Showing posts with label Razak Izzani. Show all posts
Showing posts with label Razak Izzani. Show all posts

Thursday, June 18, 2009

Razak Izzani on da way to Johor!

Keputusan dibuat. Kereta Kerinching terpaksa pulang. Dengan setiap anak-beranak hanya berbekalkan duit hujung bulan, tiada faedahnya tiga kereta mengikut ke Johor yang jauhnya enam jam dari Universiti tercinta. Buat ngabeh minyok jo. Namun atas dasar kawan, masing-masing mengumpul wang membantu perjalanan dua buah kereta yang masih meneruskan perjalanan.

"Takpala, Zak. Aku bagi sokongan moral ja la kat hang la ni~"

"Nampaknye tinggal aku ngan ko jelah yang jantan dalam trip nih, Razak," keluh Big Ben berseloroh.

Dalam kereta Nina sebentar tadi, Mazni mendapat mesej yang majlis pertunangannya dijarakkan ke pagi. Maka makin kuranglah masa untuk mereka lengah-lengahkan. Tambah-tambah apabila kini mereka telah menjangkau ke negeri Selangor. Traffic jam yang bersepah-sepah di merata tempat bukan setakat menyakitkan hati, malah menambah-nambahkan gusar ligat membuat summersault dan tarian capoera di dalam perut masing-masing.

Nina sampai terpekik terlolong menjerit "Emergency! Emergency! Ada wanita nak bersalin! Emergency!" untuk memudahkan laluan dibuat. Pandai jugalah si Nooridayah melakonkan babak I-need-to-labor-now di dalam kereta sambil Lady D menjadi watak pembantu sebagai makcik rumah sebelah yang pernah membantu wanita-wanita kampung bersalin. Alhamdulillah, dek kerana anak-anak gadis yang cun sedang berada di dalam kereta itu, mereka lepas selesa untuk terus maju ke Selatan.

Dan Kenari Kasih yang sesat ketika belok ke arah Kuala Lumpur (Kamu tahu kan, simpang nak ke Johor dan ke KL dari Utara?) menambahkan lagi rasa jauhnya perjalanan hari itu. Nak dijadikan cerita, padahal Big Ben tu orang Pahang dan Si Jenny orang Melaka. Memang pelik, tapi itulah yang berlaku.

Penuh jugalah handphone si AinulMardiah dengan makian Cik Mazni. Nasib baik iman di dada Ainul masih kuat, kalau tidak sudah lama handphone di dalam tangannya hancur lunyai macam gagang telefon yang direnyak Miss SabariahSalamiahHassan. Tapi dia faham akan Cik Mazni yang berapi-api risaukan kawannya yang chuak menanti di rumah. Mungkin Izzani menangis, mungkin sudah berputus asa.

Tapi bukan Razak, kerana Razak percaya akan hati Izzani. (Babak mata bersinar-sinar sambil dipancari cahaya neon jalan. Lengan di muka tingkap, muka kena ketat)

*-*-*-*

"Sakit hati betullah kene balik camnie, sia2 aku tutup video ehem aku tadi!" Bising Kerinching dalam kereta sepanjang pulang. NymQ membuat muka kering seolah-olah beliau sedikit pon tidak bersalah. Sebenarnya dalam hati dia juga kecewa, tambah-tambah kali ini dia tidak dapat membuat liputan secara live kisah cinta Razak dan Izzani. Safiruddin pula sudah lama berdengkur. Mukanya tersenyum puas, sempat dia 'menembak tepat' ke kepala NymQ sebentar tadi apabila ditanya siapa yang perlu ikut Kenari Kasih.

"Ko jangan nak buat gila. Kalau ko tu cerah bolehla lepas. Ngan rambut kerinting kulit gelap, sah-sah ade harapan ko kene hantar ke Gabon kalu kantoi kat road block. Nak?!"

PFT laju masuk ke dalam UTP. Sebelum sampai di round-a-bout depan Masjid An-Nur (Kerinching terbayang wajah seseorang yang nama iras-iras masjid itu) NymQ sempat bertanyakan khabar rombongan anti-pertunangan Razak.

"Camner youallz? Dah sampai mane?"

Dalam kurang dari seminit, mesej balas diterima.

"Kami dekat kedai kereta. Kenari Kasih tayar pecah!"

