my room but come to think of it, they were Dragonball and footballers' images! hahaha.. eh, I'm not gay ya~ :)

Rationally, I think this is a debatable topic and there are minorities and majorities in everything. I might happen to be a minority in this poster stuff for all I know. While the author's view may be viewed on his perspective of the majorities, for instance.

Right or wrong, we can NEVER tell. I only happen to be biased and agree with author's writings earlier bcz he's my friend and a fellow lelaki~ wakaka :)

Anonymous said...

kadang-kadang benda yang cantik tu lebih enak untuk dilihat..

kalau tengah pening kepala baru lepas study, pastu muncul Ms A.. memang terus tak pening!!! ni tiba-tiba Ms B pulak ada depan mata.. bertambah pening, siap demam demam! :P

tapi dari segi dalaman, terpulang pada individu untuk menilai nye ;)

AlexAlabasta said...

I agree with both Jan's and Charlz's comments. Like Jan's said, its so stereotype to see ladies' posters in a boy's room in a Hollywood movie (Weell, stereotype don't just exist for no reason ryte?) but like Charlz said, it's basically a debatable thingy, whether how the stereotype is measured.

But actually, my comments on the 'lebih bijak' part is on the way people act in front of the roboh-faced people. Through mine and a few friends' humble observance, ladies tend to show it with their body language more obvious than boys whether they realize it or not. Maybe boys wanna keep their cool.

But then again, maybe those girls are cautious about something else that boys might not know~ Care to shed a light, ladies? (Betulkah ayat ini?)

Tapi paling saya sokong -Anonymous
Well said, haha!

Ps- I do have Sarah Michelle Gellar's poster back in my high school year, hehe~ Malunyer!

arep said...

I'm a fascist.
I like beautiful things.
Tell me who doesn't like beautiful things?

ZiNnErA said...

well, of course everyone like beautiful thing. undeniable fact.

About the behavior, maybe girls are less hypocrite while boys acted cool but actually speaks behind later (mcm gosip dah plak)? don't pretend u don't hav 'names' for some of the girls which sometimes related to their 'beauty'. but then again, maybe the boys are too sensitive to feel like being silently disapproved by the girls? an endless debate here~

owh, and about the posters, fortunately my circles of friends does not have posters of celebrity pasted or hung in the rooms. me? my father would definitely go mad if i did that (owh..i did hav Harry potter poster in my locker in school but that it juz because i love the story).

nice topic anyway. love it =)

mega-kong said...

Interesting topic nymq~

Ermm..in my opinion..each one of us is facist one way or another..whether u admit it or not. I guess its just how we are design..like some of the earlier comments said..we love to see beautiful things.So to me being a facist does not make u a bad person..it just makes u human. So its totally ok.

But if ur so facist until u disregard the more important quality of a human being - (e.g : intelligence, personality) - until it compromises ur judgement, then it becomes a bad thing.

All in all, we should look at a person for who they are, not how they look like. Cause in the end of the day~physical@looks its just the icing on the cake. Its the cake itself that matters. U can have a cake with a very beautiful icing but still taste like 'shit' -(pardon my language~:p) - or u can have a cake with an average icing but taste good.

So people~~make sure ur cake taste good~XD.

Nad Eusoff said...

stuju!

taufiq aqmal said...

x salah jadi lelaki pra-homo sapiens tapi salah kalu jadi pompuan pra-homo sapiens...

Jan05 said...
This comment has been removed by the author.
AlexAlabasta said...

Haha, betol kate kamu, Arep~

Jan, tq~

OMG, Kong! That girl is so gonna fall hedad over heels with those! I'm impressed~!

Stuju apekah, Nad?

Ha, ko mmg, Toyon. Sarkas sungguh~

BeRt said...

erm...apekah itu cantik....
ketika aku ondaway nak blik utp dari Kajang....
aku dgr radio IKIM.fm di frekuensi 102.7...
baru jer penceramah nak bg definition...
aku terlelap...
HaHaHa...

but...still think of you Jenny~~
mmmuaxxoxoxo....

nisa' said...

alamak2..
post ini wat aku rase sdey..
ish2...
hehe

AlexAlabasta said...

Oh, ulat bulu di atas karpet komen...Ohhh~~~

Napekah nIsa'? Ko sedey nape? Org cun nak sedey2 pulak~

Anonymous said...

pagi tadi baru je bincang sal ni kat flyfm breakfast show. but the main topic was about 'face or body' lah.;P

i guess most people voted for the 'face'.