Arakian juge keluarlah aku dan adeks-adeksku menaiki motosikal nak ke Pacific. Kamera rosak, cik kak. Skrin LCD die dilawat cik rembulan. Aku ni takde kamera aku rase lemas. Lain-lain hal adalah nak membeli DVD kosong dan belanja si Ku dan si Li di Watson ke, Guardian ke, dah sekor-sekor muke macam mak budak. Apelah salahnye kalo da hotness nak bagi adeks-adeksnye pon jadik hot gak ek? (Gie matheilah sape yang ngaku hotness tuh!)
Tapi nak dijadikan takdirlah kan, terlintang indahlah aral yang nak mendatang. Siap 90 darjah lagi die lintang, kemas-kemas, jitu dan precise. Maka hajat dicita ulam tak datang, bala yang buat ramah terlebih.
Cenggini ceritenye. Kuar-kuar umah berpesanlah si sulung kepada si Gogonzilla dan si Cecep membawa baju hujan atas hal guruh di langit menyanyi riang lagu 'Bangau Oh Bangau'. Namun mungkin kerana helmet yang setebal dua inci itu mengurangkan kepekaan deria telinga maka tidaklah juga diikut nasihat si abang.
Maka dipesanlah sekali lagi kepada adeks-adeksnya agar menunggu si abang di tol Bertam kerana minyak motor Kriss yang pernah dicilok anak India ini telah hampir kekeringan.
First sekali hal yanag jadik - Stesen minyak Shell (da nearest to my home) habis minyak. Aku merempit pelan-pelan ke Petronas yang jauh sedikit mencarik alternatif kedua.
Dah abes isi minyak, tup tup rase setitik dua air hujan. Konon tak lebat. Sekali aku gerak ke depan sikit, die curah bagai menuang air di daun keladi (kan curah atas daun keladi tak basah? So curahlah sepuas-puas hati!) basahlah kuyup aku nih tak sampai dua minit.
Balik umah jap. Tukar baju. Mem Besar bagi ceramah Hal Ehwal Perdana sambil-sambil aku bersalin anak sulung, eh, baju. Then dapat call. Si Gogonzilla ngan Si Cecep tak bawak baju hujan.
Aku capai segala yang berkaitan dengan penebat hujan termasuklah payung hujan (motippp?!) nak bagi kat anak dare bertuah dua orang tuh. Pesan mak diorang tunggu bawah bumbung. Aku mengagak mereka menunggu di bawah salah satu jambatan sepanjang highway nun, selalunye macam tu lah kalo dah lembab sangat aku bergerak diorang blah dulu (Ya, aku mengaku aku nih lembab sikit).
Aku kuar umah, pulas minyak, gerak.
Lepas tol, lepas jambatan first, jejantas, jambatan kedua.
Eh? Mana pulak depa nih?! Dah ada kat tol Sg Dua kot~ Sesampai kat tol Sg Dua, aku cangak la sikit-sikit nak cari kelibat diorang.
Nak dijadikan cerita dik non, ntah memang bebal kot aku nih, dalam dok tunggang dengan cermat sambil-sambil menjeling ke kanan dok usha kot-kot nampak depa aku tergolek doq bawah pokok pelam kat laluan motosikal!
Seyes! Tergolek, as in jatuh dalam keadaan memalukan! Plus, aku jatuh dalam lopak tanah merah! Malu tu ko kalikan dengan satu zillion, haaa... Tu la yang aku rase! Gedebuak aku jatuh, terpacul jugerlah perkataan "Wat De Fak?!" dengan slumber sedar-sedar aku dari koma dua saat. Eloklah tu, bukannye nak beristighfar... Sile jangan contohi amalan ini.
Segan gile! Time hujan Cik Gayah oiii, mestilah ramai mat -mat motor kat pondok Plus tu. Aku angkat sikit-sikit kepala bagi lepas nak usha kaki, banyak sungguh tapak kaki (Giler ke ape nak angkat penuh muke tengok diorang? Nanti recognizelah diorang muke aku!) Ade dua tiga kaki yang meluru ke depan nak tolong. Tapi aku bangun cepat-cepat. Habis mengukir sekuntum senyuman untuk masyarakat-masyarakat yang prihatin tu aku blah. Bodohlah nak stay sekejap dan memberikan penerangan ilmiah care-care jatuh moto, muker ko tebal tembok?!