"Nih apejelaaa petake yang menimpa nih?!" Antara gadis-gadis yang kepenatan menunggu di kedai Uncle Chong Kee~

Mungkinkah ini petanda yang Rombongan Cik Kiah menentang majlis pertunangan perlu ditamatkan? Bagaimanakah dengan masalah kewangan yang dihadapi oleh rombongan tersebut? Cam biaserlah, nantikan~

Saturday, May 16, 2009

Razak Izzani part 5

Menunggu keter Nina

Kereta pertama - Razak, Big Ben, Jenny, Ainul Mardiah.

Kereta kedua - Kerinching, NymQ, Safiruddin.

Kereta ketiga - Mazni, Nina, Nooridayah, Lady D.

*-*-*-*-*

Razak tersugul di muka pintu kereta. Macam-macam yang bermain di benak fikirannya. Risau yang bersarang di hati bagaikan menarik-narik jantung, menyekatkan pernafasan.

"Jangan risaulah, Razak. Majlisnye esok, Mesti sempat kite sampai ke Johor sebelum Izzani ditunangkan," pujuk Jenny, cuba untuk meredakan 14 kerut di dahi Razak.

"Jangan sebut ayat tu, Jenny! Aku tak boleh dengar, panas!" balas Razak. Kerut di dahinya bertambah-tambah jelasnya, muka Razak sudah tidak seperti orang lagi. Dalam hati Jenny mahu saja dia berkata "Dah macam ungka muker kawan aku nih," namun didiamkan saja agar tidak terasa dek hati Razak yang memang sudah berkecamuk itu.

Tiba-tiba kereta Kasihku Kenari dihimpit kereta Nina. "Buang tebiat ape minah nih?!" Jerit Big Ben. Dia melihat ke luar, di bahagian tingkap kiri belakang terpacul Lady D memegang dua ketul dadih di dalam tangan. Razak menurunkan cermin kereta dan menyambut dadih yang dilontar tepat ke dalam kereta oleh Lady D.

"Aduh, tak selera aku nak makan nih... Aihhhh~" Keluh Razak.

"Makanlah. Ko tu mesti tak sarapan jugak kan?" Ainul bertanya. Dari tadi Ainul menjadi setiausaha pengembaraan yang cekap dengan mendapatkan segala informasi dan merekod detik perjalanan bagi menentukan masa yang sesuai untuk sampai ke Johor. Handphonenya rancak menekan sms memberi dan menerima mesej daripada rakan-rakan dalam kenderaan lain bertanyakan khabar. Razak mengangguk, sudahlah dia menyusahkan rakan-rakannya hari ini, takkan dia mahu menambahkan lagi risau mereka terhadapnya?

"You suapkan I darling?" Big Ben mencelah, membuat mulut manja ke arah Jenny.

Serentak itu jugalah penumpang-penumpang Kasihku Kenari menjerit "EIII~!!! GELIII~!!!"

Bakal tunang bermesra

*-*-*-*-*

"Bape lame lagie nak sampai Johor, Safir?" tanya NymQ tatkala melayan lagu 'Womanizer - Britney Spears' dalam CD hasil bakarannya pagi tadi sebelum mereka bertolak.

"Adelah dalam 7-8 jam lagi. Ni baru keluar nih~" jawab Safiruddin sambil membalas sms Ainul Mardiah. "Ah, satgi kiter stop kat Tapah jap."

"Adoi, lapaq nih~! Jauh nu Tapah nu~" balas Kong sambil memandu. NymQ menyeluk belakang kerusi belakang, cuba-cuba mencapai sesuatu dari dalam but kereta. "Alamak~!!! Wallet aku~!!!"

"Bodo piang la mamat nih! Kalo ko gie Johor kene tahan ngan polis, pecer? Ko ingat polis percaya kalo ko cakap ko orang Malaysia?!" sekali Safiruddin mula naik berang. Dia juga cepat-cepat menyeluk poket mengambil dompetnya keluar. "Aku bawak RM30 je nih dalam poket, duit MARA pon tak masuk lagi."

"Aisyeh, aku pon abes buat bisnes Ceramic, skang ade lagi RM50 je~" Kerinching menyampuk.

