Friday, October 31, 2008

DLA08 - 1

Dua minggu pun berlalu, anak-beranak UTP pun semakin tualah usia mereka, dan menjelmalah juga hari yang dinanti-nantikan.

Maka segaklah berpakaian setiap yang lelaki mahupun yang perempuan, menaiki kenderaan sendirian dengan harapan selamatlah sampai ke Chancellor Complex untuk menerima anugerah jugalah.


Dan dalam pada selamatnya sampai mereka-mereka di sana, didaftarlah nama masing-masing dan diambil juga brochure majlis seraya bergegas untuk duduk di kerusi-kerusi yang disediakan.

Muker2 tekun. Tekunlah sangat!

"Uiiiih...Susahnyelah teke silangkate nih~!!!" kate Jalal.
Medtek menunjuk tanda rocker sejati manakala Biha dan Nyamouq posing spontan depan kamera mahal~

Dan setelah lama dinanti, pagi pun sudah menjadi siang, dan siang sudahpun menjadi malam, dan malam pun sudah menjadi pagi, datanglah juga tetamu kehormat dengan jemaah-jemaah negeri seberang. Selepas siap upacara menyanyikan lagu Petronas dan lagu UTP, maka dijemputlah setiap satu pelajar-pelajar mengambil sijil di atas pentas.

"Sekarang dijemput... Che Kelsom binti Jantan~!"

Abang tugu... stabil... selesa... Aman sejahtera... Banyak pahale brader nih dapat, sebab kami sebok 'menderma' pahale kat die~

Gedixxx sikittt~!!!


Dan setelah semuanya habis mengambil segulung kertas yang diikat rapi dengan benang merah sekemas-kemas adanya, majlis pun sampailah ke penghujungnya.

Bagaikan harimau kelaparan, tiadalah juga saki-baki manusia yang berharap untuk tinggal lebih lama di dalam under croft. Hilanglah mereka-mereka ke atas untuk menjamu selera...

Dasssaarrrr.... Tengok, takder muke lain yang pelahap kat sini... Batch mane? Batch kite... Batch mane? Batch kite...


Dalam pada sibuk rakyat-rakyat negara CIS Jan'05 menikmati juadah hidangan istana, maka menjeritlah juga penghulu Azam zakaria "Mari semua, kita bergambar~!" Serentak itu jugalah Nyamouq mengetuai para rakyat jelata yang kelihatan kebingung-bingungan untuk turun semula ke under croft bagi menjayakan sesi berlagak kachak di hadapan kamera-kamera milik masing-masing sebagai kenangan di hari tua.

"Eh! Apenih, Smak?!"
Untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh En Nor Safiq dengan kain pelikatnya, sila nantikan post DLA08 terakhir yang akan datang~!


Psot DLA08- 1 tamat~

*-*-*-*


IKLAN - Nantikan keluaran tahun 2009, novel terbaru hasil karya Sabariah Salamiah Hassan, Sembulu 3~!

Kulit novel. RopolkuClan mesti suker bace nih~!


Gambar asal

10 comments:

marjeena said...

alaa.. capub gila gambar aku tu

BukanMior said...

azam...azam...

*bila napsu menguasai diri...

mega_kong said...

oit SSH..aku nk pre-order SEMBULU 3..aku nk 4 copy..

::The TypeWriter:: said...

ak nk pre-order kuey BAHULU 3..

Anonymous said...

daku tertanye-tanye, mengakapah sembulu 3 ni tidak dibintangi oleh director nye sendiri?? kalo nak diikutkan,ciri2 director tu layak untuk menjadi watak hero n heroin cerita ini kerna, side burn dah mcm elvis presly (watak hero) n berbuah dada besar sperti pamela anderson (watak heroin)...jadi minta tuan director a.k.a penerbit a.k.a tuan bibi nyamuk bonbon utk menilai semula..sekian..

BukanMior said...

patut laa azam balik bilik ari tu sakit pinggang..amik gambo mengeliat uper nye..

oo00....o0o0....o0o0....o0o0

Kenangan Lalu said...

Biha - Haha, takpe Biha. Capub itu suatu anugerah...

Jalal - Mmg azam macam tuh, ko tak tengok lagi muke die nengokanak dare anak dare CIS Jan'05 yg lain!

Kong & Kay - Tempahan dibuka di www.kedaikukahhotness.com, sila layari laman web ini...

NymQ Bon Bon - Penah makan penampo pusing tak? Nak rase? I boleh bagi free satu juadah ni ha~

Anonymous said...

eh2, garang nye encikak alexalabasta...euuu, takut i..
btol ape ak cakap, ciri2 tuan pnerbit tu dah ade mcm pmpuan n mcm laki..
ok wat buat hero n heroin sembulu3 tu..
tak pun name baru, elvisbulu2anderson 3...
harap maklum..

Ain Nabilah said...

nyamoukkkk..ade2 je kau nih. hahahahaa.mane dapat idea ni?

Laila Hanna said...

nyamouq nyamouq
nape tak publish muka sendiri jadi kulit buku?
anda belum cukup yakin?
belum cukup duit?
belum cukup perempuan?

erks!

p.s: kamera saya nggak mahal!