Don't worry, saye pakai baju hujan, kaler silver lagi tuh. Terase cam DigiMan versi futuristik pon ade. Tapi ni Digiman dah macam serial killer ha, berlumuran darah.
Tengah-tengah nak escape dari kemalu-maluan yang maha agung tuh, aku sedar satu hal lagi pulak - gear takleh turun, tempat pijak kaki bengkok (Almaklumlh, anak gajah yang bawak moto)!
Pelan-pelan aku pulas minyak motor yang bergear empat. Kuar tol, carik stesen minyak nak park motor. Berhenti di Esso Sg Dua, nak tanye mane adeks-adeks bertuah aku. Alamak! Handphone dalam handbag Che Gogonzilla! Argh!!!
Gie carik phonebooth, kontek diorang. Seb bek dapat. Ghupe-ghupenyer maseh kat tol Bertam! Aikkk, dengar kate pulak kali nih?! Selalu tak dengar kate! Cuberla tak dengar kate time aku tak nak diorang dengar kate!
Then aku gerak mencari kedai motosikal. Memang nak bagi aku berapi, kedai semua tutup. Dah dekat aku nak give up tu barulah nak ade seketul kedai kecik tepi sungai. Kecik giler, sekali imbas ingat kedai basikal~ Usang, pastuh ade pokok ketapang beasr depan die. Paling best takde sekelibat manusie pon di sekeliling, tapi kedai bukak.
Terase macam kedai motosikal bunian...
Takpelah! Bunian tak bunian. Aku redah! Si pomen (ade ghupenye, tengah buat taik mate sambil melayan lagu 'Saloma - Perwira')check-check, die bawak keluar pemijak kaki yang bengkok tuh. Bayangkan la betape kerasnye nak bengkokkan bendalah tuh. Dah la si pomen ni pon macam suku je saiz aku. Siaaan tengok die bekerja gigih meluruskan si pemijak kaki. Dengan batang paip besi die pulas bendalah tu(dikepit pada apit-G, korang ingat ape itu apit-G?) dengan muker maha azab macam nak gugur isi perut.
ZUPPP!!! Paip tu melayang, sipi-sipi sisi aku, melantun atas jalan raye.
Aku mengucap.
Habis die siap pasang, aku blah cari adek-adek aku dalam keadaan menggigil, campur hujan campur perasaan hampir menjadi arwah ala-ala filem Final Destination.
Aku nekad, nampak sungguh tak baginye aku ke Pacific arinih!
Sesampai balik ke stesen minyak tadi, kami pon sebulat suara mengancel plan ke Pacific. Mereka pon dah lencun macam mandi dengan mekap-mekap dan pakaian da va voom meredah hujan tadi, kang nampak serabai macam ungka dalam shopping complex tu kang.
Kami pusing, balik ke Bertam. Untuk tidak menyia-nyiakan outing yang sia-sia ini, kami stop makan kat Bertam Kiosk. Takpelah, tak dapat Pizzahut, mushroom steak ngan chicken gordon bleu pon jadiklah...
Kami makan sambil bersembang. Dan adeks-adeksku tergelak besar dalam aku bercerita kisah padan mukaku ini kepda mereka, dalam basah kuyup kami menikmati makanan di restoran makanan barat tanpa rasa segan-silu...
Sesekali aku teringat, inikah balasan aku kerana mengata anak dara orang tu tak cun? (Pagi tadi kawan Si Cecep datang, mulutku sedikit gatal melontarkan ayat-ayat penusuk hati. Gurau je Che Bedah oiii!!!)
Itulah kisahnye. Weekend kamu bagaimana?
Ps- Malangku belum habes. Tatkala post ini dibuat, segelas kaca pecah akibat ditepis manja tanganku yang tidak sedarkan diri. Aku bertaubat!
Sekian,
wassalam~!
-NymQ-
No comments:
Post a Comment