"Riso nih, kang tak sampai kite ke Johor," Safiruddin mengerut muka. NymQ yang hot duduk diam buat-buat tidak bersalah.

Tiba-tiba handphone NymQ berbunyi, namun terpadam serta-merta sebelum sempat dijawab. Melihatkan ke'klutzy'an NymQ yang melampaui had, Safiruddin mula berang. Diambilnya fon itu untuk dicampak ke luar kereta.

Namun, belum sempat Safiruddin membuka jendela tingkap, kereta Nina menghimpit dari belah kanan. Kanak-kanak di dalam kereta Nina memberikan isyarat tangan yang tidak difahami.

"Apehal minah nih?!"

Apekah yang cuba disampaikan kanak-kanak perempuan terbabit? Bagaimana kereta Kerinching akan sampai ke Johor dengan RM80? Nantikan episod seterusnya~!

Thursday, November 13, 2008

Razak dan Izzani Pt 4

Razak dalam tensen

BAM~!!!

Pintu bilik V5C-143 retak disepak oleh seorang lelaki yang baik hati, NymQ. Big Ben dan Razak yang khusyuk dibuai mimpi terjaga daripada lena dalam keadaan terpinga-pinga bak bayi baru lahir dicabut botol susu. Kedua-dua hamba Allah membuat muka what-the-hell-is-going-on dengan berkesan sekali kerana dengan pantas NymQ menjawab pertanyaan yang terbit dari riak wajah mereka.

Waky-waky, bitches~! We got a 411~!!!” NymQ menampar sekuat-kuat hati muka Big Ben dan menggegarkan tubuh keding Razak. ”Razak, you are in a big-as-Ben’s-ass trouble~! Izzani dah nak bertunang~!!!

Big Ben tiba-tiba menjadi segar-bugar. Tersentak daripada lamunan bermimpikan Jenny sebentar tadi, terus dia menjerit dalam suara serak-serak basah baru bangun tidurnya.

Ape?!!! Razak!!!

Big Ben memandang Razak. Razak kelihatan sugul. Faham benarlah Big Ben apabila melihat raut wajah roommate kesayangannya itu. Big Ben menghela nafas berbau Winston malam semalam sebelum mengeluarkan pertanyaan yang belum sempat bermain di benak fikirannya.

Mane ko dapat berita nie, NymQ?

Well, you know me...

Mane ko dapat berita nie?

Aku kan...

Ko dapat berita nie kat mane? Cepatla ca...

PANG! Satu tamparan segar sesegar ubat gigi Fresh and Brite melekat ke pipi Big Ben. Big Ben tergamam, baru di pagi hari sudah dua penampar lekat di mukanya.

Sabarlah! Aku nak mule cerite nih! Anyway, sebagai reporter sensasi, before I get my beauty sleep I always, you know, gather my latest gossips with the girls and sorts and macam selalu, Mazni aka Akak Tokey Karipap (dah naik pangkat, tak jual dah) and anak sulung Frost & Sullivan aka cik Ainul Mardiah membuat liputan rasmi kepade NymQ semalam.

NymQ bersimpuh di sebelah Big ben, menarik nafas seketika sebelum menyambung “Tengah-tengah sebok NymQ dok membelek keretamayat.blogspot.com, Cik Mazni bagi Pin-Pon kat GTalk NymQ. Tapi kali ni pantas mesej die! Katenye Izzani dah on da way balik Johor nak ditunangkan~

NymQ separa percaya kat Mazni nih, tapi bile tetibe Ainul Mardiah pon tetibe GTalk NymQ selepas solat Subuh tadi bagito Izzani nak kene tunang, I came here as early as possible~!

Razak yang tadi kelihatan sugul bertukar resah. Dia bingkas bangun bercekak pinggang, berjalan ke hulu ke hilir di dalam bilik yang tidak seluas koridor di hadapan.

Kenapalah aku tidak luahkan perasaan aku kepada Izzani? Bodoh sungguh aku ni! Argh~!!!

Big Ben, NymQ, korang kene tolong aku~!

Razak bertakung air mata (tak berlinang. Tak macholah lelaki jatuh air matanya!), dia menghampiri meja belajarnya dan mengambil telefon bimbit Nokia 5300. Ditekannya kekunci mengarah ke Menu>Media Files>Images dan menekan suatu gambar yang tertulis Crush.jpg. Ditatapnya gambar itu, diketap bibir Razak.

