Monday, December 15, 2008

Makcik Dining Hall, Mogobja dan aku yang kebosanan pt 1

Cerita lama aku karang suatu ketika dahulu dengan visualization pelakon-pelakon yang betul-betul aku minat dan rasa sesuai untuk drama lima minit aku ini ingin aku kongsikan dengan kamu-kamu sekalian. Harap terhibur.

Wanda Sykes sebagai Mak Senah

(Allahyarhamah)Yusni Jaafar sebagai Mak Gayah

Mak Senah adalah mak cik dining hall Sekolah Tuanku Abdul Rahman, peramah, baik hati dan bermulut becok seperti makcik-makcik typical lain yang hidup merebak bak cendawan selepas hujan di seluruh Semenanjung Malaysia. Jarang untuk kita tengok Mak Senah berwajah mencuka, sengsara mahupon ‘Ah, aku xder mood arini’ kerana beliau mudah terseyum dan telah diakui di sebalik keropongan gigi2 tuanya, manis senyuman perempuan berusia ini masih mampu melekat ke atas muka kanak-kanak riang Ribena ketika waktu makan tiba menjadikan hari-hari mereka segar seindah Sang Suria.

Akan tetapi suatu hari Mak Senah terase sangat tension, dia sendiri tidak tahu kenape dia tension sangat yang teramat-amat. Kengkadang ketensionannya bertambah-tambah sampaikan dia teraser macam nak menghayunkan tamparan wanita je ke arah rakan-rakannya yang membuat derk kat dia tatkala dia dibelenggu rasa tension yang tak penah-pernah muncul dalam jiwa sepanjang 54 tahun 11 bulan 29 hari hidupnya.

PIAPP!! Mak Senah melemparkan sarung tangan getah cuci pinggan kaler merah jambunya ke dalam singki bersaiz gergasi di dalam bilik tray itu. Dia menghayunkan langkah kakinya ke depan menuju masuk ke dalam ruang makan dining hall. Sambil menggosok-gosok anak tudung di kepala (Panasla pakai tudung penuh buat keje!!!) dia mencapai salah satu kerusi plastik merah tajaan bapak seorang Staroba batch 44 untuk duduk berfikir berkenaan permasalahan yang dihadapinya.

"Kenape Nah?" tanya Mak Gayah yang sebok mengemop lantai di depan Mak Senah. Namun Mak Senah hanya diam membisu, sesekali menarik nafas panjang dan menghembuskan dengan sekuat mungkin, mengeluh; cuba untuk membuang rasa tidak senang dalam badannya. Mak Gayah yang tadi nampak begitu rajin menjalankan tugasnya cepat-cepat mengambil peluang keemasan untuk duduk sekejap bersama Mak Senah, at least bolehlah dia cover line buat-buat tolong kawan dalam kesusahan macam ni, ye dak?

"Aku nampak ko muram je dari tadi? Ade bende yang menggangu fikiran kau ke, wahai Senah?" tanye Mak Gayah lagi. Die pon turut meliuk lentok merebahkan dadanya ke atas meja dining hall sama seperti gaya yang dipraktikkan Mak Senah sekarang.

"Taktaula Mi, semalam aku okay jer… Time nak datang tadi pon mood aku okay jer… Tapi sampai2 kat sini aku jadik mandom macam ni… Nak kate period, dah 10 tahun dah aku pencen, nak kate demam…" PAP! Tangan kanan Mak Senah menampar dahi Mak Gayah sepantas kilat "I tink yor tempricher is haiyer den main."

Terlihat kelibat-kelibat pecah darah pada dahi Mak Gayah,menjadikan dahinya sedikit merah namun Mak Gayah faham dan bertindak cool dan sopan.

Mak Senah kembali ke kedudukan asalnya seperti anda semua tatkala tidur di dalam kelas time cikgu ade meeting tergempar (Yes, you! I know you do!)

"Gayah,Senah oii… Bukan Mi."

"Op, sori, Gayah… tersasul."

"Ko pon taktau ke kenape ko tension? Takkan tak pasal2 leh rase tension? Mood swing kot~"

"Mood swing orang ngandung je, Mi oii."

"Gayah…"

"Ha, iskh!… lupe lagi… Nyanyuk ape aku ni? sori."

"Erm… Takpelah, ko dudukla dulu kat sini. Nanti2 kalo ade ape2 aku boleh bantu ko bagitau jelah."

"Okay, fine. Tenkiu~"

-PAUSED-

5 comments:

John E said...
This comment has been removed by the author.
John E said...

aduh nyamouq.. ko ni betul2 da xde keje kan.. haha.. aku da rindu utp da ni.. haha.. bosan gile ddk rumah..

Unknown said...

aku dah menjawab tag hang

cendawanintim said...

astaga...

Kenangan Lalu said...

John, UTP panggel kite balik. "Maila, maila~!"

Chaiyok, Pdus!

KakCendawan, ade lagi dua part citer nie... on da way~