Takpe Razak, ko jangan riso. Kami ada.” kata Big Ben.

Ape yang kite nak buat, Big Ben?” tanya NymQ, sambil bermain-main dengan jambulnya yang diset ala-ala Kylie Minogue.

Siap sedia NymQ. Ko kumpulkan seramai bala tentera yang ada. We’ve got a bride-to-be to catch~!” Mata Big Ben berapi, panas!

Terlalu panas, sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Semangat Big Ben sungguh berkobar-kobar. Mungkin kerana semangat ini disokong oleh dua pelempang yang maha segar sebentar tadi.

Bahang semangat Big Ben yang berkobar-kobar ditangkap pantas masyarakat yang melonggok di dalam bilik tersebut. Tanpa sebarang plan dibuat, mereka bergotong-royong menjalankan strategi sepantas kilat.

NymQ pantas berdiri berlari keluar ke rumah hadapan mengetuk-ngetuk pintu bilik V5C-131. Pada masa yang sama, Big Ben menghantar mesej kepada Jenny. Dalam risau, Razak pula rancak menghubungi Mazni melalui Yahoo Messenger dan GTalk.

EMERGENCY~!!! EMERGENCY~!!!” jerit NymQ sambil menggegar-gegarkan pula pintu bilik yang ditujunya.

What tha eff, babe?!” bunyi suara sengau halqum yang berasal daripada Kerinching, pemuda yang baru lepas melihat koleksi video-video ehem kesukaannya terpacul sebaik pintu dibuka. Farouq, roommate Kerinching pula sedang sibuk menekan punat-punat papan kekunci mencari rakan berbual melalui segala cara yang ada di internet.

Razak perlukan bantuan, kita nak menyelamatkan Izzani.” Api mata Big Ben berpindah kepada NymQ.

Kerinching tersenyum ala-ala Joker, dia juga sepantas kilat faham. Kini api itu turut mucul dalam mata Kerinching!

Dan dari seberang kafeteria di bahagian hostel penghunian warga wanita pula, sebaik mesej kecemasan sampai ke kamar, Mazni, Ainul dan rakan-rakan yang lain pula (termasuk geng Renda Rambu-Rambaku Clan) sedang berapi-api membara melaungkan ”Allahuakbar~!!!” dengan diterajui oleh Ainul Mardiah.

Nooridayah menadah tangan ke langit dengan turut diserta rakan-rakan yang lain. "Syukur ya Allah, masih ada harapan untuk kami menyelamatkan sahabat kami. SYUKUR~!!!"


*-*-*-*-*


Rancangan diatur, ahli-ahli rombongan dikumpul.

Petang Sabtu yang mulia itu, tiga buah kenderaan berkumpul di hadapan parking V4-V5. Satu kereta Kerani Kasih, satu kereta milik Nina, satu lagi kereta PFT (Penangite-F***er Team).

Sebelas sosok-sosok toboh manushia, tiga buah kereta, satu destinasi, satu tujuan.

Izzani, kau tunggu abang~!” jerit Razak sekuat hati. Ada gema ("abang, abang, abang...")


*-*-*-*-*

Apakah yang bakal berlaku? Siapakah sebelas malaun yang turut serta dalam rombongan Cik Kiah ke Majlis tunangan Izzani? Apakah sempat mereka sampai ke Johor besok pagi? Nantikan Razak dan Izzani pt 5!

Thursday, November 6, 2008

Razak dan Izzani Part 3

"Mak! Apeni mak? Ani taknak kawen lagi~!"

"Sudah! Ko denga cakap mak. Minggu depan ko balik! Aku nak tunangkan ko dengan si dia!"

"Mak~!!!"

Panggilan telefon tamat. Izzani pasrah, dia sudah menyerah kalah...

*-*-*-*

Ainul Mardiah kaget, Jenny terkedu, Nooridayah termenung sugul, Lady D pula menggosok-gosok belakang Izzani yang menangis teresak-esak dalam pangkuannya. Izzani bersyukur, dalam keadaan getir begini, masih ada yang sayang akan dirinya. Namun orang yang disayanginya betul-betul entah sedar entah tidak perasaan yang terbuku di dalam hatinya.

Kalau Razak bisa mendengar keluhan dirinya yang resah menerima perkhabaran mengejut daripada bonda, bisakah Razak melakukan sesuatu yang drastik?

Tiba-tiba pintu bilik Izzani ditolak kuat. MAzni berdiri terpacak ala-ala Akshen Kamen mencekak pinggan. "Ko jangan riso, Bam-Bam! Aku ade care nak selesaikan masalah ni!"

"Alhamdulillah~ Ape carenye, Mazni?" tanya Nooridayah.

"Aku dah sms Razak. nanti ko tengoklah ape die nak buat~!" balas Mazni sambil gelak ala-ala watak antagonis (die maseh watak protagonis).

Ainul Mardiah berdiri bertepuk tangan "Wah! Bagus cadangan ko tu, Mazni. Dulu time aku keje kat Frost and Sulli..."

"Dah, dah. Takde mase nak denga citer intern ko. Takpe, Bam-Bam. Ko siap-siaplah dulu. Balik. Dengar cakap mak ayah. Nanti mesti Razak akan datang selamatkan ko~" potong Mazni seperti razor blade. Ainul kembali duduk, mengomel entah apa-apa sambil mengutil-ngutil kuku.

Rakan-rakan Izzani menolong Izzani mengemas barang. Malam esok Izzani akan pulang untuk bertemu bakal tunangnya. Dia mengemas dalam hati yang berat, seberat barang-barang yang bakal dibawa pulangnya.

*-*-*-*

Dengan bantuan Nina si akak pemandu, Izzani akan dihantar ke Medan Gopeng untuk pulang bersendirian. Dalam sendirian itulah hatinya nanti akan bergolak kencang. Dia pasti akan teringat akan Razak.

Huh. Razak. Tidak boleh diharap.

Hati Izzani tersentak. Razak bagaikan tidak faham hint-hint yang dilontarkannya selama ini. Dungukah Razak, sukar untuk membaca ayat di sebalik lafaz yang dituturkan?

Ah! Persetankan Razak! Sms telah dihantar Mazni, kalau dia sukakn aku dia pasti sudah bertindak. Ini tidak, dia masih diam.

"Nah. Ko simpanlah makanan ni sikit. Mungkin nanti ko lapar dalam bas, makanlah~" kate Lady D kepada Izzani tatkala Izzani melangkah keluar daripada biliknya. Nooridayah membantu Lady D memasukkan tiga ketul dadih hasil bisnes bersama dia dan Lady D ke dalam beg galas Izzani.

Dan selepas berpelukan kesemua sahabat-sahabat tersebut di hadapan hostel, Izzani melambai-lambaikan tangan kepada rakan-rakannya.

Dalam kereta, Izzani membuka beg, memegang sepucuk sampul surat terkandung gambar bakal tunangnya yang dikirimkan oleh bonda. Hatinya berdegup kencang. Sampul ini tidak pernah dibuka kerana dia takut untuk melihat siapakah orangnya.

Perlahan-lahan, dia memberanikan diri.

Sampul dibuka, gambar dikeluarkan.

Izzani terkejut. Terkejut beruk. Lebih terkejut daripada beruk yang terkejut. Bergegar kereta Nina dibuatnya.

"Apokono koie, Jang?!" jerit Nina.

"Mr Azhar, Nina! Mr Azhar! Die yang nak bertunang dengan aku~!!!"


Adakah Izzani suka? Adakah Razak mendapat sms Mazni? Adakah pertunangan akan dijalankan? Ikuti sambungan seterusnya dalam Razak dan Izzani part 4!!!

Sunday, September 7, 2008

Happy berbuke di McD~!

"Adeh, xder budget besar ah Kong nak ikot ke Lumut~" cakap NymQ, makhlok tuhan paling seksi.

"Hmmm...apekate kite gie buat rombongan budget ekonomi ke McD?" jawab Kong.

"Okies jugak cadangan tue~" sampuk Kay.

"Aah, boleh2. Aku pon dah tak lamer makan McD." Faris pule memulekan percakapan.

"Bagus2... Bert, ajak la sekali Jannah and kengkawan die tuh~" Bonnet genjoin.

"Ye tak ye gak, Bonnet. Leh ajak Izzani~" Jawab Bert. Bonnet kemerah-merahan...

*-*-*-*-*

So, pada pukul 6pm berangkatlah Rombongan Budget Ekonomi ke McD Medan Gopeng dengan menaiki PFT dan Kasihku Kenari. Siap2, beli makanan, tunggu waktu berbuka.

Sebelum waktu berbuka sampai, diadakan sedikit persembahan tarian kebudayaan dan drama cerpen sebagai memenuhi ruang masa yang ada.

Persembahan tarian Sumazau dengan konduktornye Jannah

Jannah maseh tak mengalah dengan menunukkan kebolehan bidang seninya yang kedua iaitu berlakon teater...


"Allahuakbar~" dengan berkumandangnye azan, maka masuklah waktu berbuka. Faris sebagai pembuka berkah sajian membaca doa buka posa and doa makan. Tahap kelahapan makhlok2 Budget Ekonomi sukar dibendung pada tahap kritikal.

Dengan niat nak makan McD sensorang, kurma dijulap enak oleh Makcik Karipap


Rombongan disertai 10 kanak2 riang BIS yang terdiri daripada enam jantan berkarisma iaitu Bert, Bonnet, NymQ yang baik hati, Kong, Faris dan Kay dan empat dara pingitan Jannah, Awien, Izzati dan Ain Suffian.

Pasukan sayap Utara yang takbest...


Seronok tengok Bert makan, bahagie jer... senantiase ebrgelak ketawe bersam eJannah tersayang. Kay ngan Faris maintain sopan, sampai Awien yang memang slumber ayam menegluarkan hujah2 spontan kepade Faris "Ko nih memang senyap ek?". Faris membuat buku lima *klak*klak*klak* dalam hati~

Pasukan sayap Selatan yang memang best sejak azali!


Bahagian aku lagi best, haha~! Taktolah nape, walaupon sudah disedari bahawa Ain Suffian xder kene mengene ngan mid-sem test, Kong kontrol ayu ala2 br"ethic' penoh makan kali ni, aku yang tengok pon rase kagom... Tapi mulutnye semestinye maseh kekurangan insurans kerana cuber membocorkan rahsie aku, haremustajab betolll~

Paling best, pelakon utama drama bersiri Razak dan Izzani turut hadir membuat launching filem terbaru mereka... Malangnye tiade sesi menandatangan autograf dilakukan. Kedua-dua pelakon beraksi profesional dan cool tatkala cuber diprovok2 gatal oleh Bert dan Awien yang gigih.

Seiring dan sejalan, bak bunga2 di taman...


Habes makan, gie solat, cam beser... Aku yang idop kat mukebumi Ipoh selame lapan tahun baru sedar ader surau wujud kat sebelah Caltex nak ke Simpang Pulai, haha~




Rombongan pulang ke UTP dalam pukol lapan steng dengan muker yang girang dan perut yang kenyang riang... Majlis berbuke yang simple ini sedikit sebanyak berjaya mencapai objektif for a small gathering yang ringkas2 but fun dan menyeronokkan. Memang enjoyable dan berbaloi~ Thanx for being cheeky and supportive!

Kesimpulannya - Hopefully in the future there will be more great times like this with more friends! Again, thanx for the great time~

(Bacer dalam nada ucapan raya TV1)"Kami mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin~!!!"

Thursday, August 28, 2008

Razak dan Izzani pt 2

Mentari bersinar ceria, hadir sang suria membawa bahagia. Bibit-bibit cahaya petang yang menyapa mesra di sebalik celahan daun-daun rimbunan pepohon blok V5K mewujudkan suatu kedamaian yang indah buat Izzani. Mungkin hari ini menjanjikan kebahagiaan buat dirinya.

PIN! PIN!

Kereta Kerani Kasih JJT tiba di perkarangan desa bahagian wanita. Izzani meneropong melalui celah-celah tingkap biliknya. Sah, teruna idaman hati turut sama serta dalam rombongan ke Bangunan ESU. Hati Izzani berbunga mekar semekar mentari di luar. Belum pun result intern diambil, sudah atang satu berita gembira buat dirinya, apakah ini petanda hari ini nasibnya indah-indah belaka?

Dicapainya tudung kuning pucat, pantas Izzani meluru turun ke perkarangan kereta tersebut diparking. Di sana sudah terpacak si Mazni penjual karipap paling berjaya batch Januari 2005, Jenny si wanita kecil2 cili padi dan di dalam kereta pula adanya teman lelaki Jenny, Big Ben dan NymQ si pemberita tegar. Tapi mereka bukanlah penambah ceria hati Izzani, bukan. Yang memekarkan kuntuman kebahagiaan, penyiul kegembiraan, pengarang hati Izzani bukan mereka berdua, tetapi jejaka yang telah menyapanya suatu ketika dahulu. Jejaka itu tidak lain dan tidak bukan semestinya Ahmad Razak bin Ibrani. "The one and only, my sweet Razak" bisik hati Izzani.

"Hey you~ " lafaz Razak dengan lirikan matanya di sebalik cermin tingkap. Izzani membalas manja dengan menggigit2 hujung tudung. Mazni dan Jenny yang dari tadi telah menyedari kemiangan yang sedang berlansung bak anak rebung, menambahkan satu dua tail kenikmatan alam remaja buat si teruna dan dara, ala2 cuba menjadi Cupid segera.

"Ko masuklah dulu, Izzani, " kate Mazni dalam senyuman trademarknye dan disokong Jenny dengan anggukan laju-laju. Tanpa sepatah kata, Izzani melompat masuk sepantas kilat duduk dekat2 dengan Rzak. Razak blush2 kemerah-merahan.

Setelah selesai segala bala tentera yang ada masuk duduk dengan selamat di dalam Kerani Kasih JJT, Big Ben memulakan perjalanan. Bayangkan, di bahagian tempat duduk belakang repu dengan empat sosok-sosok toboh (bacer ala2 The Seekers) yang separa slim. Namun begitu, Razak dan Izzani tidak kisah kerana hal ini adalah peluang keemasan yang tidak dapat dilepaskan oleh kedua-dua empunya badan. Sepanjang perjalanan, tidak lekang dek senyuman dari wajah mereka berdua. Manakan tidak, uda dan dara berkongsi satu tempat duduk!

Atas alasan itu juga, sempatlah saudara berhati mulia semulia bidadari syurga, NymQ, menyenap dua tiga gambar kegirangan bibit-bibit kemesraan antara Razak dan Izzani.



Berkongsi satu seat you~! How romantic!!!


Bergeraklah Kenari Kasih JJT merentas jalan belakang UTP melalui hutan hijau yang penuh dengan flora dan fauna indah seindah hati Razak dan Izzani.

En Kachak, pemandu kereta rombongan


Mazni - "Ishk, bilerla ade pakwe nak tekel aku pulak, Jenny?" Jenny - "Ko saba2 la Mazni. Janganla dok melengung kat tingkap camtu, nanti jatuh karang! Haha"


Sesampainya mereka di bangunan ESU, turunlah umat-umat daripada kenderaan pacuan empat roda itu seakan-akan angkatan anak-beranak Big Ben dan Jenny ketika menghadiri majlis kenduri kahwin. Menggigil-gigil tangan masing-masing ketika melangkah masuk ke dalam pejabat ACS. Dari jauh kelihatan En Charlie dan gengnya berlari-lari kegirangan melompat-lompat berguling-guling ala2 filem Hindustan selepas mendapat rezut intern mereka. Begitu juga dengan Kak Pah dn rakan-rakannya yang tersenyum lebar penuh kepuasan.

"Chuaknye aku~! " jerit Mazni, menyebabkan akak kaunter terkejut beruk tatkala menyerahkan slip-slip keptusan kepada mereka.

Slip keputusan diambil, dikoyak. Sah terbukti result intern Izzani cemerlang. Bagitu juga dengan Razak dan lain-lain. "Alhamdulillah~ " kata Big Ben, mewakili rakan-rakannya yang lain, dipanjatkan rasa penuh kepuasan kepada Ilahi.

Razak, seperti warga UTP yang lain-lain yang selesai mengambil keputusan, turut bersyukur kepada-Nya. namun, hatinya masih belum cukup tenteram. Dia masih belum cukup puas. Ada sesuatu yang masih terbuku di dalam hati.

Ya, Razak! Kamu masih belum mengucapkan tahniah kepada Izzani. Itulah yang perlu kamu lakukan untuk menutup malumu di dalam kelas kuliah dahulu!

Lakukannya Razak! Lakukan!

Dalam diam-diam ketika menghampiri kereta, Razak mendekati Izzani. Dia berlagak slumber seperti tiada apa-apa yang berlaku. Perlahan-lahan dia menyusun ayat.

"Macam mane result intern? " tanya razak, buat-buat tidak tahu.

"Em, alhmadulillah. 4 flat. Hehe~ " senyum Izzani.

"Tahniah, " Razak respon. Dia kebuntuan idea idea. namun kali ini hatinya tenang. Dia sudah tidak gagap-gagap atau tersalah ayat lagi. Hatinya puas, sepuas senyuman yang terpancar di wajah gadis jelita igauan hatinya itu.

Mereka terseyum manja antara satu sama lain, tidak terkelip mahupun sekali mata masing-masing. Lama benar mereka begitu sebelum...

NymQ muncul kembali menyenap candid gambar uda dan dara dalam kegatalan melampau. Kantoi!

E'e'eh?! Kamera?!


Izzani - "Bang Razak, kaverla I~!" Razak - "Nak malu apenye yang? Takkan ngan I pon nak malu2?"


Kenari Kasih pulang ke village 5. Hari ini menjadi sejarah buat Razak, dia berjaya bercakap lancar dengan Izzani. Sebelum tidur, Izzani menamatkan diarinye dengan...

"Love Story - To be continued... ;-) "

Tuesday, August 12, 2008

Kenapa jadi lagu tu?!

Razak (bukan name sebenar) telah lame berhubungan dengan Cik Izzani (juge bukan name sebenar), sepanjang ber-intern mereka kadang2 galak beramah mesra di ruang bersembang GTalk. Boleh dikatekan kengkadang itulah yang memberikan sinar bahagia buat hari2 Razak yang bosan menjalankan rutin pekerjaan di tempat kerjanya yang terletak dalam area Greentown.

Dalam sedar tak sedar, intern habis melabuhkan tirainya. Semester bermula, kedua2 insan kembali ke UTP. Namun setiap kali kelibat masing2 kelihatan, kedua2nya kelu bagai ade menternak berudu dalam mulut (kalo emas mesti la teringin nak tayang).

Seminggu, dua minggu, mase berlalu. Razak nekad, bibit bunga asmara yang dicipta tidak patut dibiarkan layu begitu saja tanpa siraman berterusan. Besok, Razak pasti akan menegur Izzani!

Ayat disusun, pakaian dirapi, mase di-timing sebaik mungkin. Sebaik kelas abes, Razak buat2 mencari sesuatu di muka pintu bilik kuliah menunggu Izzani yang tergedik2 mengemas perkakasan kelasnya. Habis mengemas, dia bangun bersama kawan baiknya, Mazni aka Makcik Penjual Karipap menuju ke muka pintu. Izzani membetul2kan tudungnya ala2 buat2 sopan.

Ntah di mane silapnye, tetibe Razak manjadi kaku. Blank, tidak tahu ape yang hendak dicakapkan. "Takpe, aku boleh lakukan!" monolog Razak secara dalaman.

Tetiber, spontan jari telunjuk Razak menuding ke arah muka minah yang menanti dengan penuh debaran ayat lelaki pujaan di depan matanya itu. Mane tau die nak ajak kuar makan? First date?

Debaran.

Debaran.

Debaran.

".......Bulat~!"

Razak tergamam. "Apekejadahnye yang aku cakapkan nih?!" Monolog dalaman lagi Razak. Namun semuanya telah terlambat.

"Kurang hajar~!!!" balas Izzani, muka kemerah-merahan. Ayat taboo tue jugak yang jantan bertuah ni sebut?! "Aku punyer bajet cun kat sini die boleh panggil aku bulat?!"

Izzani berlalu bersama Penjual Karipap. Razak masih terpacak di muka pintu. Malamnya Razak membuat sesi soal hati ke hati bersama dua makhlok best ditemani Mr Potato, air kosong dan beberape puntung rokok.


Sekadar wajah model... Bukan mangsa sebenar


"Push~!!! Hancor luluh perasaan aku!"


Pemberita yang turut hadir


Ps- Cerita mengandungi sedikit Aji-No-Moto...Percaya ikut tahap kematangan masing2~